Bismillahirrahmanirrahim..
Apa itu instrument kewangan?
Instrument kewangan ialah obligasi kewangan bagi peminjam dana (pihak yang mengeluarkan instrument) kepada pemilik atau pemegang instrument tersebut.
- Pemilik instrument dan instrument kewangan ---> aset
- Pengeluar ---> obligasi kewangan
Instrument kewangan dikeluarkan oleh unit ekonomi sama ada awam atau swasta. Dikeluarkan dalam bentuk hutang atau ekuiti.
Jenis-jenis Instrument Kewangan :
1. Instrument Hutang Kerajaan - untuk pembiayaan program/projek. Contohnya bil perbendaharaan, bon dan nota perbendaharaan.
2. Instrument Hutang Swasta - dikeluarkan oleh badan korporat, dalam bentuk jangka panjang atau jangka pendek. Contohya, cagaran, penerimaan bank, kertas perdagangan, sijil deposit. dan bon korporat.
3. Instrument Ekuiti - oleh badan-badan korporat melalui saham-saham syarikat.
Ciri-Ciri Insrument Kewangan Islam ---> tiada riba, gharar dan judi.Jika ada unsur spekulasi, tidak boleh. Mesti berpegang kepada etika Islam dan perundangan.
1 comments:
tq sis atas perkongsian
Post a Comment