August 16, 2016

SKIM LATIHAN BERSEPADU (SLB) KWSP - Siri 2

Bismillah..

Lama tak update blog. Last week ada yang komen siap minta aku update cerita pasal SLB tu. Tq sebab sudi follow cerita aku.

Ok, so nak sambung la cerita macam mana kehidupan sebagai SLB KWSP. Panjang la entri ni? Terkumpul semua cerita sejak aku start hari tu masa bulan Mac. Sekarang dah bulan Ogos ok, so masuk 5 bulan menjadi warga kerja KWSP Labuan. Lapor diri 1 Mac 2016, pagi tu sampai di Epf jam 7.45, dalam surat tawaran kena lapor diri dengan ketua cawangan (KC) jam 8 pagi. So, aku pun duduk dulu la tunggu sampai jam 8. Sampai masa, aku dibawa masuk untuk jumpa KC. Bercerita tentang background diri dengan KC, cerita pasal epf labuan dan lepas tu diperkenalkan dengan staf2 di sana.

Aku ditempatkan di bawah perkhidmatan pelanggan. Staf epf labuan semua hanya ada 15 orang ja. So, kuantiti yang sikit ni buat aku boleh rapat dengan semua la. Dalam tempoh minggu pertama kerja aku membaca membaca dan membaca. Adat la status macam budak praktikal kan, haha..so kena kenal dulu dengan organisasi, kenal produk2 epf, baca brocher. Lebih kurang 1-2 minggu aku duduk membaca jak. Selepas tu aku ditugaskan di bawah seksyen customer service. 

Bertugas di bahagian perkhidmatan, aku bertugas di kaunter pertanyaan di ruang legar pejabat. So kerja aku berjalan2 di depan tu menghadap customer. Bukan menghadap komputer semata2. Kena assist kalau ada customer yang bertanya, kena greet customer ikut gaya epf. Formally like "Assalamualaikum encik, selamat pagi, boleh saya bantu?"

Selain menjawab persoalan2 pelanggan, aku ditugaskan juga untuk membantu pelanggan supaya mendaftar dan mengaktifkan i-akaun mereka. Apa itu i-akaun? Ok, i-akaun ni akaun epf secara online, means kita boleh cek balance epf online la..alaa, macam internet banking tu. Ok faham kan? Tak faham jugak, p google laman web kwsp. Hehe..

Satu hari tu aku kena bagi target untuk daftarkan i-akaun, mesti 40% daripada kehadiran pelanggan sebab benda ni mempengaruhi prestasi cawangan. Maka, bertungkus lumus la aku untuk capai target. Untuk bulan2 terawal tu, aku masih malu untuk approach customer tanya mereka sudah ada i-akaun atau belum, so dalam sehari tu dapat hanya la belas2 sahaja..haha.. Makin lama semakin fasih dan malu tu pun beransur hilang, sebab dah buat benda yang sama hari2 untuk berbulan2 sampai la sekarang masih jugak. sekarang dah boleh capai melebihi target. Alhamdulillah. Mula2 tu setiap bangun pagi minta Allah permudahkan urusan aku setiap hari, lembutkan hati pelanggan supaya mudah untuk aku approach mereka. 

Bulan Ogos ni tau apa yang baru di epf? Ada dengar berita ka? Haa betul Skim Simpanan Shariah. Ok, salah satu sebab aku direkrut di epf ni jugak adalah disebabkan Skim Shariah yang baru diperkenalkan ni. Ngam jugak la kalau tengok bidang aku memang ambik degree Ekonomi Islam. So, aku bertugas untuk  menjawab persoalan pelanggan berkenaan skim ni, boleh buat pendaftaran shariah untuk ahli. Aku dibekalkan dengan 1 laptop, ada emel sendiri, donggle untuk cap jari. 

Bulan 8 ni aku start bertugas jugak di kaunter untuk pendaftaran Skim Shariah. Alhamdulillah semua ok even mula2 duduk kaunter tu rasa jantung macam mau lompat keluar..haha..nebes punya pasal. Tapi masih dengan i-akaun untuk kejar target. Syukur, sekarang ada 2 budak praktikal yang bantu aku untuk i-akaun tu dengan abg rizal sekali turut membantu. Budak praktikal tu masuk masa bulan 7 yang lepas. 

Sekarang ni aku sekejap2 di kaunter, sekejap2 keluar untuk i-akaun. Ok jugak la, tak la duduk terus menghadap pc kan. Aktif jugak bergerak ke sana ke mari.

Sekarang ni aku boleh jawab pertanyaan pelanggan (sesetengah ada jugak la tak berani mau jawab..hehe..), boleh daftar shariah, i-akaun ahli dan majikan.

Budaya epf, setiap hari Isnin ada perhimpunan, berkumpul nyanyi lagu kwsp dan bos akan sampaikan apa2 maklumat la. Kami jugak ada program wellness, di luar waktu pejabat, bersukan dan beriadah. Nanti kami mau p pulau..yayyy tak sabar2.

Peluang untuk diserap? Wallahu'alam. Aku pum tak tau. Bos ada jugak cakap kemungkinan tu tapi still takda jaminan. Wait and see la. Doakan aku :)

Hmm..mau cerita apa lagi ah? Cukup la dulu kot setakat ni kan? 

Ok kalau free nanti aku update lagi. ;)