November 6, 2014

BEFDAY DANIE

Bismillah..

Apa yang menarik harini? Eh, bukan harini..semalam..hehe.. 5hb, befday Danie. Ok, first time nama danie muncul dalam ni. Kami  family Permis pun plan buat suprise untuk dia. Plannya mau dia kena marah time meeting. Dan semuanya menjadi sampai berjaya buat dia nangis. 

Haha..pelakon terbaik Adli, Zandi n Leles. Zandi la jugak, last2 ketawa terburai bila Danie sudah menangis. Aku hanya mampu paling muka untuk cover senyuman.

Apa yang best bila befday bukan hadiah semata2, tapi moment tu yang penting. Era kata kejutan tu yang penting. Alnid kata masa yang kita luangkan bersama itu yang penting. Ya, persahabatan tu kita tidak nilai ia dengan kebendaan, tapi dengan nilai kasih sayang yang terbit dari hati.


Haa..tu yang di tengah befday girl. Yang lelaki tu Adli. Watak penjahat utama. Watak hitam..haha.. Hepy befday Danie. Stay cute.. ^_^

November 5, 2014

PENULISAN ARTIKEL POPULAR

Assalamuaikum.

Apa itu penulisan artikel popular? Ok..hari ni hadiri syarahan esei popular yang disampaikan oleh En. Azmul Fahimi, pensyarah di Fakulti Pengajian Islam UKM. 




Artikel popular tu adalah penulisan sekunder untuk bacaan ringan dan santai, diterbitkan di akhbar, majalah dan portal.

Ciri-ciri :

  1. Isu semasa
  2. Isu terfokus
  3. Artikel ringkas : 400-800 patah kata
  4. Ada kolum - tetap atau tidak tetap.
  5. Ada pautan maya.


Jenis Penerbitan :

  1. Akhbar arus perdana - Berita Harian, Utusan.
  2. Akhbar alternatif - Suara keadilan, Harakah Daily.
  3. Majalah - Solusi
  4. Portal berita online


Bagaimana Menulis ?

  1. Pilih tajuk yang jadi bidang dan ada kepakaran.
  2. Tajuk bersifat isu semasa dan relevan dengan persoalan hari ini.
  3. Kenal pasti trend penulisan di akhbar dan majalah.
  4. Draf penulisan guna laras bahasa yang mudah difahami dan ringkas.
  5. Kawal jumlah perkataan.


Suntingan dan Penerbitan :

  1. Emel naskah yang ditulis bersama gambar wajah dan latarbelakang ringkas penulis kepada editor akhbar, majalah atau portal.
  2. Editor akan melakukan suntingan kepada tajuk dan pemotongan kandungan.
  3. Penerbitan bergantung kepada keputusan dari Meja Ketua Pengarang.


Jenis-jenis Isu untuk Ditulis :

  1. Belasungkawa (condolences).
  2. Ulangtahun peristiwa besar.
  3. Sempena sambutan sesuatu acara dan institusi.
  4. Isu semasa : politik, sosial, ekonomi, akademik, agama, sukan dan hiburan.
  5. Jenis ruangan ; rencana, agama, laporan khas, keluaran khas dan wawancara.


Etika

  • Penulis bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang ditulis.
  • Berhati-hati dengan sensitiviti agama, kaum dan tugas sebagai penjawat awam.
Kenapa dinamakan popular? Macam mana orang nak kenalpasti itu artikel popular.
Kalau artikel tu keluar surat khabar, majalah tu popular la..haha..

Penyusunan isi ikut kronologi dan bergantung kepada kreativiti.



MUSHROOM SOUP

Assalamualaikum..

Tengok tajuk entri..hmm..yummy.. Tengah merehatkan mata dari buat asaimen di libry then tiba-tiba terbawang mushroom soup pizzahut.. wah..teringin mau makan. Apa lagi, terlintas ingat mau try buat nanti..so kita pun google la resepi.

Ni resepi dari blog warisan bonda resepi, boleh google ye.

BAHAN :
300 ml air..kalau mau kuah lebih tambah lagi.
500 ml susu segar..boleh guna dutch lady full cream.
1 atau 2 kiub pati ayam knorr.
1/2 st daun parsley kering.
1/2 st serbuk lada hitam.
Sedikit garam.
1/2 cawan tepung gandum.
1/2 sb mentega.
1 tin cendawan butang, buang air dan hiris atau cincang halus.

CARA :
1. Masukkan air dan susu ke dalam periuk. Biarkan mendidih baru masukkan kiub pati ayam.
2. Kacae sebati dalam 2-3 minit. Masukkan serbuk lada hitam + cendawan butang. Kacau lagi dalam 15 minit.
3. Masukkan daun parsley kering + mentega + garam. Kacau 10 minit.
4. Tepung gandum dibancuh dengan air. Kacau supaya tidak berketul.
5. Kacau sebati sampai sup agak pekat. Then siap. Ready untuk dihidang dengan garlic bread.

Mana mau dapat? Cari la di kedai..hikhik..

Nanti aku mau try buat. Coming soon. Cam sedap je. Pinjam gambar pizzahut.