September 15, 2013

KECANTIKAN SEORANG WANITA


Cantik itu subjektif. Lain orang lain pandangannya berkenaan 'cantik' itu.



Bangun pagi ini terbaca satu blog yang di'link'kan oleh kakak aku - NASIHAT DAN BIMBINGAN UNTUK PUTERIKU-SYEIKH ALI THANTAWI. Membuatkan aku menulis entri ni.

Aku ada seorang sahabat yang sangat cantik. First time nampak dia (nampak dari jauh), 'cantiknya dia' pertama yang keluar dari mulut aku. Sampai sekarang banyak meluangkan masa dengan dia. Memang cantiknya dia tidak dapat dinafikan lagi. Sehinggakan begitu banyak syabab yang datang mencuba, mungkin tidak secara langsung, tetapi dengan cara yang tidak begitu ketara. Tapi ada jugak yang berani secara langsung.

Alhamdulillah, dia bukan sekadar cantik luaran, tapi jugak cantik dalaman, insya-Allah. Walaupun terdapat kekurangannya yang kadang-kadang aku pun geram, tapi ya la, mana ada orang yang sempurna kan? Even aku sendiri banyak kekurangan. Bersyukur sangat dia bukanlah jenis yang menyalahgunakan kecantikan yang dimiliki. Bersyukur dengan bekalan iman yang ada dalam dirinya.

Ramai sangat orang yang cuba menghampiri dia. Pasti besar sungguh dugaanyang dia alami. Tapi aku kadang-kadang risau jugak kalau-kalau kehadiran pria-pria itu menganggu-gugat hidupnya. Sebab, aku tahu ada yang serius sudah berjumpa dengan kakaknya. Aku harap kalau memang si dia itu terbaik untuk dia, semoga mereka ada jodoh, kekal hingga ke syurga. 

Ok..ini petikan dari blog yang aku baca tadi "wahai puteriku, demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya.. demi Allah, jangan percaya kata2 sebahagian lelaki bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. berbicara sebagai sahabat dan mencintaimu hanya sebagai teman akrab. bohong! demi Allah dia bohong..."

Teringat kembali seorang sahabat cerita, seorang lelaki. Dia kata, "jangan kamu percaya, semua lelaki pembohong. Cuma yang membezakan tu sama ada dorang bohong sikit atau bohong banyak." Bila dengar dia cakap camtu, I was like 'seriusly??' Dia kan seorang lelaki mesti dia tahu macam mana seorang yang bernama lelaki.

Back to kecantikan seorang wanita. Semua wanita itu cantik, cuma yang membezakan cantik sikit dan cantik banyak..hehe..Akan lebih cantik wanita itu kalau dihiasi lagi dengan akhlak yang cantik dan tutur kata yang indah. Semoga wanita cantik diluar sana tidak menyalahgunakan kecantikan yang dimiliki sebab bila-bila masa jak ALLAH boleh tarik nikmat tu. 

Hayati video ni :)




#tintahambadaribumiUKM#

0 comments:

Post a Comment