January 17, 2015

HARI ISTIMEWA?

Bismillah..

Apa yang istimewa? 13 Januari lalu, ya..hari yang istimewa. Kenapa ia istimewa biarlah rahsia. Entahlah, dulu semasa melangkah ke arah itu, aku cakap pada diri 'bukan begitu'. Tapi semakin lama semakin 'ya itu'. Mungkin selagi kita belum merasainya kita akan menafikan. Tapi bila kita yang berada dalam situasi itu, seolah-olah kita faham apa yang berlaku kepada orang lain yang mengalami keadaan itu. Maaf, keadaan itu biarlah hanya aku yang faham.

Untuk pertama kalinya, harap akan kekal sampai bila-bila. Biar pertama dan yang terakhir. 


Untuk hari istimewa itu, aku buat keputusan untuk menjadikan ini sebagai hadiah. :)

November 6, 2014

BEFDAY DANIE

Bismillah..

Apa yang menarik harini? Eh, bukan harini..semalam..hehe.. 5hb, befday Danie. Ok, first time nama danie muncul dalam ni. Kami  family Permis pun plan buat suprise untuk dia. Plannya mau dia kena marah time meeting. Dan semuanya menjadi sampai berjaya buat dia nangis. 

Haha..pelakon terbaik Adli, Zandi n Leles. Zandi la jugak, last2 ketawa terburai bila Danie sudah menangis. Aku hanya mampu paling muka untuk cover senyuman.

Apa yang best bila befday bukan hadiah semata2, tapi moment tu yang penting. Era kata kejutan tu yang penting. Alnid kata masa yang kita luangkan bersama itu yang penting. Ya, persahabatan tu kita tidak nilai ia dengan kebendaan, tapi dengan nilai kasih sayang yang terbit dari hati.


Haa..tu yang di tengah befday girl. Yang lelaki tu Adli. Watak penjahat utama. Watak hitam..haha.. Hepy befday Danie. Stay cute.. ^_^

November 5, 2014

PENULISAN ARTIKEL POPULAR

Assalamuaikum.

Apa itu penulisan artikel popular? Ok..hari ni hadiri syarahan esei popular yang disampaikan oleh En. Azmul Fahimi, pensyarah di Fakulti Pengajian Islam UKM. 




Artikel popular tu adalah penulisan sekunder untuk bacaan ringan dan santai, diterbitkan di akhbar, majalah dan portal.

Ciri-ciri :

  1. Isu semasa
  2. Isu terfokus
  3. Artikel ringkas : 400-800 patah kata
  4. Ada kolum - tetap atau tidak tetap.
  5. Ada pautan maya.


Jenis Penerbitan :

  1. Akhbar arus perdana - Berita Harian, Utusan.
  2. Akhbar alternatif - Suara keadilan, Harakah Daily.
  3. Majalah - Solusi
  4. Portal berita online


Bagaimana Menulis ?

  1. Pilih tajuk yang jadi bidang dan ada kepakaran.
  2. Tajuk bersifat isu semasa dan relevan dengan persoalan hari ini.
  3. Kenal pasti trend penulisan di akhbar dan majalah.
  4. Draf penulisan guna laras bahasa yang mudah difahami dan ringkas.
  5. Kawal jumlah perkataan.


Suntingan dan Penerbitan :

  1. Emel naskah yang ditulis bersama gambar wajah dan latarbelakang ringkas penulis kepada editor akhbar, majalah atau portal.
  2. Editor akan melakukan suntingan kepada tajuk dan pemotongan kandungan.
  3. Penerbitan bergantung kepada keputusan dari Meja Ketua Pengarang.


Jenis-jenis Isu untuk Ditulis :

  1. Belasungkawa (condolences).
  2. Ulangtahun peristiwa besar.
  3. Sempena sambutan sesuatu acara dan institusi.
  4. Isu semasa : politik, sosial, ekonomi, akademik, agama, sukan dan hiburan.
  5. Jenis ruangan ; rencana, agama, laporan khas, keluaran khas dan wawancara.


Etika

  • Penulis bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang ditulis.
  • Berhati-hati dengan sensitiviti agama, kaum dan tugas sebagai penjawat awam.
Kenapa dinamakan popular? Macam mana orang nak kenalpasti itu artikel popular.
Kalau artikel tu keluar surat khabar, majalah tu popular la..haha..

Penyusunan isi ikut kronologi dan bergantung kepada kreativiti.