September 21, 2014

KURSUS MEMANDU KPP01 (D)

Assalamuaikum

Harini mula kelas KPP 1 (D). Kena hadapi ceramah 6jam. Ok, 1st impression tengok muka cikgu, cam garang je. Tapi my fren kata dia ok, suka buat lawak n banyak bagi rehat. So, we wait n see.. :D

Kelas start dengan panduan. Siap kena suruh menyalin lagi. 

Pemandu yang sempurna :
1. Merancang perjalanan
2. Tidak melakukan kesalahan jalan raya
3. Tidak terlibat dalam kemalangan.

Pastu kena tanya apa itu KPP? Kurikulum Pendidikan Pemandu. Ingat tu.

Antara lampu isyarat dengan arahan polis yang mana kita kena utamakan? Bak kata cikgu Arshad, kena dengar cakap polis.

Ada 3 tajuk utama yang nak belajar hari ni. Lesen memandu, terminologi singkatan penting & teori pemanduan selamat. 

Start dengan lesen. Cerita pasal akta. Bawah seksyen 26(1) akta pengangkutan jalan 1987. Ni memang kena suruh salin..haha.. Lesen memandu ada 4 jenis :
1. Lesen belajar memandu
2. Lesen memandu percubaan
3. Lesen memandu kompeten
4. Lesen memandu vokasional

No. 1 tu lesen L. Baru tau L=learner.  Lesen L dikeluarkan bagi tempoh 3 atau 6 bulan. Kalau kompeten setahun. Cg kata jangan renew 6bulan. Nanti rugi, rugi kenapa xtau. Renew 3 bulan ok. Kalau x renew dalam tempoh 2 tahun dibatalkan & dibatalkan. Kena lulus semua ujian kekompetenan & mendapat lesen. 

Kalau dah lulus lesen L, baru lesen P=percubaan dikeluarkan, tempoh 2 tahun. Dah cukup  tempoh 2 tahun tukar lesen kompeten. Tapi kena ada syarat xda sekatan. Contoh saman. Ni cerita pasal sekatan. Cukup 2 tahun kalau nak tukar lesen, pegi JPJ kata nak tukar lesen kompeten. Bila dorang cek ic kita ada saman, bayar saman. Dapat 10point demerit, lesen P dibatalkan. Kalau nak dapatkan balik, kena start balik dari awal. Haa, jangan main2. Lesen kompeten boleh renew 1-5 tahun. Tapi cg nasihat jangan renew 5tahun sebab 30 x 5 kena bayar 150. Kalau lebih 3 tahun x renew, batal. So renew setahun2. Tarikh renew kita xkan lupa, kenapa? Sebab tarikh tu guna tarikh lahir kita. Lepas ada lesen kompeten, boleh mohon lesen vokasional. Ni untuk membolehkan drive kenderaan perkhidmatan awam iaitu PSV=public service vehicle. Contoh teksi, bas, kenderaan bawa barang2 GDL=goods driving license macam motor roda 3, van, lori, kontena. 

Kelas2 lesen pulak. Aduh, malas dah nak cerita. Gila banyak. 

Kalau fail kena bayar RM27 di EG. EG ke? Apa benda ntah EG tu..haha..

Proses mdapatkan lesen :
Daftar
KPP 1 6 jam
Ujian komputer
Lulus p KPP 2, 5½ jam

Erkk..dah malas menulis..ini la jadinya.. Haa, ambik..


















September 18, 2014

BELAJAR MEMANDU

Assalamuaikum..

Hai hai hai.. Hari ni nak cerita pasal misi hari ni yang berjaya dicapai. Macam tajuk yang tertera di atas la, belajar drive. Petang tadi pegi daftar nak ambik lesen dengan era & tata. Total bayaran sekarang kat Pusat Memandu Mazris (terletak di pusanika UKM) dah naik. RM1020 T_T menyesal la jugak tak ambik awal2 dulu, boleh dapat 700++ je. Hmm, xde rezeki. Btw, bayaran time daftar RM 220. Kami start KPP 1 sabtu ni. Semangat2..haha..

Btw, modul pembelajaran dah berubah, new syllabus. Harap2 dapat melepasi dengan jayanya. Then dah settle daftar petang2 sikit, dalam pukul 4 camtu terus belajar drive. Pinjam keta sewa yang kawan jaga. Gen2 lagi tu. Perghh..gila..haha.. Cuak, nebes, excited, takut, semangat semua ada. 1001 rasa..haha..

Guru aku petang tadi is Mr.Z..hihi..guru era & tata pulak Ms.S..

Lesson harini dari cara nak start, gear 1 sampai gear 3, break. Problem kereta gen2 tu clutch dia keras bukan main. Dah la kaki aku pendek, kerusi tarik sampai habis ke depan, tambah lagi letak beg kat belakang. Kaki tak sampai..haha..


Memang sangat scary for the 1st time. Tak boleh nak relax2 bersandar. Dengan otak nak menghadam segala step2 yang disampaikan oleh Mr.Z. 

1st step pasang tali keledar, hidupkan enjin, tekan clutch, tukar gear ke gear 1, turunkan hand break, lepaskan clutch sambil tekan minyak, buat serentak & perlahan. Bila kereta dah gerak lepaskan clutch tu. Yes berjaya main stereng..hahaha..

Masalah aku dengan break. Tapi insyaAllah boleh kot. Nanti cuba lagi. Turun dari kereta siap menggeletar kaki. Haha..

Apa yang aku belajat hari ni? Kena berani n yakin. Yeerrr, pandai cakap je, tapi takjt still ada. Nak belajat berani la, tapi bila bawa atas jalan raya dengan kereta lain lagi yang banyak, tak tau la.. Semoga Allah permudahkan semua.


Ok..tu era..haha..gudluck..


September 15, 2014

JELAJAH BAJU I : KWC

Assalamuaikum.

Harini nak cerita pasal pengalaman kemarin. Jam 9pagi patutnya ada meeting PERMIS. Tapi lambat bangun la pulak,lupa ada meeting..hehe.. Then meeting kat bilik PMUKM, menumpang je.

Habis meeting kemas2 bilik PERMIS sikit, sementara tunggu Adli dan kak Laila bersiap. Pastu kami memulakan gerak jerja pertama iaitu mencari baju rasmi exco PERMIS. Gerak kerja la sangat.

Nak pergi kenanga tapi xtau jalan. So pergi dengan Adli, konon2 jadi guide tapi rupanya dia sendiri pun xtau..haha..

Naik ktm ke kl sentral, sampai sana kira2 12 tengah hari camtu. Pastu pegi stesen monorail, monorail pulak rosak, kena tunggu untuk 20 minit. Jadi untuk memanfaatkan masa 20 minit tu,pegi la makan n solat zohor dulu ye..

Lepas selesai semua tu meneruskan perjalanan. Disebabkan ni 1st time aku naik monorail jadi memang tak pernah la..eh.apa aku cakap ni? -_-' abaikan..haha.. Sangatlah sardin manusia2 di sana. Dengan mat saleh nya lagi yang slumber buat adengan di khalayak ramai. Kami pun penuh dengan cerita2 yang menggelikan hati..haha.. Kena pulak masa keluar monorail tu dihimpit dan terhimpit..huhu.. T_T xnak dah naik tu..

Sampai kenanga siap semua membeli baju yang dicari walaupun masa tu ada lagi adegan bgaduh pasal baju..haha..gigih lagi jalan ke BTS. Sunyi pulak kat area kenanga tu petang2, kedai2 awal tutup.


Huhu..sangat la memenatkan..kalau mum tau ni memang nak kena bebel..


Antara 2 baju yang kena finalist. Adli mati2 nak merah, kami pulak nak purple. Era x suka bulat2 merah tu. Adli pulak x suka baju batik lelaki tu. Dia kata x cantik, dan memang bila dah lama aku tenung aku akui memang x cantik..haha.. Bila dah buat keputusan ambik yang merah tu, masalah saiz pulak kat baju kurung tu. Last2 tak jadi ambik, kata cari esok je la. 

Then jalan ke BTS dengan gigihnya melalui U turn yang agak panjang melebihi 300 meter. Memang gigih. Sampai je terus serbu KFC. Balik naik monorail pukul 10 lebih kurang. Sampai KL Sentral dah habis tenaga tapi untuk snap2 masih mampu..haha..


Sampai KTM UKM 11 lebih, bas dah tak ada. Talian hayat call him untuk ambik kami..hihi..

Ok la..nak buat kesimpulannya. Macam mana nak pegi Kenanga Wholesale City dari UKM naik public transport? 
Zon 6 nadi putra ke ktm ukm ---> kl sentral (rm3.30) ---> jalan ke stesen monorail lalu nu sentral ---> naik monorail ke jalan hang tuah (rm1.60). Keluar dar stesen monorail tu belok kiri, ada papan tanda tunjuk ke KWC. 

September 7, 2014

MALAYSIA AIRLINES

Assalamuaikum.

Kemarin buka mata masih berada di WP Labuan. Harini buka mata berada di UKM. Alamak, dah kat UKM..huhu..petanda cuti dah habis.


Penerbangan kemarin  dijadualkan jam 3 petang. Tapi last2 fly jam 3.30. Second time naik MAS after 4 years i think, 2009. And second time jugak I'm alone. Nervous memang ada takut2 silap naik kapal ka, salah jalan ka kan. Tapi apa boleh buat, terpaksa.


Berada di awangan, aku pilih duduk dekat wing. Dan yang heaven nya kat sebelah aku xda orang duduk..yeah! Cuba ada sorang cabin crew yang kadang2 duduk situ, bila kapal nak terbang, bila pilot announce suruh doranv duduk and time landing.


Apa yang ada dalam flight MAS? Ada benda ni. Boleh tengok movie, dengar music, baca e book dan macam2 lagi. Aku mula2 pun agak sakai jugak la..haha..dan xtau macam mana nak alihkan remote tu dan kat mana nak cucuk handsfree yang diberi. Sebab handsfree tu ada 2 pencucuk pulak.


Pastu dapat hidangan lasagna chicken plus orange juice. Xdan nak gambo..hahah..

Landed di KLIA jam 5.45pm. Keluar dari flight jalan pegi tempat claim luggage punya jauh, pastu lama pulak tunggu luggage. Then, jumpa orang yang menjemput saye..hehe..

Thanks for fetched me.
Ok,thats all la.

Bubye..