December 28, 2013

STUDY 001 : EKONOMI KEYNESIAN BARU


3 subtopik penting dalam tajuk ini : 
1- Model Upah Kecekapan
2- Model Harga Tegar (Kos Menu)
3- Model Orang Dalam-Orang Luar

Ekonomi Keynesian Baru mempunyai ciri-ciri berikut :
  1. Persaingan tidak sempurna diandaikan untuk pasaran keluaran.
  2. Model Keynes lama mengandaikan ketegaran upah wang, tapi dalam model Keynes baru mengandaikan       harga juga boleh tegar.
  3. Memperkenalkan ketegaran benar iaitu faktor-faktor yang menyebabkan upah benar atau harga relatif firma tegar bila berlaku perubahan permintaan agregat (AD).
MODEL UPAH KECEKAPAN

Mengapa kadar upah benar ditetapkan lebih tinggi daripada upah benar pembersihan pasaran (keseimbangan) ?
  1. Model Mengelak Kerja - pekerja diberi insentif supaya tidak mengabaikan kerja. Jika firma boleh mengawasi pekerja, strategi ini boleh menguntungkan.
  2. Model Pusing Ganti - firma boleh mengurangkan pemberhentian pekerja dan boleh mengurangkan kos pengambilan dan latihan pekerja baru.
  3. Model Pertukaran Hadiah - model ini dapat meningkatkan semangat pekerja. Firma seolah-olah memberi hadiah kepada pekerja dengan harapan pekerja akan bekerja dengan lebih baik
Kesan pelaksanaan model ini kepada gunatenaga dan pengangguran :


  • Keseimbangan dicapai pada titik E apabila SLo bersilang dengan DLo dengan gunatenaga No dan upah benar W/Po.
  • Andaikan upah benar meningkat kepada W/P1. Kenaikan upah ini menyebabkan pekerja bermotivasi untuk bekerja dengan lebih cekap.
  • Bagi firma, kenaikan upah akan menyebabkan kos meningkat. Maka, majikan hanya akan meminta buruh pada NDL sahaja.
  • Bagi pekerja pula, kenaikan upah menarik minat mereka untuk bekerja. Maka, mereka bertindak menawarkan buruh sebanyak NSL. Berlaku lebihan penawaran buruh.
  • Kesannya, gunatenaga berkurang dari No ke NDL. Pengangguran berlaku sebanyak NDLNSL.


MODEL HARGA TEGAR (KOS MENU)

Mengapa walaupun AD jatuh, firma persaingan tidak sempurna tidak menurunkan harga?
  1. Kos Menu - terdapat kos mengubah harga yang mungkin melebihi faedah daripada penurunan harga. Apabila firma mengubah harga, senarai atau pamplet baru perlu dicetak semula dan ini akan memakan kos.
  2. Menjaga hubungan baik dengan pelanggan - Jika AD naik, harga akan naik dan menyebabkan hubungan dengan pelanggan terjejas. Masa kemelesetan, AD jatuh sepatutnya harga pun jatuh tapi firma tidak menurunkan harga kerana apabila ekonomi pulih, ia perlu menaikkan harga semula dan ini akan menyebabkan hubungan dengan pelanggan terjejas. Firma mendapati adalah lebih baik jika harga dinaikkan disebabkan kenaikan kos kerana pelanggan akan lebih memahami sebabnya.
  3. Mengelak perang harga - Penurunan harga oleh firma akan menyebabkan firma lain turut ingin menurunkan harga. Ini akan menyebabkan pusingan persaingan menurunkan harga.
MODEL ORANG DALAM-ORANG LUAR

  1. Terdapat dua pihak dalam model ini iaitu kesatuan sekerja (orang dalam) dan majikan (orang luar-termasuk penganggur).
  2. Orang dalam diandaikan mempunyai kuasa tawar-menawar untuk menuntutkadar upah benar lebih tinggi daripada kadar upah benar pembersihan pasaran untuk mengelakkan berlaku pengangguran dalam kalangan orang dalam. Tetapi dalam masa yang sama akan menyebabkan berlaku pengangguran bagi orang luar.
  3. Andaikan ekonomi meleset, AD jatuh. Majikan terpaksa membuang pekerja yang sebahagiannya merupakan orang dalam.
  4. Pekerja yang diberhentikan akan menjadi orang luar.
  5. Apabila ekonomi pulih, orang dalam yang masih kekal sebagai orang dalam akan menuntut upah yang lebih tinggi lagi daripada sebelumnya. Maka, majikan akan membuang pekerja lagi dan orang dalam yang menjadi orang luar tadi tetap tidak diambil bekerja semula.
  6. Semakin ramai yang dibuang kerja, semakain meningkat pengangguran.
  7. Kadar upah tinggi ini menyebabkan gunatenaga berkurang dan pengangguran meningkat.

Rumusan :
  • Pengangguran lampau mempengaruhi pengangguran semasa dengan menukar orang dalam menjadi orang luar.
  • Dikenali sebagai HISTERESIS  dan akan menyebabkan perangkap pengangguran.
  • Pengangguran kekal tinggi walaupun ekonomi pulih.

-Ini adalah topik bab 6 untuk subjek Makroekonomi II-

Moga ALLAH redha. ^^

December 25, 2013

.::DIY BROOCH::.


Study week? Study? Macam tak study jak..haha..lagi-lagi shopping kat Jalan TAR and jumpa something yang awesome!!

Dan aku memutuskan untuk buat projek ni.. DIY Brooch.. And nak test market..Kalaua da yang berminat nak beli, alhamdulillah..

Just nak share gambar2 ni..


Ni la barang2 cute yang bakal dikerjakan..hee :-)

First yang siap!

Tembak menembak..

Setelah beberapa minit berlalu..

Nice blue ^_^

Colourful flowers..

Pink + blue..Nice.. ^o^

Grey flowers..







Comel kan? Puas hati buat benda ni.. I want to do this again..nak buat lagi banyak2..Comellllll sangat..
Haa...study week? Tak study lagi ni..huhu..

Boleh dapatkan brooch comey2 ni kat Daisy Hijab Shop - Aminah MS

May ALLAH ease and bless everything.. ^_^