February 2, 2018

SKIM LATIHAN BERSEPADU KWSP. DISERAP KA TIDAK?

Assalamualaikum..

Ya Allah..lamanya nda update blog. Berhabuk sudah. 

Secara tidak sengaja termasuk blog ni. Aku cari something tadi di google image. Scroll punya scroll ternampak link blog ku sendiri..haha.. Aku baca ai ada cerita yang tergantung. 

Anyone yang follow cerita aku pasal SLB di KWSP tu? Masih tertanya2 kan ada ka tidak peluang untuk diserap..hmm.. 

Last aku update dulu bulan Ogos 2016. Mau tau apa berlaku selepas tu? Haa..dalam bulan 10 masa tu (2016) aku ada dapat panggilan interview SPA di KK untuk jawatan PT N41. So aku pun apply la cuti untuk pegi iv tu. Dipendekkan cerita, aku balik dari iv tu naik feri kereta dari Menumbuk. Dalam feri tu tiba2 dapat emel daripada kwsp. Dapat panggilan iv untuk jawatan tetap. Dan aku pun.. Ya Allahhh.. Excited gila2. Dan berfikir, belum pun sampai rumah dari iv, dapat lagi panggilan. Kena apply lagi cuti..haha..

Esoknya aku masuk kerja, aku pun bagi tau la dorang di ofis pasal panggilan iv kwsp tu. Dorang pun push aku untuk pegi, peluang tidak selalu kan. Terus aku tengok tiket, nasib baik tiket murah. Oh ya, iv kwsp di ibu pejabat ok, di keyel. 

Aku pegi iv hari Isnin dalam bulan 10. Neves memang la, daripada emel jemputan tu aku tengok list nama orang yang di emel sekali, so dari situ aku cari kawan untuk sama2 pegi iv tu bila sampai di pejabat kwsp nanti. Maklum la tidak pernah pun jejak kaki ke ibu pejabat kwsp. Selepas berjumpa dengan kawan baru yang aku contact melalui emel tu, kami pun naik la ke tingkat atas mencari tempat iv. Sampai di atas, wahh ramainya. Kemudian kami disuruh masuk dalam bilik menunggu dan serahkan dokumen2 yang dibawa. Peserta iv majority adalah pelatih2 slb kwsp sabah dan ada jugak la beberapa orang yang bukan pelatih slb. Kami dipanggil masuk untuk iv secara grouping. Kalau tidak silap ada dalam 25+ orang atau 30+ macam tu. Gila nda nebes kan, aku pun sudah prepare apa mau dijawab, sekali aku tengok kawan2 yang lain semua sudah kena panggil. Aku masih jugak tidak dipanggil. Sebab menunggu telampau lama tu, hilang sudah rasa nebes, penat menunggu. Sampai la jam 5.30ptg, tinggal kami 5 orang. Baru la kami dipanggil masuk. Fuh jadi group last rupanya aku..haha..

Ok..habis iv esoknya balik labuan. Kerja macam biasa. Hari Jumaat minggu yang sama tup2 dapat surat. Dari mana? Dari KWSP ok. Jeng..jeng..jeng.. Wahhhh.. TAHNIAH!!  Aku lulus iv dan ditawarkan jawatan tetap di bawah seksyen perkhidmatan cawangan ....... (Biarlah rahsia) Syukur alhamdulillah. Isnin iv, jumaat sudah dapat jawapan. Dibagi 1 minggu untuk lapor diri.

Haa terjawab sudah kan? SLB ada peluang diserap ka tidak? Jawapannya YA, ada peluang tapi bukan satu janji. Dalam ramai2 kawan slb sabah yang iv haritu, aku yang 1st. Nda lama pastu, dengar berita ada lagi yang dapat. Satu persatu jika ada kekosongan.

Jadi, tidak kisah la kita ada degree tapi biar start dari bawah pun, even trainee jak, kalau Allah kata kun fayakun, itu la rezeki kita. 

Ok. Sekarang ni aku sudah setahun lebih menjadi warga sah kwsp. Masih taraf kuli2 seja ni. Xpa, kita start dari bawah supaya bila kita di atas satu hari nanti, kita faham orang yang di bawah kita kan. 

Semoga Allah permudahkan semua urusan kita dalam mencari secicip rezeki.

Next time mau cerita apa lagi ya? Hmm..wait and see la kan..

Xoxo