August 22, 2015

TUGAS SEBAGAI PSH PERKERANIAN DAN OPERASI

Bismillah..
Assalamualaikum..

2 entri dalam 1 masa. Hehe.. Entri ni mau cerita sedikit sebanyak kehidupan aku setelah 2 minggu bekerja di Unit Kokum JPWPL. 

Selalu sampai ofis around 7.30 pagi macam tu. Jadi free2 la boleh snap pic kan..hihi.. Aku actually lagi happy kalau sampai2 ofis jak ada memo atas meja apa yang perlu aku buat untuk hari tersebut. Lumrah la sebagai PSH (pekerja sambilan harian). Aku belum ada tugas yang directly from the bos. 

Pejabat SPPK.
Satu hari tu sampai ofis tengok atas meja ada memo dan surat2 dan fail2. Wahh, bahagia hidup, tak jugak aku boring..haha.. Mau cerita rutin harian aku sekaligus memberi gambaran apa tugas yang aku buat. Lebih kurang jugak dengan kerja2 para pembantu tadbir di ofis tu. Perkeranian dan operasi. 

Memo kerja.
Unit Kokum paling banyak handle program. Kalau kamu mau tau, program2 pertandingan di sekolah tu la diuruskan oleh Unit Kokum. Contohnya Choral Speaking, Bulan Bahasa, Bicara Berirama, Forum Remaja dan banyak lagi la. 

Mau cerita flow sikit~

Kalau pertandingan melibatkan peringkat kebangsaan, Jabatan Pendidikan Negeri akan terima surat daripada KPM atau pengelola yang dilantik oleh KPM sebagai pemberitahuan akan berlangsungnya program sekian-sekian. Kemudian JPN akan diminta untuk panjangkan surat ke sekolah2 rendah dan menengah. Surat apa ya? Hmm..surat memohon penyertaan, surat pelantikan hakim, surat jemputan dan banyak lagi la surat2.

Kalau dah buat surat tu, then kena dapatkan tandatangan Ketua Sektor atau Pengarah. Then, faks surat ke sekolah2, copy untuk diperbanyakkan, then masuk pigeon hole setiap sekolah. Kemudian salinan asal akan difailkan.

Kalau surat untuk satu sekolah sahaja, contohnya pelantikan SMK Pantai sebagai tuan rumah bagi program tertentu, proses yang sama akan dibuat. Sudah kena sign, faks ke SMK Pantai, copy untuk fail dan salinan asal masuk pigeon hole SMK Pantai.

Untuk fail pulak, kena catat minit, iaitu bilangan yang ke berapa. Di sini nombor rujukan surat berkait dengan minit fail. Macam mana ya mau cerita..hmm.. Malas la mau cerita..haha.. Catat minit fail tu pulak, untuk surat masuk guna pen merah, surat keluar guna pen hitam. Dulu di TH pun buat macam tu jugak.

Tugasan lain~~ kadang2 kena pegi bahagian kewangan untuk hantar pra-pesanan dan tempahan tiket. Kalau pra-pesanan tu kena catat dalam buku, nama pembekal, keterangan, jumlah dan sebagainya. Tiket just hantar sahaja. Lain lagi, pegi tempat PA Pengarah untuk cek kalau ada surat2 untuk SPPK.
Lain lagi, main cop2 untuk pelanggan2 yang datang minta pengesahan sijil2 akademik.

Lain lagi~~ angkat telefon, makan..haha..

Rutin harian begitu jak. Dorang belum memberi kepercayaan untuk aku buat surat. Aku syukur sangat sebab aku berpengalaman buat surat2 untuk program2 PERMIS di UKM dulu. Selalu jadi setiausaha program. Suasana kerja ni pun lebih kurang masa buat program OPKIM dulu. Buat surat, jemput universiti yang lain, faks segala. 

Gaji sebagai PSH berapa? RM54.00 sehari based on SPM. Biasanya PSH memang hanya akan tengok SPM. Kontrak aku 3 bulan. Syukur la dapat peluang untuk timba pengalaman. Dapat menambah item dalam resume.

Kehidupan sebagai fresh graduate baru bermula..



2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum sis .sy bakal inten .sy ingin brtny srba sdkit pglmn dr sis blh ye mohon ye .016-6860390

puteribongsu said...

Wasalam..saya dah penah respond ke pasal komen awak ni? :D

Post a Comment