September 15, 2014

JELAJAH BAJU I : KWC

Assalamuaikum.

Harini nak cerita pasal pengalaman kemarin. Jam 9pagi patutnya ada meeting PERMIS. Tapi lambat bangun la pulak,lupa ada meeting..hehe.. Then meeting kat bilik PMUKM, menumpang je.

Habis meeting kemas2 bilik PERMIS sikit, sementara tunggu Adli dan kak Laila bersiap. Pastu kami memulakan gerak jerja pertama iaitu mencari baju rasmi exco PERMIS. Gerak kerja la sangat.

Nak pergi kenanga tapi xtau jalan. So pergi dengan Adli, konon2 jadi guide tapi rupanya dia sendiri pun xtau..haha..

Naik ktm ke kl sentral, sampai sana kira2 12 tengah hari camtu. Pastu pegi stesen monorail, monorail pulak rosak, kena tunggu untuk 20 minit. Jadi untuk memanfaatkan masa 20 minit tu,pegi la makan n solat zohor dulu ye..

Lepas selesai semua tu meneruskan perjalanan. Disebabkan ni 1st time aku naik monorail jadi memang tak pernah la..eh.apa aku cakap ni? -_-' abaikan..haha.. Sangatlah sardin manusia2 di sana. Dengan mat saleh nya lagi yang slumber buat adengan di khalayak ramai. Kami pun penuh dengan cerita2 yang menggelikan hati..haha.. Kena pulak masa keluar monorail tu dihimpit dan terhimpit..huhu.. T_T xnak dah naik tu..

Sampai kenanga siap semua membeli baju yang dicari walaupun masa tu ada lagi adegan bgaduh pasal baju..haha..gigih lagi jalan ke BTS. Sunyi pulak kat area kenanga tu petang2, kedai2 awal tutup.


Huhu..sangat la memenatkan..kalau mum tau ni memang nak kena bebel..


Antara 2 baju yang kena finalist. Adli mati2 nak merah, kami pulak nak purple. Era x suka bulat2 merah tu. Adli pulak x suka baju batik lelaki tu. Dia kata x cantik, dan memang bila dah lama aku tenung aku akui memang x cantik..haha.. Bila dah buat keputusan ambik yang merah tu, masalah saiz pulak kat baju kurung tu. Last2 tak jadi ambik, kata cari esok je la. 

Then jalan ke BTS dengan gigihnya melalui U turn yang agak panjang melebihi 300 meter. Memang gigih. Sampai je terus serbu KFC. Balik naik monorail pukul 10 lebih kurang. Sampai KL Sentral dah habis tenaga tapi untuk snap2 masih mampu..haha..


Sampai KTM UKM 11 lebih, bas dah tak ada. Talian hayat call him untuk ambik kami..hihi..

Ok la..nak buat kesimpulannya. Macam mana nak pegi Kenanga Wholesale City dari UKM naik public transport? 
Zon 6 nadi putra ke ktm ukm ---> kl sentral (rm3.30) ---> jalan ke stesen monorail lalu nu sentral ---> naik monorail ke jalan hang tuah (rm1.60). Keluar dar stesen monorail tu belok kiri, ada papan tanda tunjuk ke KWC. 

0 comments:

Post a Comment