November 5, 2014

PENULISAN ARTIKEL POPULAR

Assalamuaikum.

Apa itu penulisan artikel popular? Ok..hari ni hadiri syarahan esei popular yang disampaikan oleh En. Azmul Fahimi, pensyarah di Fakulti Pengajian Islam UKM. 




Artikel popular tu adalah penulisan sekunder untuk bacaan ringan dan santai, diterbitkan di akhbar, majalah dan portal.

Ciri-ciri :

  1. Isu semasa
  2. Isu terfokus
  3. Artikel ringkas : 400-800 patah kata
  4. Ada kolum - tetap atau tidak tetap.
  5. Ada pautan maya.


Jenis Penerbitan :

  1. Akhbar arus perdana - Berita Harian, Utusan.
  2. Akhbar alternatif - Suara keadilan, Harakah Daily.
  3. Majalah - Solusi
  4. Portal berita online


Bagaimana Menulis ?

  1. Pilih tajuk yang jadi bidang dan ada kepakaran.
  2. Tajuk bersifat isu semasa dan relevan dengan persoalan hari ini.
  3. Kenal pasti trend penulisan di akhbar dan majalah.
  4. Draf penulisan guna laras bahasa yang mudah difahami dan ringkas.
  5. Kawal jumlah perkataan.


Suntingan dan Penerbitan :

  1. Emel naskah yang ditulis bersama gambar wajah dan latarbelakang ringkas penulis kepada editor akhbar, majalah atau portal.
  2. Editor akan melakukan suntingan kepada tajuk dan pemotongan kandungan.
  3. Penerbitan bergantung kepada keputusan dari Meja Ketua Pengarang.


Jenis-jenis Isu untuk Ditulis :

  1. Belasungkawa (condolences).
  2. Ulangtahun peristiwa besar.
  3. Sempena sambutan sesuatu acara dan institusi.
  4. Isu semasa : politik, sosial, ekonomi, akademik, agama, sukan dan hiburan.
  5. Jenis ruangan ; rencana, agama, laporan khas, keluaran khas dan wawancara.


Etika

  • Penulis bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang ditulis.
  • Berhati-hati dengan sensitiviti agama, kaum dan tugas sebagai penjawat awam.
Kenapa dinamakan popular? Macam mana orang nak kenalpasti itu artikel popular.
Kalau artikel tu keluar surat khabar, majalah tu popular la..haha..

Penyusunan isi ikut kronologi dan bergantung kepada kreativiti.



0 comments:

Post a Comment