February 2, 2018

SKIM LATIHAN BERSEPADU KWSP. DISERAP KA TIDAK?

Assalamualaikum..

Ya Allah..lamanya nda update blog. Berhabuk sudah. 

Secara tidak sengaja termasuk blog ni. Aku cari something tadi di google image. Scroll punya scroll ternampak link blog ku sendiri..haha.. Aku baca ai ada cerita yang tergantung. 

Anyone yang follow cerita aku pasal SLB di KWSP tu? Masih tertanya2 kan ada ka tidak peluang untuk diserap..hmm.. 

Last aku update dulu bulan Ogos 2016. Mau tau apa berlaku selepas tu? Haa..dalam bulan 10 masa tu (2016) aku ada dapat panggilan interview SPA di KK untuk jawatan PT N41. So aku pun apply la cuti untuk pegi iv tu. Dipendekkan cerita, aku balik dari iv tu naik feri kereta dari Menumbuk. Dalam feri tu tiba2 dapat emel daripada kwsp. Dapat panggilan iv untuk jawatan tetap. Dan aku pun.. Ya Allahhh.. Excited gila2. Dan berfikir, belum pun sampai rumah dari iv, dapat lagi panggilan. Kena apply lagi cuti..haha..

Esoknya aku masuk kerja, aku pun bagi tau la dorang di ofis pasal panggilan iv kwsp tu. Dorang pun push aku untuk pegi, peluang tidak selalu kan. Terus aku tengok tiket, nasib baik tiket murah. Oh ya, iv kwsp di ibu pejabat ok, di keyel. 

Aku pegi iv hari Isnin dalam bulan 10. Neves memang la, daripada emel jemputan tu aku tengok list nama orang yang di emel sekali, so dari situ aku cari kawan untuk sama2 pegi iv tu bila sampai di pejabat kwsp nanti. Maklum la tidak pernah pun jejak kaki ke ibu pejabat kwsp. Selepas berjumpa dengan kawan baru yang aku contact melalui emel tu, kami pun naik la ke tingkat atas mencari tempat iv. Sampai di atas, wahh ramainya. Kemudian kami disuruh masuk dalam bilik menunggu dan serahkan dokumen2 yang dibawa. Peserta iv majority adalah pelatih2 slb kwsp sabah dan ada jugak la beberapa orang yang bukan pelatih slb. Kami dipanggil masuk untuk iv secara grouping. Kalau tidak silap ada dalam 25+ orang atau 30+ macam tu. Gila nda nebes kan, aku pun sudah prepare apa mau dijawab, sekali aku tengok kawan2 yang lain semua sudah kena panggil. Aku masih jugak tidak dipanggil. Sebab menunggu telampau lama tu, hilang sudah rasa nebes, penat menunggu. Sampai la jam 5.30ptg, tinggal kami 5 orang. Baru la kami dipanggil masuk. Fuh jadi group last rupanya aku..haha..

Ok..habis iv esoknya balik labuan. Kerja macam biasa. Hari Jumaat minggu yang sama tup2 dapat surat. Dari mana? Dari KWSP ok. Jeng..jeng..jeng.. Wahhhh.. TAHNIAH!!  Aku lulus iv dan ditawarkan jawatan tetap di bawah seksyen perkhidmatan cawangan ....... (Biarlah rahsia) Syukur alhamdulillah. Isnin iv, jumaat sudah dapat jawapan. Dibagi 1 minggu untuk lapor diri.

Haa terjawab sudah kan? SLB ada peluang diserap ka tidak? Jawapannya YA, ada peluang tapi bukan satu janji. Dalam ramai2 kawan slb sabah yang iv haritu, aku yang 1st. Nda lama pastu, dengar berita ada lagi yang dapat. Satu persatu jika ada kekosongan.

Jadi, tidak kisah la kita ada degree tapi biar start dari bawah pun, even trainee jak, kalau Allah kata kun fayakun, itu la rezeki kita. 

Ok. Sekarang ni aku sudah setahun lebih menjadi warga sah kwsp. Masih taraf kuli2 seja ni. Xpa, kita start dari bawah supaya bila kita di atas satu hari nanti, kita faham orang yang di bawah kita kan. 

Semoga Allah permudahkan semua urusan kita dalam mencari secicip rezeki.

Next time mau cerita apa lagi ya? Hmm..wait and see la kan..

Xoxo

August 16, 2016

SKIM LATIHAN BERSEPADU (SLB) KWSP - Siri 2

Bismillah..

Lama tak update blog. Last week ada yang komen siap minta aku update cerita pasal SLB tu. Tq sebab sudi follow cerita aku.

Ok, so nak sambung la cerita macam mana kehidupan sebagai SLB KWSP. Panjang la entri ni? Terkumpul semua cerita sejak aku start hari tu masa bulan Mac. Sekarang dah bulan Ogos ok, so masuk 5 bulan menjadi warga kerja KWSP Labuan. Lapor diri 1 Mac 2016, pagi tu sampai di Epf jam 7.45, dalam surat tawaran kena lapor diri dengan ketua cawangan (KC) jam 8 pagi. So, aku pun duduk dulu la tunggu sampai jam 8. Sampai masa, aku dibawa masuk untuk jumpa KC. Bercerita tentang background diri dengan KC, cerita pasal epf labuan dan lepas tu diperkenalkan dengan staf2 di sana.

Aku ditempatkan di bawah perkhidmatan pelanggan. Staf epf labuan semua hanya ada 15 orang ja. So, kuantiti yang sikit ni buat aku boleh rapat dengan semua la. Dalam tempoh minggu pertama kerja aku membaca membaca dan membaca. Adat la status macam budak praktikal kan, haha..so kena kenal dulu dengan organisasi, kenal produk2 epf, baca brocher. Lebih kurang 1-2 minggu aku duduk membaca jak. Selepas tu aku ditugaskan di bawah seksyen customer service. 

Bertugas di bahagian perkhidmatan, aku bertugas di kaunter pertanyaan di ruang legar pejabat. So kerja aku berjalan2 di depan tu menghadap customer. Bukan menghadap komputer semata2. Kena assist kalau ada customer yang bertanya, kena greet customer ikut gaya epf. Formally like "Assalamualaikum encik, selamat pagi, boleh saya bantu?"

Selain menjawab persoalan2 pelanggan, aku ditugaskan juga untuk membantu pelanggan supaya mendaftar dan mengaktifkan i-akaun mereka. Apa itu i-akaun? Ok, i-akaun ni akaun epf secara online, means kita boleh cek balance epf online la..alaa, macam internet banking tu. Ok faham kan? Tak faham jugak, p google laman web kwsp. Hehe..

Satu hari tu aku kena bagi target untuk daftarkan i-akaun, mesti 40% daripada kehadiran pelanggan sebab benda ni mempengaruhi prestasi cawangan. Maka, bertungkus lumus la aku untuk capai target. Untuk bulan2 terawal tu, aku masih malu untuk approach customer tanya mereka sudah ada i-akaun atau belum, so dalam sehari tu dapat hanya la belas2 sahaja..haha.. Makin lama semakin fasih dan malu tu pun beransur hilang, sebab dah buat benda yang sama hari2 untuk berbulan2 sampai la sekarang masih jugak. sekarang dah boleh capai melebihi target. Alhamdulillah. Mula2 tu setiap bangun pagi minta Allah permudahkan urusan aku setiap hari, lembutkan hati pelanggan supaya mudah untuk aku approach mereka. 

Bulan Ogos ni tau apa yang baru di epf? Ada dengar berita ka? Haa betul Skim Simpanan Shariah. Ok, salah satu sebab aku direkrut di epf ni jugak adalah disebabkan Skim Shariah yang baru diperkenalkan ni. Ngam jugak la kalau tengok bidang aku memang ambik degree Ekonomi Islam. So, aku bertugas untuk  menjawab persoalan pelanggan berkenaan skim ni, boleh buat pendaftaran shariah untuk ahli. Aku dibekalkan dengan 1 laptop, ada emel sendiri, donggle untuk cap jari. 

Bulan 8 ni aku start bertugas jugak di kaunter untuk pendaftaran Skim Shariah. Alhamdulillah semua ok even mula2 duduk kaunter tu rasa jantung macam mau lompat keluar..haha..nebes punya pasal. Tapi masih dengan i-akaun untuk kejar target. Syukur, sekarang ada 2 budak praktikal yang bantu aku untuk i-akaun tu dengan abg rizal sekali turut membantu. Budak praktikal tu masuk masa bulan 7 yang lepas. 

Sekarang ni aku sekejap2 di kaunter, sekejap2 keluar untuk i-akaun. Ok jugak la, tak la duduk terus menghadap pc kan. Aktif jugak bergerak ke sana ke mari.

Sekarang ni aku boleh jawab pertanyaan pelanggan (sesetengah ada jugak la tak berani mau jawab..hehe..), boleh daftar shariah, i-akaun ahli dan majikan.

Budaya epf, setiap hari Isnin ada perhimpunan, berkumpul nyanyi lagu kwsp dan bos akan sampaikan apa2 maklumat la. Kami jugak ada program wellness, di luar waktu pejabat, bersukan dan beriadah. Nanti kami mau p pulau..yayyy tak sabar2.

Peluang untuk diserap? Wallahu'alam. Aku pum tak tau. Bos ada jugak cakap kemungkinan tu tapi still takda jaminan. Wait and see la. Doakan aku :)

Hmm..mau cerita apa lagi ah? Cukup la dulu kot setakat ni kan? 

Ok kalau free nanti aku update lagi. ;)

February 22, 2016

SKIM LATIHAN BERSEPADU KWSP 2016

Bismillah..

ok malas mau cerita panjang2, kita straight to the point. Entri ni mau share time frame pasal Skim Latihan Bersepadu KWSP. Aku rasa skim ni under KWSP jak.

So, hari tu diiklankan jawatan kosong untuk memgikuti skim ni pada 14 Dis 2015. Yang iklan tu boleh google k untuk tengok syarat dan cara mohon semua tu. Tarikh tutup permohonan 25 Dis 2015. Tempoh jawapan 3 bulan.

Aku send emel untuk apply pada 17 Dis 2015. Untuk apply ni dia mau kita buat surat dan sertakan dokumen2 yang diperlukan. Yang bestnya kita boleh pilih cawangan mana yang kita mau. So sini aku mau share contoh surat yang aku buat untuk apply skim ni. 

Nyatakan tempat yang kita mau.

Hari demi hari berlalu. Then aku dapat call dari KWSP pada 2 Feb 2016 pasal skim ni. Dia cakap la yang permohonan aku lulus, dia tanya aku dah keja ka belum, terima ka tidak tawaran ni and banyak lagi. Dia kata akan hantar emel offer letter. Aku pun tunggu punya tunggu xda emel tu. Try call nombor tu. Yang call aku tu guna nombor 019, tapi bila call bunyi pelik macam talian disambung. Tak penah la dijawab. Ingat kan kena scam dah..haha.. Pastu aku pun call centre, centre suh call HR. Call HR tak angkat jugak. Last2 biar la, tunggu jak.

Then, 17 Feb 2016 baru aku dapat emel tu. Ada offer letter dan akuan penerimaan. 

Lapor diri 1 Mac 2016.

Cerita seterusnya nanti aku update.