July 31, 2013

TERIMA KASIH SAHABAT!


Alhamdulillah..sekarang berada di rumah di Labuan..

Semalam sampai di Banting dalam jam 6 petang camtu. Lepas dah siap semua urusan, duk kat bilik merenung jam di hp. Tengok tarikh - 30 Julai. 31 Julai result exam sem 2 keluar. Jam 12 malam dah boleh la cek. Tapi disebabkan 1001 rasa berbaur, takut ada, excited ada..hmm..last2 aku tidur awal semalam..jam 9 lebih dah tidur. Tak sanggup dah tunggu detik 12 tengah malam.

Tengah tidur tu, kena gigit nyamuk pulak, then terbangun. Dengar pulak kakak aku bising-bising pasal result dia. Aku buat tak peduli, layan tidur..haha.. Ingatkan time tu dah pukul 4 pagi camtu. Tapi tengok jam baru jam 1 pagi. Tengok hp, ada satu mesej tanya pasal result aku. Time tu la baru aku pun cek result. 

Masa dapat balasan mesej dari 15888 tu aku tak buka lagi, aku g reply mesej orang yang tanya result aku tadi. Bercerita sampai buat dia pening..hehe..sekadar gurauan. Huhu..dub dab dub dab..terkejut tengok result yang aku dapat. Tak pernah expect aku dapat camtu. Apa-apa pun alhamdulillah.

Result tu buat aku takut kalau ramai yang tau. Tak kisah la orang nak kata aku pelik, tapi aku tak berapa nak suka kalau orang tau result aku. Sebab tu aku jarang nak tanya result orang sebab tak nak dorang tanya aku balik. Sekali lagi, 1001 rasa aku rasakan dapat result tu. Happy, takut, risau. Aku takut dengan diri aku yang mungkin tanpa sedar timbul penyakit hati nanti. Nauzubillah..

Apa-apa pun, tanpa doa, restu mak & bapa ku, kawan2, mungkin aku takkan dapat apa yang aku ada sekarang. Ya, kawan2 banyak bantu aku, beri tunjuk ajar. Alhamdulillah, ramai yang ada peningkatan.

Jadi, aku buat entri ni untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan kepada sahabat-sahabat ku yang selalu membantu secara langsung atau tidak langsung. Sahabat-sahabat yang pelbagai ragamnya. Enjoy with them ^_^..

"Sesiapa yang mendoakan sahabatnya, para malaikat akan mendoakannya dengan apa yang didoakan untuk sahabatnya."

Semoga kita semua mendapat kejayaan yang cemerlang..merasai kejayaan tu bersama-sama..

Strive 4 CEMERLANG DUNIA & AKHIRAT!!

#TintaHambaDariBumiUKM#

July 21, 2013

DIA YANG KADANG JAUH KADANG DEKAT..


Hari ni nak cerita pasal dia. Dulu, mula-mula nampak dia, kagum dengan kecantikan yang dia miliki. Kami tidaklah rapat sangat, sekadar kenal tau nama & rupa.

Di sini, aku terkejut jumpa dia. Tak tau pun dia ada kat sini. Masa berlalu & peristiwa juga berlalu seiring berlalunya waktu. Kami semakin rapat. Ya, kami rapat. Aku mula sayangkan dia. Aku kagum dengan setiap kata-katanya, memberi motivasi. Melalui hari-hari ku bersamanya membuat aku dan dia bertambah akrab, terkadang seperti adik-beradik.

Lumrah dalam perhubungan, pasti ada suatu masa di mana kita tidak akan ber'ngam'. Ya, waktu tu ntah kenapa banyak kali aku tidak suka perangai dia, sikap dia yang seolah-olah ingin menang sendiri. Aku ingin bersuara, tapi aku takut, kerana dia yang akan membidas setiap kata-kataku. Semua itu membuatkan aku takut untuk menegurnya. Sebab aku tau akhirnya nanti aku jugak yang akan mengalah tanpa menemui solusi.

Tapi setiap kali hubungan kami berbau hampir-hampir dingin, kami abaikan semua benda yang boleh menghancurkan hubungan yang sedia retak, demi ukhwah kerana DIA. Aku ingin menyanyanginya semata-mata kerana ALLAH. Biarlah setiap keburukannya aku tutup dengan kebaikannya. 

Dan aku harap dia akan lebih menghargai orang-orang di sekelilingnya. Bersabar selagi mampu. Kini, aku tau aku dan dia seolah-olah bermain tarik tali yang membuatkan kami terkadang jauh, terkadang dekat. Aku suka bila bersama dia membuatkan aku tertawa gembira, meski terkadang dia menyakiti hatiku. Aku tidak ingin terus-menerus melayan sakit hati ini, sebab aku tak mau murka ALLAH padanya, sebagaimana aku tidak mau ALLAH murka padaku bila aku menyakiti hati orang lain.

Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyanyangi sahabatnya seperti dia menyanyangi dirinya sendiri. Tidak boleh kita tidak menyapa sahabat kita melebihi 3 hari.

Semoga segala keburukannya tenggelam oleh kebaikannya.

#tintahambadrbumiUKM#



July 16, 2013

HARGA AYAM NAIK


Ada rakyat Labuan kata "harga ayam RM& sekilo di Semenanjung nak naik semua bising dan kementerian ambil tindakan. Tapi di Labuan dah lama harga ayam RM12 sekilo tiada siapa peduli termasuk kementerian KPDNKK. Tahniahlah."



Sekarang kecoh dengan isu kenaikan harga ayam. Lagi-lagi dah nak dekat musim raya. Menteri kata kalau harga ayam naik, jangan makan ayam. So, makan ikan? Tau ka ikan lagi mahal dari ayam.

Seorang sahabat ada post kat fb :

Harga Naik menurut Teori Ekonomi.

Dalam ekonomi, isu harga naik berkait rapat dengan teori 'invisible hand' yang mempengaruhi pemintaan dan penawaran sesuatu barangan. Golongan 'invisible hand' ini (sama ada pemerintah, penjual atau pembeli) adalah golongan yang dapat mengubah tingkat harga barang mengikut kitaran semulajadi teori ini.

Menurut hukumnya, semakin turun tingkat harga, maka semakin banyak jumlah barang yang tersedia diminta, dan sebaliknya semakin naik tingkat harga semakin sedikit jumlah barang yang bersedia diminta.

Dalam Ekonomi Islam

Paling menarik, teori 'invisible hand' yang selalu dikaitkan dengan bapa Ekonomi iaitu Adam Smith ini sebenarnya berasal dari Rasulullah SAW. Kisahnya, harga melambung pada zaman Rasulullah SAW. Orang-orang ketika itu mengadu kepada Rasulullah SAW dengan berkata: “Ya Rasulullah, hendaklah engkau menentukan harga”.

Rasulullah SAW bersabda:

”Sesungguhnya Allah lah yang menentukan harga, yang menahan dan melapangkan dan memberi rezeki. Sangat aku harapkan bahawa kelak aku menemui Allah dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntutku tentang kezaliman dalam darah mahupun harta.”

Pada ketika itu, Rasulullah berkuasa memerintah para penjual untuk mengurangkan harga barangan berkenaan tetapi Rasulullah tidak berbuat demikian. Ini menunjukkan bahawa ketentuan harga itu diserahkan kepada mekanisme pasar secara semulajadinya.
Iaitu, Rasulullah meminta para pembeli untuk mengurangkan pembelian terhadap barangan berkenaan sehinggalah harga barang berkenaan kembali stabil.

Menurut teori ini, pasar akan diatur oleh tangan-tangan tidak kelihatan (invisible hands) atau lebih tetap lagi secara ekonomi Islamnya mengikut sunnatullah atau hukum permintaan dan penawaran.

# Sebarang penambahan amat dialu-alukan 



Ya, EKONOMI ISLAM jugaklah muamalat terbaik di muka bumi ni ^_^

#tintahambadrbumiUKM#

July 15, 2013

TANAH AIRKU

Sapa Kami photo Assalamualaikum.gif


Hari ni kita cerita pasal ekonomi negara. 13 Mei 1969. Sapa tau apa yang berlaku masa tu? Itulah tarikh di mana berlakunya detik peristiwa hitam. Rusuhan kaum. Kenapa tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei tu? Hal ini disebabkan wujud ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum dan antara wilayah.

Kita sedia maklum masa penjajahan British di Tanah Melayu, mereka banyak membawa masuk imigran dari China dan India dan menetapkan tempat-tempat di mana kaum-kaum ini bekerja. Misalnya kaum India banyak terlibat dalam perladangan getah dan kelapa sawit di estet-estet. Kaum Cina pula banyak menetap di bandar dan terlibat dalam perniagaan. Kaum Melayu pula di kawasan luar bandar dan terlibat dalam aktiviti pertanian. Hal ini menyebabkan wujud jurang antara kaum dan menimbulkan perasaan tidak puas hati. Jurang pendapatan antara kaum Cina dengan kaum Melayu dan India sangatlah besar. Begitu juga dengan keadaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar. Maka, kesan daripada ketidakseimbangan ini tercetuslah peristiwa 13 Mei.

Lantaran daripada peristiwa itu, kerajaan mengambil langkah memperkenalkan suatu dasar iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang meliputi jangka masa selama 20 tahun bermula 1971-1990. DEB yang bermatlamatkan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) yang pertama di Malaysia.

Kemiskinan dapat dikurangkan dengan menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik. Antara program-program yang diperkenalkan ialah penanaman padi dua tahun sekali, penanaman di luar musim serta kemudahan pemasaran dan kredit. Pada masa ini tertubuhnya FAMA yang membantu petani memasarkan produk-produk pertanian mereka.

Penyusunan semula masyarakat adalah untuk memperbetulkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum dan wilayah. Ini dapat dicapai melalui pemodenan kehidupan desa dengan meninggikan daya pengeluaran, mempertingkatkan dan mengimbangkan pertumbuhan kegiatan bandar dan embetukan masyarakat perniagaan bumiputera.

DEB yang berakhir pada tahun 1990 walaupun tidak dapat mencapai matlamatnya 100%, terdapat beberapa perubahan yang dapat dikesani.

Sampai situ jak la aku cerita. Boring dah..haha..pasni nak cari tentang dasar-dasar negara semasa. Kena rajinkan diri untuk baca isu ekonomi semasa. Semoga dipermudahkan.

#tintahambadrbumiUKM#

July 14, 2013

CERITA DARI SAHABAT


Mendengar ceritanya pertama kali membuat aku menjadi insan yang lebih bersyukur. Cerita apa? Itu biarlah menjadi rahsia kami dan ALLAH. Sedih, sehingga membuatkan aku turut mengalirkan air mata. Katanya dia sangat sakit hati kalau nampak seorang anak yang..... xtau nak cakap macam mana.

Tidak diminta lahir sebegitu, tapi sudah ALLAH takdirkan cerita hidupnya. Setiap dari kita ada jalan ceritanya sendiri. Hal ini jugaklah yang membuatkannya kurang keyakinan diri dan mengelak daripada rapat dengan seseorang.

Tapi aku berterima kasih sebab dia memilih aku menjadi sahabat yang dipercayai untuk berkongsi kisah itu. Semoga aku bisa menjadi pendengar yang baik meski aku tidak mampu memberi kata nasihat sehebat pakar motivasi. 

Setiap kali dia meluah, terkadang aku tidak tahu nak kata apa, yang ku mampu ungkapkan hanyalah 'bersabar dan jangan pernah berhenti berdoa'. Ya ALLAH, semoga sahabatku itu terus kuat, jika memang sesukar itu ujian yang kau beri untuknya. Makbulkan semua doa yang dia pinta.

Terkadang terlintas di fikiran tentang satu hal. Tapi aku cuba memberitahu diriku bahawa _______ pasti menerima dia. Ya, mungkin agak sukar, tapi pasti ada cerita indah di sebalik semuanya. Rahsia ALLAH siapa yang tahu kan? 

Semua itu membuatkan dia matang. Semoga dia terus kuat melawan masalah yang entah bila penghujungnya. Mohon pembaca sekalian mendoakan semoga dia dapat merasai apa yang dia impikan. Aamiin.. 

..سكرا



#tintahambadrbumiUKM#

July 12, 2013

UPU oh UPU!!!



Kemarin result UPU pengambilan 13/14 dah keluar. Tahniah kepada semua yang mendapat tempat. Kepada yang tak dapat mana2 tu, dont give up, apply jak rayuan tu. Dan kepada yang dapat tapi bukan itu yang kamu nak, bersyukurlah. Ramai lagi di luar sana yang inginkan apa yang kamu ada sekarang.

Kita tidak tahu hikmah di sebalik ini semua. Kita merancang, ALLAH juga merancang. Kita merancang dengan cita-cita, sedang ALLAH merancang dengan cinta-Nya. Apapun yang kamu dapat, itulah yang terbaik untuk kamu.

Sebab ALLAH kan dah kata dalam surah ke-2 ayat 216 :

"Diwajibkan ke atas kamu berperang. Boleh jadi apa yang kamu suka itu adalah tidak baik untukmu, dan boleh jadi apa yang kamu tidak suka adalah baik untukmu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Ayat ni jugaklah yang memotivasikan aku masa aku dapat result UPU dulu. 13 Julai 2012. Keputusan yang aku dapat tu bukan yang aku inginkan. Dapat pilihan ke-4 biarpun result matrik boleh dikatakan gempak (semoga dilindungi dari riak, ALLAH maha mengetahui). Aku saja jak cek result lambat2, sebab takut nak tengok apa yang aku dapat. Dan hampa, aku dapat UKM..sob sob..

TAPIIII......

Bukan UKM yang buat aku tak nak ke sana, I do love n like UKM. Cuma, sebab UKM xda tawarkan course perakaunan untuk student 1st year, tu yang buat aku tak nak UKM. 1st choice aku UPM : Perakaunan. 

Memang dari SMK aku target nak masuk UKM sebab bahasa pengantar guna BM..hehe..tapi bila dah masuk matrik, hadiri sesi taklimat IPTA:UKM, di situ aku dapat tahu xda perakaunan untuk 1st year, dan di situ jugaklah aku ubah keputusan, berpindah ke UPM.

Realiti tidak seindah mimpi..huhu..aku dapat UKM. Masa cek result, my mom ada dengan aku. Memang rasa nak nangis tapi tahan. Mak cakap, "takpa la.ada jugak kakakmu sana." Oh ya, aku dapat course Ekonomi di UKM.

Dipendekkan cerita, masa minggu MMP, ada la budak2 fakulti aku, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) cakap budak ekonomi susah nak tukar ke program akaun. Biasanya sapa yang nak tukar tu ambik course bisnes. Then, di situ macam aku xnak mengharap apa-apa lag. Teruskan dengan ekonomi.

Habis sem 2, kami diminta untuk pilih majoring. Aku dah nekad xnak tukar ke akaun, ntah kenapa, macam dah xda hati..hehe.. Aku pilih majoring 1-Ekonomi Islam, 2-Ekonomi Monetari & Fiskal, 3-Ekonomi Sumber Manusia. Alhamdulillah, aku dapat Ekonomi Islam. Memang dulu pun dah buat keputusan kalau bukan akaun, ekonomi Islam. Rahsia ALLAH yang kita tidak tahu.

Dan aku syukur sangat-sangat sebab dapat masuk UKM. Dapat jumpa dengan kawan-kawan aku dari KML, dapat jumpa kawan baru yang berasal dari Melaka. Plus, I have my sister here..haha..

Hikmah yang ALLAH simpan itu tidak kita nampak dikala kita melayan kesedihan. Percayalah, suatu hari nanti pasti kita mendapatnya tanpa kita sedari.

I love my friends - Tata, Killa, Zira, Ain, Ima, Shiqin, Jen, Juliet, David, Bai, Alex...

#Tinta Hamba dr bumi UKM#

July 9, 2013

FLASHBACK : SEKOLAH RENDAH

Assalamualaikum..

Terimbas memori sekolah rendah. Time aku sekolah rendah xda apa yang best bagi aku. Xda kenangan manis yang boleh buat aku nak selalu ingat masa tu. Yang aku ingat, kawan2 dalam kelas x berapa suka dengan aku, dan aku pun tak berapa suka dengan dorang. Xtau kenapa..erm, time tu budak2 lagi kan..hehe..

Lucu bila ingat balik, masa tu la siap tulis nama orang yang disuka dan dibenci..haha..aku ingat satu nama yang aku benci dulu, tapi tidak lagi sekarang. Empunya nama bermula huruf E, seorang perempuan. Xtau kenapa aku x suka dia. Rasa bodoh pulak x suka orang tanpa sebab. Sekarang muhasabah diri balik, astaghfirullahalazim..

Satu peristiwa masa darjah 6, aku dituduh suka bf kawan baik sendiri. Aku nafikan sehabis-habisnya. Lelaki tu duduk satu kampung dengan aku, kami ke sekolah pun naik kenderaan yang sama. Tapi takkan pasal tu sampai nak tuduh aku suka dia kot? Ingat lagi aku nangis masa kena tuduh tu sebab aku paling tak suka benda2 cinta-cintun ni semua..

Satu hal yang aku suka sahabat baik aku yang lagi sorang sampai ke matrikulasi kami bersama2. Alhamdulillah jodoh kami panjang, tapi sampai setakat matrik jak. Dapat result UPU, di situlah kami berpisah. 

Sekarang, bila tiba2 ada friend request dari kawan sekolah rendah, ntah knapa i have no intention to approve them. Tapi, aku approve jgak la..bila aku tengok friend2 dia, aku jumpa fb kawan2 yg lain, tapi aku xnak add dorang. Maybe aku prefer dorang yang add aku..Kalau tengok list kawan sekolah rendah dalam akaun fb aku boleh kira dengan jari kot.

(Ntah kenapa2 tiba2 rasa nak menulis semula. Malam ni 1st solat terawih untuk Ramadhan 2013)

Wassalam..

# tinta hamba dari bumi UKM #