June 27, 2015

TAMAT LATIHAN INDUSTRI

Assalamualaikum..
Wahh, berhabuk! Lama tak bukak. Selamat berpuasa, ni dah puasa ke-10 baru nak wish selamat berpuasa..hihik.. Ni gigih buat entri baru pepagi buta sebab time ni data laju, guna data promo maxis yang 12am-7am. 

Baca balik entri2 aku xda pulak aku sambung cerita intern di Tabung Haji. Dah nak sebulan tamat intern kat sana, habis hari tu 2hb Jun. A few days before aku habis LI tu, staf2 TH buat jamuan perpisahan untuk aku. Ingat sekadar makan2 biasa je, rupanya khas untuk aku. Terharu la pulak. sobbss.. 

Majlis kecik2 je, memandangkan bilangan anggota pun kecik. Dimulakan dengan ucapan simple2 daripada Tuan Pengurus, Haji Samsudin bin Ali, and then diserahkan kepada aku untuk memberi sepatah dua kata. Memang sepatah dua je la aku cakap. Haha.. Terima kasih kepada semua sebab sudi terima kehadiran saya di TH dan atas semua tunjuk ajar yang diberikan. Minta maaf atas segala salah silap. Macam ayat skrip je. Hantam saja la labu..hahaha..

Ni time aku disuruh bagi ucapan sikit. haha..

 After the simple speech, mereka bagi sedikit (sikit ke?) cenderamata. Wahhhh..bestnyeee! TH bagi beg dan duit (berapa? Takyah la tau..hehe..) Kak Mas (penyelia aku) bagi jam, kak Jum bagi telekung and ada lagi yang lain2. Terfikir maybe kalau aku terima LI kat audit firm haritu x akan merasa dapat macam ni. Alhamdulillah.

Nak cerita sikit pasal pengalaman.Sepanjang berada di TH aku melalui pusingan kerja di setiap unit. Disebabkan TH Labuan sangatlah kecik, xda la banyak sangat kerja. Pusing2 unit kewangan, pemasaran, pentadbiran dan haji tapi di situ2 jugak, buat benda yang sama jugak..hahaha.. Kadang tu sampai naik boring buat benda yang sama.

Ni keja aku. Jaga pendaftaran.
Tapiiiii..haa ada tapinya. Part paling best buat Simulasi Haji! Untuk Kursus Asas Haji siri yang terakhir, kami buat praktikal haji di sekitar Labuan. Sabtu petang sampai Ahad pagi. Sabtu petang tu pendaftaran. Bermula di Masjid Jamek An-Nur Labuan yang diandaikan sebagai Maakah. After Asar, taklimat dengan pengurus. Pastu kami pun naik bas menuju ke Arafah yang terletak di Pantai Pohon Batu. Dengan jemaah2 yang memakai kain ihram, wahhhh, terasa auranya. 

Wuquf di Arafah sampai habis waktu Isyak. Lepas tu bergerak ke Mina untuk mengutip batu. Mina terletak di Masjid Layangan. Sampai sana, jemaah pun mula mengutip batu. Kemudian berehat sebentar. Lepas tu bergerak Masjid Biru untuk melontar jamrah. Subhanallah suasananya memberi gambaran jemaah menunaikan haji. Penat memang tak terkata dah. Tu dalam lebih kurang pukul 1 pagi. Memang aku pun jadi panda dah time tu. Lepas tu balik semula ke Maakah untuk tawaf dan saei. 

Wuquf

Kutip batu

Tawaf

Saei

Baru praktikal sahaja banyak benda yang perlu untuk sabar. Apalagi kalau yang betul2. Mana dengan penatnya lagi. Semoga suatu hari nanti berpeluang jadi tetamu Allah. Bawa mama dan bapa. :')

Ok sampai sini je.

Xoxo..daaa~~


0 comments:

Post a Comment