July 15, 2013

TANAH AIRKU

Sapa Kami photo Assalamualaikum.gif


Hari ni kita cerita pasal ekonomi negara. 13 Mei 1969. Sapa tau apa yang berlaku masa tu? Itulah tarikh di mana berlakunya detik peristiwa hitam. Rusuhan kaum. Kenapa tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei tu? Hal ini disebabkan wujud ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum dan antara wilayah.

Kita sedia maklum masa penjajahan British di Tanah Melayu, mereka banyak membawa masuk imigran dari China dan India dan menetapkan tempat-tempat di mana kaum-kaum ini bekerja. Misalnya kaum India banyak terlibat dalam perladangan getah dan kelapa sawit di estet-estet. Kaum Cina pula banyak menetap di bandar dan terlibat dalam perniagaan. Kaum Melayu pula di kawasan luar bandar dan terlibat dalam aktiviti pertanian. Hal ini menyebabkan wujud jurang antara kaum dan menimbulkan perasaan tidak puas hati. Jurang pendapatan antara kaum Cina dengan kaum Melayu dan India sangatlah besar. Begitu juga dengan keadaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar. Maka, kesan daripada ketidakseimbangan ini tercetuslah peristiwa 13 Mei.

Lantaran daripada peristiwa itu, kerajaan mengambil langkah memperkenalkan suatu dasar iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang meliputi jangka masa selama 20 tahun bermula 1971-1990. DEB yang bermatlamatkan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) yang pertama di Malaysia.

Kemiskinan dapat dikurangkan dengan menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik. Antara program-program yang diperkenalkan ialah penanaman padi dua tahun sekali, penanaman di luar musim serta kemudahan pemasaran dan kredit. Pada masa ini tertubuhnya FAMA yang membantu petani memasarkan produk-produk pertanian mereka.

Penyusunan semula masyarakat adalah untuk memperbetulkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum dan wilayah. Ini dapat dicapai melalui pemodenan kehidupan desa dengan meninggikan daya pengeluaran, mempertingkatkan dan mengimbangkan pertumbuhan kegiatan bandar dan embetukan masyarakat perniagaan bumiputera.

DEB yang berakhir pada tahun 1990 walaupun tidak dapat mencapai matlamatnya 100%, terdapat beberapa perubahan yang dapat dikesani.

Sampai situ jak la aku cerita. Boring dah..haha..pasni nak cari tentang dasar-dasar negara semasa. Kena rajinkan diri untuk baca isu ekonomi semasa. Semoga dipermudahkan.

#tintahambadrbumiUKM#

0 comments:

Post a Comment