October 26, 2013

SYARAHAN UMUM BERKENAAN HUDUD

Semalam, 25 Oktober 2013.


Alhamdulillah, kelas Islamic Banking just from 8 to 9..so, sempat pegi dengar syarahan umum tu. And for the first time dapat masuk Bilik Majlis kat Canselori. First2 masuk tu, memang takut-takut la, tengok keadaan kat dalam dengan orang-orang kat dalam. Aku tanya kat sorang kakak tu, dia kata just duduk kat mana-mana. Aku dengan kawan aku pun ambik tempat.

Macam ni la suasana dalam tu.

And mostly dalam tu pakar undang-undang, yang kami ni memang blur la bila sebut kes-kes mahkamah. Salah satunya kes Che Omar Che Soh. First time dengar dan we were curious. Apa kes dia? I'll find it later..hehe..

Berkenaan tajuk syarahan umum ni, 'Pelaksanaan Hudud dalam Kerangka Undang-Undang di Malaysia'. Baru-baru ni Sultan Brunei mengumumkan bahawa negara Brunei telah melaksanakan hudud dalam negaranya. Apa yang disebut semasa syarahan mengenai Brunei ialah bahawa kerajaan Brunei melaksanakan hudud dan hanya terlaksana kepada orang Islam. Bermaksud, orang bukan Islam adalah terkecuali. Walau bagaimanapun, hal ini dikatakan boleh menjadi fitnah kepada agama kerana berlaku ketidakadilan. 

Penyampai mengatakan bahawa hudud boleh dilaksanakan tetapi bukan di bawah Perkara 3 Perlembagaan. Ia perlu diletakkan di bawah undang-undang jenayah yang khusus.


Dan...apa lagi ya? nanti saya sambung..

0 comments:

Post a Comment