February 20, 2015

MENGIDAM TART TELUR

Bismillah..

Ini memang post harini. Aktiviti aku harini. Beberapa hari yang lepas, or should I say minggu2 yang lepas, teringin mau makan tart telur..wuishhh, terbayang2.. Dan haritu nampak la Ain share kat fb video cara buat dia, naa apa lagi. Save lerr..pastu kata hujung minggu baru buat disebabkan kesibukan praktikal..haha..konon la sibuk kan. Sebenarnya memang mau buat minggu lepas tapi aku cari acuan tu tak jumpa..sobsob. Jadinya terpaksa tangguh lagi niat tu.

But today I have done it. Bila ntah, my mom belikan acuan dia tu. So xda halangan sudah, mula la kita beraksi. Disamping rujuk video yang aku ambik haritu, aku google2 lagi manatau ada tambahan ka dari resepi2 orang lain. 

Yes..mari kita kongsi resepi. Kredit to blogger2 yang baik hati ye..Thanks :D

1st untuk buat crust dia dulu,

BAHAN2 :
1. 3 cawan tepung ganum.
2. 2 cawan butter
3. 1 1/2 cawan gula icing
4. 1 penutup esen vanila
5. 1 biji telur

CARA :
1. Pukul butter dengan gula sampai gebu.
2. Masukkan telur, then esen vanila sambil2 pukul tu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Uli sampai jadi doh macam gambar di bawah.
5. Pastu tekap la doh tu ke dalam adunan.

 


2nd, untuk filing,

BAHAN2 :
1. 300 ml air
2. 1/2 cawan gula
3. 80ml susu cair
4. 3 biji telur

CARA2 :
1. Masak air dengan gula.
2. Pukul susu cair dengan telur.
3. Bila air gula sudah masak, sejukkan baru campur dengan susu dan telur tadi.
4. Then, tapis filing supaya putih2 telur yang kental degil tu diasingkan.

Nampak kan tu putih2 di penapis.


Lepas tu sudah siap crust tadi, boleh la tuang filing.
Tips, letak pewarna kuning dekat filing tu supaya berwarna.


Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit. Pandai2 la adjust masa dan api..hehe..
Untuk tau sudah masak ka belum, letak toothpick di tengah2 filing tu, kalau berdiri tu masak la sudah.

Tadaa..ni la hasilnya..

Selamat mencuba. Usaha tangga kejayaan.
p/s : my 1st try..hihi..

xoxo





0 comments:

Post a Comment