February 28, 2015

DIY BUNGA TISU

Bismillah..

Mencungkil kembali rasa hati yang minat dekat diy (do it yourself) kraf or whatsoever yang sewaktu dengannya. Kepuasan tu terasa bila tengok hasil tangan kita.

So,hari ni pun google2 la benda2 diy and harini more to gubahan bubga2 untuk wedding. And terjumpa bunga cam gambar di bawah di blog pinkbiru.



Tengok2, eh..yes i know cara buatnya. Owh,rupanya bunga tisu tu boleh buat begini. Jadi nanti senang la. Berhasrat buat sendiri nanti untuk wedding..kihkihkih.

Aku pun recall balik whether aku masih ingat ka tidak. So here the steps..

Ambik tisu. Ikut step di cam di atas. Eh,step 3  dengan 4 terbalik. Lipat macam buat kipas.

Step 5 gunting hujung yang bsambung.
6 staple di tengah2. Ataupun ikat guna reben pun boleh. 
7. Buka lipatan tadi macam dalam gambar.
8. Tarik selapis2. Then akan jadi macam no.9



Tadaaa..ni la hasilnya. Cara buat simple jak tapi output menarik.

Ni aku buat guna tisu biasa jak. Untuk kegunaan majlis kena guna crepe paper/kertas tisu. Dia keras sikit, so boleh bertahan lama. Kalau guna tisu yang biasa ni lembik. Takut2 tidak sampai ke petang pun. Bunga layu..hahaha..

Ok. Sangat minat diy comel2 ni. Nanti aku try buat yang baaaanyakkk2..

Hehe..ok then..xoxo




February 26, 2015

TUNTUTAN ELAUN THESIS JPA

Bismillah..

Hari ni pegi Bank Islam untuk langsaikan bayaran denda sebab lewat daftar kursus. Nasib baik nda banyak, RM15 jak. Tapi boleh kira untuk makan 3 hari jugak tu..huhu..

Pas bayar denda, cek baki. Eh, ada 300++. Otak aku pun dengan pantas berputar, yes elaun thesis dah masyukk..kikiki.. Alhamdulillah..

Ni mau kongsi macam mana cara dapatkan elaun thesis untuk pemegang biasiswa JPA. Huntungg laa boleh tuntut elaun lagi kan..haha..

Ok, senang jak. Perkara utama isi borang tuntutan elaun thesis. Cari kat portal JPA ada kot. Macam gambar di bawah 

Begini la rupa borang ni setakat masa yang aku mohon la (tahun 2014). Kalau berubah sudah tu xtau. 

Lengkapkan borang tu, lepas tu hantar kepada ketua pusat pengajian. Contoh macam aku Pusat Pengajian Ekonomi, so hantar kepada Ketua Pusat. Masa tu, Dr.Tamat sebagai ketua Pusat Ekonomi FEP UKM. Atau boleh juga minta dengan dekan fakulti.

Lepas sudah dapat sign tu, pos kepada JPA. Jangan lupa sertakan salinan thesis. Soft copy dalam cd. Macam kes aku, aku lupa mau sertakan salinan thesis tu, just pos borang. Pastu dapat emel daripada pegawai JPA yang berkenaan, dia minta salinan thesis and boleh bagi dia via emel jak. Alhamdulillah, senang kerja.

Pastu cek portal Myself JPA yang masih baru tu, tengok bahagian bayaran, elaun thesis akan masuk 1-3 minggu lepas JPA kreditkan kepada bank. So. Just wait and see.

Mau tau berapa dapat? Hehe.. RM 300. Kira banyak jugak tu. Alhamdulillah.

Ok2..tu jak la mau cerita. 

Xoxo :p

February 20, 2015

MENGIDAM TART TELUR

Bismillah..

Ini memang post harini. Aktiviti aku harini. Beberapa hari yang lepas, or should I say minggu2 yang lepas, teringin mau makan tart telur..wuishhh, terbayang2.. Dan haritu nampak la Ain share kat fb video cara buat dia, naa apa lagi. Save lerr..pastu kata hujung minggu baru buat disebabkan kesibukan praktikal..haha..konon la sibuk kan. Sebenarnya memang mau buat minggu lepas tapi aku cari acuan tu tak jumpa..sobsob. Jadinya terpaksa tangguh lagi niat tu.

But today I have done it. Bila ntah, my mom belikan acuan dia tu. So xda halangan sudah, mula la kita beraksi. Disamping rujuk video yang aku ambik haritu, aku google2 lagi manatau ada tambahan ka dari resepi2 orang lain. 

Yes..mari kita kongsi resepi. Kredit to blogger2 yang baik hati ye..Thanks :D

1st untuk buat crust dia dulu,

BAHAN2 :
1. 3 cawan tepung ganum.
2. 2 cawan butter
3. 1 1/2 cawan gula icing
4. 1 penutup esen vanila
5. 1 biji telur

CARA :
1. Pukul butter dengan gula sampai gebu.
2. Masukkan telur, then esen vanila sambil2 pukul tu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Uli sampai jadi doh macam gambar di bawah.
5. Pastu tekap la doh tu ke dalam adunan.

 


2nd, untuk filing,

BAHAN2 :
1. 300 ml air
2. 1/2 cawan gula
3. 80ml susu cair
4. 3 biji telur

CARA2 :
1. Masak air dengan gula.
2. Pukul susu cair dengan telur.
3. Bila air gula sudah masak, sejukkan baru campur dengan susu dan telur tadi.
4. Then, tapis filing supaya putih2 telur yang kental degil tu diasingkan.

Nampak kan tu putih2 di penapis.


Lepas tu sudah siap crust tadi, boleh la tuang filing.
Tips, letak pewarna kuning dekat filing tu supaya berwarna.


Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit. Pandai2 la adjust masa dan api..hehe..
Untuk tau sudah masak ka belum, letak toothpick di tengah2 filing tu, kalau berdiri tu masak la sudah.

Tadaa..ni la hasilnya..

Selamat mencuba. Usaha tangga kejayaan.
p/s : my 1st try..hihi..

xoxo