June 28, 2015

PANDUAN TEST JPJ MODUL BARU

Assalamualaikum..

Haa..sekali buat entri berderet2. Terkumpul semua cerita, then bedebuk masuk blog. Patutnya ikut la tarikh kejadian, ye dok? Haha.. Xpa la, sebab bila nak buat entri tu macam2, malas la, habis kuota la, itu la, ini la..aishh..

Suka hati aku la kan. Blog aku. Hehe..no offense. Ok sekarang nak cerita apa ya? Hmm..cerita pasal tu seperti yang tertera kat tajuk entri ni la. Peristiwa yang berlaku pada 22 Jun 2015, hampir seminggu daa~~

Last monday, iaitu 22hb, tarikh test JPJ aku. Sebelum ni rasanya sekali je cerita pasal my driving class, time tu ambik masa masih kat UKM. Ambik dengan Mazris UKM, buat kat Pusat Latihan Memandu Cemerlang (PLMC), BBB.

Ok, meh nak cerita sikit kronologi. Ambik kelas kat PLMC, dalam bulan Okt-Dis 2014 tak silap. Selesai KPP 1-3, tapi KPP3 tak habis 10 jam. Ingat kan habis exam nak habiskan la baki lagi 2 jam then terus ambik JPJ. Tapi..tapi..tapi, bila nak p book test JPJ, tarikh tu dah full, and aku xda pilihan lain sebab dah nak balik Labuan. Sobbsss T_T so terpaksa la pindah ke Labuan, cancel kelas yang lagi 2 jam tu. Malas, sebab sama jugak tak dapat ambik JPJ. Owh..kalau nak cerita proses perpindahan tu nanti panjang la pulak. Next entri aku cerita..hihihi.. Yang ni kita fokus JPJ test.

22hb Jun, pagi tu hujan tersangatlah lebat, sampai banjir depan rumah. Jam dah pukul 8pagi dan aku belum bergerak lagi. Call cikgu aku kat Akademi Memandu Labuan (AML), Cikgu Mohamad, tanya jadi ka jpj test. Dia kata jadi, xpa la lambat datang sebab hujan. Fuhh lega la sikit. Tapi aku lewat dalam sejam la, terlepas la taklimat. Sampai kat AML, register then kena bagi nombor. Dapat no.7. Lucky me, my fevret number 7. ^_^  Ambik tempat duduk, tanya kat orang sebelah, orang yang sama2 ambik QTI seminggu sebelum jpj test. Tanya apa yang dah ditaklimatkan.

Ni yang sampai banjir kat simpang masuk ke rumah.

Fevret No.7
Habis taklimat kena suruh duduk je tunggu sampai no.kena panggil. Sampai calon no.6 kena panggil eh xde orang. So, aku la yang pegi. Hahaha..tak tau perasaan time tu. Disebabkan haritu QTI gagal, dan rasa sangat2 nak give up, kali ni macam xda perasaan pun ada.

1st thing 1st buat RPK - rutin pemeriksaan kenderaan. Start kat bahagian depan kereta then pusing ikut arah jam. Ni skrip aku :

1. Hadapan
"Assalamualaikum. Sekarang kita akan mulakan rpk. Cermin hadapan ok, bumper ok, no.plat ok bersih, lampu hadapan ok. Wiper ok (sentuh sikit wiper tu)."

2.Sisi kanan
"Lampu signal ok (kalau ada lampu signal kat tepi pintu, kereta viva xde), side mirror ok, tayar ok (ketuk2 sikit tayar tu), (then buka pintu depan) pintu dalam keadaan yang baik, (dah cek pintu terus tarik punat untuk buka bonet depan dan belakang), (cek pintu belakang pulak) pintu ok, tayar (belakang) ok."

3. Bonet belakang
"No.plat ok,lampu brek lampu belakang ok,bumper ok,wiper ok,cermin belakang ok. (Buka bonet) Dalam ni kena ada 5 benda: tayar spare,tools,segi tiga amaran,1st aid dan pemadam api. (Tutup bonet)."
4. Sisi kiri
(Buat benda yang sama macam kat sisi kanan.)

#basically just cakap je semua tu ok atau kalau rajin guna ayat yang panjang sikit 'dalam keadaan yang baik'. Tapi kalau aku malas, guna ok je. Semua pun ok ok ok. hahaha.. Sampai naik bosan. JPJ tu pun bukan nak dengar sangat.

5. Cek enjin.
Haaa..kat sini aku hampir lupa nak cek enjin. Selesai sisi kiri yakin je cakap rpk dah tamat. Then jpj tu tanya sure dah habis and that time baru la kepala aku ingat benda penting ni and i was "eh..sorry" Nasib baik awak sporting encik jpj..hihihi..
Time cek enjin just sebut je apa yang diingat. Aku buat macam ni, mula kat sebelah kanan enjin, main tunjuk2 je. "Ini radiator, ini tangki simpanan air radiator, ini sel basah, ini hos." Tengah xde apa sangat nak disebut. Ke kiri "ini tabung cecair brek, ini tangki air wiper, ini minyak enjin, ini tali sawat, ini dipstik (tarik dipstik dalam keadaan menegak). Paras minyak mestilah berada di antara maksimum dan minimum dipstik. (Simpan balik dipstik tu, bergegar2 tangan nak masukkan dia balik..hahaha..) Then "saya sudah tamat dengan rpk."

Ni dia enjin kereta viva.


2nd is RSM - rutin sebelum memandu. Masuk dalam kereta, duduk :
  1. Tarik handbrake.
  2. Free gear.
  3. Laraskan kerusi.
  4. Letak tangan atas stereng untuk tunjuk kedudukan tangan. Letak pergelangan dua² tangan kat bahagian atas stereng. Lebih kurang pukul 11 dan 1.
  5. Betulkan cermin sisi dan cermin pandang belakang. Kena cakap "cermin sisi menunjukkan 25% badan kereta dan 75% bahagian luar. Cermin pandang belakang menampakkan keseluruhan bahagian belakang."
  6. Pusing kunci ke bahagian acc. Ni untuk cek lampu2 di dashboard. Ada lampu handbrake, tekanan minyak, tali keledar, enjin. Dengan rpm,km/h,odo meter,mileage. Sebut je semua tu. Bukak buku ye, xdapat nak tunjuk satu² kat sini. 
  7. Hidupkan enjin.
  8. Cek signal,lampu,lampu tinggi pusing ke atas then tolak ke belakang. Wiper depan dan belakang. Hon. Lampu kecemasan. Kalau viva lampu kecemasan dekat dengan aircond kat tengah2. Kalau kancil kat stereng.
  9. Tekan minyak untuk uji jarum rpm bergerak. Pelan2 je tekan tu ok.
  10. Pakai tali pinggang keledar. Tarik seatbelt kemudian renjut (tarik kuat dan mengejut, dia akan terasa macam tersekat sikit) untuk menguji. Then pakai. Yang ni paling penting. Sekali lupa GAGAL serta merta. MANDATORI.
  11. "Selesai rpm."

Selesai rpm, pegi ke pondok di litar untuk tunggu ujian dalam litar pulak. Disebabkan pegawai jpj yang bertugas tak la ramai sangat, so kena tunggu semua habis rpk dan rsm baru proceed dengan ujian dalam litar. Tengok calon pertama, dia berjaya. Paling seram tengok kat bukit. Aku takut gila. Tapi duk pujuk hati "boleh tu". Tenang2 kan hati, istighfar banyak2. Memang cuak gila la. Rasa nak nangis pun ada. Tapi monolog lagi "kalau orang lain boleh, aku pun boleh". Berlaku pertelingkahan dalman. Hitam dan putih. Ceh..poyo..hahaha..

Then kena panggil nama aku. Wahhhh nebes gila2. Bertenang2. Memang ketenangan tu sangat memberi impak. Biar pun kaki dah bergetaq sebab nebes, ditambah lagi nak tekan clutch..wuwuwu T_T , mulut dan hati pun tak lepas sebut Allah..Allah..Allah.. Minta dipermudahkan. Jangan gagal, tak mau menyusahkan parents untuk bayar ulangan.

Mula dengan S, kemudian bukit. Dan bukit pass! Part tu aku syukur sangat sebab bukit tu yang paling berpuaka. Hahaha.. Kaki masih lagi bergetaq! Haha.. Lepas bukit buat parking, 3 penjuru, Z dan tamat. Alhamdulillah aku lulus dengan jayanya dalam litar. Syukur syukur syukur.

Lepas litar tunggu turn pulak untuk buat jalanraya. And alhamdulillah dapat pegawai jpj yang tadi buat rpk rsm. Dia sporting jadi tenang sikit. Masuk kereta kena buat rsm lagi sekali. Tapi kali ni dia just suruh betulkan cermin and try signal je. Ok lagi sekali jangan lupa pakai apa? Yes, seatbelt. Jangan lupa ok. Kenapa balik2 ingatkan seatbelt ni? Sebab kawan aku sorang lupa pakai seatbelt terus gagal. Sedih, sayang sangat. Tak ada maaf bagimu. Haha.. So, jangan lupa ye. SEATBELT!

Mula berjalan ke luar, dia kata jalan A. Alhamdulillah lagi sekali. Jalan A kat sini yang senang dan pendek. Mostly memang jalan A je, sebab jpj pun malas. Haha..yela, dah nak hadap berapa ramai orang untuk hari tu, makan masa tu. Jpj tu tanya aku, "biasa ka lalu jalan A". "Nda biasa". "Jadi mau jalan B? Jalan B biasa?" "Eh, tidak biasa jugak. Jalan A la. Haha.." "Berapa kali lalu jalan A dan jalan B?" "Hmm..jalan A sekali belajar sekali QTI, jalan B sekali." "Sekali jak??" "Sebab saya tambah kelas jak di sini, pindah dari bangi". Dia pun mula cek dokumen2 aku.haha.. "Owh, tapi ic memang orang sini kan?" "Ya,study di UKM." "Ambik course apa?" "Ekonomi."

Then lepas tu sampai habis krik2 je dalam kereta. Haha.. Kena ingat, lalu sekolah had laju 30km/h. Kalau langgar GAGAL ok.

Ni pejabat AML kat Durian Tunjung.
Kembali ke AML, alhamdulillah. Selesai. Lulus! :D Bawak borang ke pejabat. Bayar lagi RM60 untuk lesen P. Yeyhhh dah boleh dapat lesen P. Terimbau balik kesusahan, kepayahan, keputusasaan aku sepanjang ambik lesen ni. T_T

Habis sudah keperitan ku selama ini..hahaha.. Baru boleh tidur lena.
Begitu la ceritanya. Nanti jap next entri cerita pasal proses tukar institusi.

Ok then..see ya!

Xoxo.. XD

0 comments:

Post a Comment