August 22, 2015

TUGAS SEBAGAI PSH PERKERANIAN DAN OPERASI

Bismillah..
Assalamualaikum..

2 entri dalam 1 masa. Hehe.. Entri ni mau cerita sedikit sebanyak kehidupan aku setelah 2 minggu bekerja di Unit Kokum JPWPL. 

Selalu sampai ofis around 7.30 pagi macam tu. Jadi free2 la boleh snap pic kan..hihi.. Aku actually lagi happy kalau sampai2 ofis jak ada memo atas meja apa yang perlu aku buat untuk hari tersebut. Lumrah la sebagai PSH (pekerja sambilan harian). Aku belum ada tugas yang directly from the bos. 

Pejabat SPPK.
Satu hari tu sampai ofis tengok atas meja ada memo dan surat2 dan fail2. Wahh, bahagia hidup, tak jugak aku boring..haha.. Mau cerita rutin harian aku sekaligus memberi gambaran apa tugas yang aku buat. Lebih kurang jugak dengan kerja2 para pembantu tadbir di ofis tu. Perkeranian dan operasi. 

Memo kerja.
Unit Kokum paling banyak handle program. Kalau kamu mau tau, program2 pertandingan di sekolah tu la diuruskan oleh Unit Kokum. Contohnya Choral Speaking, Bulan Bahasa, Bicara Berirama, Forum Remaja dan banyak lagi la. 

Mau cerita flow sikit~

Kalau pertandingan melibatkan peringkat kebangsaan, Jabatan Pendidikan Negeri akan terima surat daripada KPM atau pengelola yang dilantik oleh KPM sebagai pemberitahuan akan berlangsungnya program sekian-sekian. Kemudian JPN akan diminta untuk panjangkan surat ke sekolah2 rendah dan menengah. Surat apa ya? Hmm..surat memohon penyertaan, surat pelantikan hakim, surat jemputan dan banyak lagi la surat2.

Kalau dah buat surat tu, then kena dapatkan tandatangan Ketua Sektor atau Pengarah. Then, faks surat ke sekolah2, copy untuk diperbanyakkan, then masuk pigeon hole setiap sekolah. Kemudian salinan asal akan difailkan.

Kalau surat untuk satu sekolah sahaja, contohnya pelantikan SMK Pantai sebagai tuan rumah bagi program tertentu, proses yang sama akan dibuat. Sudah kena sign, faks ke SMK Pantai, copy untuk fail dan salinan asal masuk pigeon hole SMK Pantai.

Untuk fail pulak, kena catat minit, iaitu bilangan yang ke berapa. Di sini nombor rujukan surat berkait dengan minit fail. Macam mana ya mau cerita..hmm.. Malas la mau cerita..haha.. Catat minit fail tu pulak, untuk surat masuk guna pen merah, surat keluar guna pen hitam. Dulu di TH pun buat macam tu jugak.

Tugasan lain~~ kadang2 kena pegi bahagian kewangan untuk hantar pra-pesanan dan tempahan tiket. Kalau pra-pesanan tu kena catat dalam buku, nama pembekal, keterangan, jumlah dan sebagainya. Tiket just hantar sahaja. Lain lagi, pegi tempat PA Pengarah untuk cek kalau ada surat2 untuk SPPK.
Lain lagi, main cop2 untuk pelanggan2 yang datang minta pengesahan sijil2 akademik.

Lain lagi~~ angkat telefon, makan..haha..

Rutin harian begitu jak. Dorang belum memberi kepercayaan untuk aku buat surat. Aku syukur sangat sebab aku berpengalaman buat surat2 untuk program2 PERMIS di UKM dulu. Selalu jadi setiausaha program. Suasana kerja ni pun lebih kurang masa buat program OPKIM dulu. Buat surat, jemput universiti yang lain, faks segala. 

Gaji sebagai PSH berapa? RM54.00 sehari based on SPM. Biasanya PSH memang hanya akan tengok SPM. Kontrak aku 3 bulan. Syukur la dapat peluang untuk timba pengalaman. Dapat menambah item dalam resume.

Kehidupan sebagai fresh graduate baru bermula..



MACAM MANA BUKA AKAUN KWSP?

Bismillah..

Entri kali ni mau cerita simple2 jak berkenaan cara buka akaun KWSP. Disebabkan aku pun 1st time kena suruh buat akaun KWSP, so aku pun baru tau. Ingat kan lama, rupanya sekejap jak.



Normal la kan kalau kita mau buat sesuatu untuk 1st time akan takut2 sebab tidak tau. Tidak tau prosedur macam mana. Apa-apa pun aku kena buka jugak ni. So gagahkan diri pegi sendiri. 

Dont worry senang jak. Pegi jak KWSP, ambik borang untuk pendaftaran ahli. Rujuk gambar di bawah. Ohya, jangan lupa bawa salinan IC siap2. Then isi la borang tu. Sudah isi, ambik nombor giliran then ke kaunter. 


Sehelai jak yang perlu diisi.

Lepas tu KWSP akan proses dan akan keluar benda ni. Penerimaan Permohonan. Dalam tu dinyatakan sekali nombor KWSP. Nombor tu yang akan diberi kepada majikan.


Dan settle. Sekejap jak kan?

Perenggan ni aku update 18 Jun 2016.
"Sekarang semakin senang, boleh berdaftar di kiosk KWSP. Dan boleh terus daftar online punya iaitu EPF i-Akaun. Dari i-Akaun tu boleh semak penyata. Lebih kurang macam tnet banking. So kalau daftar kwsp guna kiosk, xpayah fotostet ic dengan syarat ic tu ok la,xda masalah cip,means dapat dibaca. Tapi kalau ic anda tak dapat dibaca d kiosk, tapi di kaunter dapat baca, just fotostet ic then daftar di kaunter. Kalau ic yg memang x boleh baca, p bank pun xdapat baca,baru isi borang tu k."


August 9, 2015

1ST DAY WORK AS PSH @ JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

Bismillah..

Isnin lepas my fren update ada vacancy di Jabatan Tanah & Ukur KK. So kami pun plan la untuk apply that vacancy. Download borang SPA1 and isi. Rabu plan mau urus semua, ambik pengesahan and then terus pos borang dan dokumen2 yang diperlukan. 

But suddenly keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Kena flu, and demam. So redha jak la, tunggu Khamis kalau sempat and dah sihat sebab tarikh tutup tu hari Jumaat. Ni la usaha kami fresh graduates yang sedang menganggur.

Tengok hari Khamis keadaan tidak bertambah baik. Sobbss..nda pa la, tak da rejeki. So aku pun cancel nda jadi hantar permohonan. Tapi petang tu, I got message from Iqha. She said "guess what?" Aku pun "kenapa? Dapat keja? Haha.." And dia kata ya. Wauuu..syukur alhamdulillah.

Dia kata esok (which means hari Jumaat) pegi KPM lapor diri and terus keja. Aku yang sakit2 time tu, terus jadi sihat. Haha.. Macam mana aku dapat keja kat sana? Aku ada hantar resume ke KPM haritu.

Ni lah hikmahnya tak dapat send application kat Jabatan Tanah tu. Rezeki dari Allah, who knows kan?

So Jumaat pegi la KPM. Menggagahkan diri, terus sihat pulak. And like always la, normal for your 1st day work to have butterflies in your stomach, sooo nervous. 

Sampai UK around 7.40am. Pagi tu hujan lebat gila. Nasib sampai dengan selamat sebab iolls naik bas je. Hihi.. Sampai UK stay jap kat food court, then naik ke KPM di tingkat 10. Menunggu di atas sampai Pn.Chris datang dan cakap aku di bawah unit yang sama dengan dia. So dia pun bawa aku masuk.

Masuk dalam pejabat Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK) di bawah Unit Kokurikulum. Dia tunjuk tempat duduk ku. Ok, aku keja sebagai PSH iaitu pekerja sambilan harian. Gaji nda tau lagi berapa, surat belum keluar, next week maybe. 

Mula dengan diberi briefing oleh ketua unit iaitu Cikgu Subari. Then masuk pulak bilik ketua sektor, Cikgu Salamat. Di sini semua panggil cikgu2. Then mula buat my 1st task. Rasa macam ala2 tengah praktikal gitu. Seharian catat minit fail. Ok itu benda dah biasa buat masa praktikal. Tapi still kena alert style catat minit kat sini.

Masih kekok xda kawan. Well normal la kan. Awal lagi. I have to be more friendly. Dah la aku ni nda friendly kalau dengan orang baru, xda rakan sebaya lagi dalam unit tu. Haha..boleh mati kutu. Tapi kena jadi friendly jugak kalau mau hidup.

Ni buat minit fail.

Kemudian, Ben dari unit Sukan ajar apa mau buat kalau ada surat faks masuk. Bawa ke kaunter depan, cop and masuk dalam kotak. Kalau ada yang urgent kena letak dalam bilik KS.

Thats my 1st day work. Apa yang tak best, like always lunch sorang2. Nanti kena usaha cari kawan lunch ni. Kena biasakan diri dengan dorang dulu. Kak Chris, Kak Jul, Kak Jumi, Ben, Cikgu Awang, Cikgu2 tu semua la. 

Wish me luck! 

Start work on 7/8/2015 as PSH at KPM Labuan.

Road to konvo....

-Xoxo-