July 31, 2015

CUTI-CUTI RAYA DI LAHAD DATU

Bismillah..

Raya tahun ni sangat menggumbirakan. Awal syawal dapat beraya lengkap sekeluarga. Almaklumlah anak2 semua masih bujang2. And second week of syawal dapat beraya dengan kawan2 pulak.

Memandangkan abang mau ke Lahad Datu, aku pun join la sekali. Lagi pun my sis sudah fly balik keyell, and i'm craving mau berjalan2. So aku pun acah2 ajak budak berdua tu, Mr.Z and his beloved cousin yang kili2..haha..kalau ada terbaca jangan marah haa..hihi.. Dan mereka pun kata "jom..kami ikut jak ni." Yeyehh..

Aku pun planing la sapa mau dijumpa nanti. Alnid, Kerok, Ima.. tapi bonusnya jumpa lagi yang lain2. Beraya2 yang tidak dirancang.

Sampai LD hari Khamis malam, stay menginap di Taman Perdana. Pagi Jumaat misi bermula. Mula dengan pergi ke Menara Kayangan. Aku dengan semangat berjubah2 mau pegi beraya. Sampai jak depan pintu gerbang, mak ai, takkan dengan jubah mau naik atas. Abang aku dengan si Mr.Z pegi pondok beli tiket. Nasib baik bawak naik kereta, kalau tidak rela aku diam2 jak dalam kereta. hahah..

Pintu masuk. Jauh kot naik atas tu.
Ni tiket masuk. RM 5.00 warganegara. Foreigner RM 10.00

Yang ni aku nda sure bahagian mana tapi kat atas la. Ntah time bila c along p ambik gambar.
Yang ni pandangan dari atas tower. Kat bawah tu boleh lagi snap2..posing2..

Kat sini pun ngam kalau berposing..macam biasa aku yang gila gambar ni..hahaha..
Ini pun pandangan dari atas menara.

Dan ini lah menara nya dan jurufoto kita a.k.a Along.

Habis tu beraya ke rumah Khairul @ Kerok di Kampung Teck Guan. Sekali ke rumah Ima, sebab dorang satu kampung. Lepas rumah Ima, kami pun jalan berempat, aku, Mr.Z, along and kerok. Ke bandar mau jumpa si Alnid yang praktikal. Call2 tidak diangkat, kami pun ke masjid la cari dia. Sah tidur! Lepas tu singgah Sabah Chicken Rice. Ada la pulak yang bagi cadangan "ke Kunak kita". What? Jauh ka? "Lebih kurang sejam". AKu pun tanya la abang. Dapat green light. So mesej Leles, bgtau kami mau datang. hahaha..memang mengejutkan orang jak kejaku. Dalam masa tu memujuk si Alnid minta mc..haha..boleh2nya menipu bos lagi. Nda pa la kan, bukan selalu dari Labuan ke LD..haha..

Tengah stay2 di Sabah Chicken Rice, Kak Sam (senior di UKM) call Alnid. Alnid pun kata dia di Sabah Chicken Rice. Ada si Kam ni. hahaha..apa nda dorang pun terkejut. Dapat jumpa Kak Sam, Kak Suri, and Kak Nir..yang ni memang jodoh. Unexpected. Lepas cerita2, kami gerak ke Kunak. Beraya di rumah Leles, lepas tu p rumah Kase. Mama si Kase masak banyak eh, mau cepat balik pun terus terlambat..haha..

Balik tu malam sudah. Sengsara lah bersoal jawab sama abang..berhuhuhu jak aku..

Skip la cerita. Malas sudah.

Sabtu pagi, sebelum balik. Dibelanja oleh seorang mak cik di warungnya di DAM. Gerai Coto-coto Makassar. SEdap. Wajib pegi k. 

Coto Makassar plus Cincau
Ok then. Sampai sini dulu.

Xoxo :D



July 14, 2015

RESEPI BEBOLA KRISTAL

Bismillah..

Semalam punya semalam punya semalam berjaya buat satu lagi kuih raya, which is bebola kristal atau biskut arab. Tujuan masukkan dalam entri ni sebagai simpanan peribadi, mana tau lain kali mau buat lagi.

Bahan2 :
250g tepung gandum
125g gula icing
125g minyak sapi
3 pewarna. Biasanya orang selalu guna warna pink, hijau dan kuning.

Cara2 :
1.Gaul tepung, gula dan icing hingga sebati.
2.Sudah sebati bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan titikkan pewarna.
3.Bulat2kan gabung 3 warna tu. Jangan buat besar2, kecik2 cukup sebab nanti dia mengembang.
4.Bakar 150°C dalam 10 minit, ikut kekuatan oven masing2.
5.Setelah masak, sejukkan. Then golekkan dengan gula icing. Boleh letak dalam mangkuk kertas kalau suka.

Bahagikan adunan kepada 3 warna.
Mula2 buat aku bulatkan agak besar. So dia mengembang. Boleh nampak beza saiz atas dan bawah.

Ni setelah siap dibakar tunggu sejuk. Belum digolekkan dengan gula. Berlaku gempa bumi, ada rekahan di situ.haha..

Tadaa..siap digolekkan dengan gula dan masuk mangkuk kertas.

Untuk ukuran bahan2 di atas boleh dapat sebanyak ni. Tak banyak sangat.

Ok. Selamat mencuba.

Xoxo XD

July 12, 2015

PANDUAN TUKAR INSTITUSI MEMANDU

Assalamualaikum.

Entry lepas punya lepas janji nak cerita pasal proses perpindahan institut memandu kan. Ni nak cerita la ni.

Mula2, daftar nak ambik lesen kat Mazris UKM. Buat kelas kpp semua tu dengan Pusat Latihan Memandu Cemerlang (PLMC). Disebabkan tak sempat nak habiskan sampai jpj test and aku kena balik pulau untuk intern, so nak tak nak kena pindah la.

Untuk pindah tu, kena isi borang kat Mazris supaya dorang keluarkan surat tukar institut. Bayar RM50.00 bye2 money. Lepas tu aku memang dah tak sempat nak tunggu segala dokumen2 berkaitan sebab dah tiba masa untuk flight. So segalanya akan di pos kan je la.

Disebabkan busy dengan intern, setelah berminggu2 surat tu dah sampai baru aku ke AML, bawa surat tukar institut sekepingggg je. Ye la, 1st time kan kita mana la nak tau dokumen apa yang sepatutnya ada. Semua tu patutnya Mazris yang handle. So aku tak dapat lagi nak daftar kat AML sebab tak lengkap.

Then minta la borang2, dokumen2 yang sepatutnya dari Mazris, minta dorang pos. Alhamdulillah sampai, setelah beberapa minggu. Macam biasa kena tunggu hujung minggu baru dapat ke AML. Dokumen2 dah ada tapi borang rekod pengajaran aku tu pulak dorang isi tak lengkap. Hailaa..memang nak panas je rasa time tu. Rekod untuk kpp3 tak berisi. Kalau tak berisi takde bukti yang aku dah ambik kpp3. Bila takde bukti, i need to start kpp3 all over again. Huishhh..sayang duit. Nak kena bayar RM 550 tu untuk 10jam. So lagi sekali balik dengan hampa. Contact Mazris lagi minta borang yang lengkap berisi.

Beberapa minggu lepas tu baru dapat. And aku pun dah habis intern time tu. Bayangkan lah intern 4 bulan, semua urusan tu pun makan masa 4 bulan jugak ke? Tak patut tak patut. Perlu lebih efisien ni. Then bawa ke AML, baru boleh proceed. So aku pun buat la pembayaran untuk tambah kelas, bayar QTI sekali. Kelas sejam RM 55, aku ambik tambahan 4 jam, QTI RM 150.

So in conclusion, kalau nak tukar institut kena ada dokumen2 ni :

Surat Tukar Institut
Sijil Kehadiran KPP02
Borang SM4 yang merekodkan semua kehadiran.

So, sekian sahaja untuk kali ni.

Xoxo.. :)

July 8, 2015

FIRST TIME DRIVE, FIRST SAMAN, 1001 RASA

Bismillah..

7.7.2015 11.38 huargghhh..dapat saman!
Nangis tak berlagu la..huhu..

Ok pengalaman harini yang sangat2 bikin trauma, sedih, pilu, nervous dan macam2 lagi la. Baru dapat lesen, first time drive dan terus dapat saman. Kammmm!!! (Ok, im calling my name)

Ceritanya bermula begini....

Kawan aku minta ajar dia drive, memandangkan aku sorang jak yang ada lesen dan "pandai" drive (pandai la sangat), dan ada masa free. Almaklumlah penganggur. Jadi mau nda mau kena la sewa keta manual. Ambik viva manual. Dapat RM50 sehari. Sewa kat airport. Lepas ambik keta di airport bawa mama p bandar kejap, ingat kan mau teman la mama beli barang dulu. Jumpa parking pegi la parking. Mama kata " boleh kah sini, bukan tempat bas ka ni." Aku nampak ada kereta lain parking sana, jadi ingat la boleh. Huhuhu.. Memandangkan tidak pernah bawa keta masuk bandar jadi not familiar la mana boleh mana nda boleh parking. And I was so stupid because nda nampak signboard parking bas and more stupid nda dengar cakap mama. Huhu..

Parking kejap jak, masuk kedai intai balik and I was Ya Allah! Ada trafik. Bergegas ke sana. Ya Allah. Nasib masih waras tengok keta lalu lalang, terlintas di kepala aku accident dapat mengalih perhatian trafik tu. Tapi aku masih waras. And aku yang nda pernah2 mengalami situasi ini "kenapa encik?" And dia tunjuk signboard yang tinggi di atas tu. Makkkk..perasaan ku mau menangis tuhan jak tau. Tebalkan muka merayu..huhu.. Tapi nda lepas, sebab dia sudah tulis. Sigh.



Ok ini untuk yang pertama kali disaman. What should I do? He said "pegi balai polis bahagian trafik, bagi surat saman ni". Aku pun lepas tu call my sis, and nangis2. Call my mum yang masih di kedai tadi. Nangis2. Huhu.. Ambik dia then ambik kawan2 ku di masjid, pastu terus ke balai polis. Ok ini memang pengalaman. 

Sedih sebab first time kot aku drive, lesen baru lagi, demerit la ni. Huhu. 

Sudah selesaikan semua tu, sambung agenda seterusnya. 

Pergi ganggarak hantar baju di PDK Mutiara. Mau cerita sepanjang aku bawa keta viva manual tu di atas jalan raya, setiap kali lampu isyarat dapat merah. Aduhai~~ memang lemah bawa manual and berhenti tengah jalan. Sebab puakanya mau start jalan balik tu. Aku stress aku stresss! Most of the time tiap kali lampu merah, masuk simpang, keluar simpang mati enjin. Paling naya lampu merah and aku paling depan and banyak keta di belakang. Hahaha.. Gila sangat! Nda tau la berapa banyak kali enjin mati tengah2 jalan. Rasanya nda cukup kalau mau dibilang dengan 2 tangan. Cepat2 hidup kan lampu kecemasan. 

Sampai di kompleks sukan untuk ajar c pna. Ajar dia dari awal. Macam aku dulu belajar dari Mr.Z bermula dari kosong. Masalah pna stereng. Dia kena belajar stereng and biasakan kedudukan gear. Sebab tiap kali mau tukar gear dia tunduk and not focus on the stereng. Tapi normal la kan untuk yang baru belajar. Apalagi kalau mati enjin. Normal. Aku pernah rasa tu sampai mau giveup. 

Ajak pna masuk dalam tempat parking tapi stereng dia pusing lambat. Divider di depan and longkang. Pna breakkkk! Ahhh lambat. Aku pun lambat sikit tarik handbrake. Bang! Tayar kanan dah masuk ke sebelah divider. Ya Allah! Macam mana ni? Keta orang! Boleh ka ni? Dia keluar and try reverse. Nda dapat. Hati aku mau nangis sudah. Kejap kam, think think think! Sampai kan "camna ni pna, mau diangkat? Gila mati la kita.hahaha.." And aku try lagi sekali reverse. Ya Allah syukur dapat. Fuhhh..gila memang gila! Aku bawa keta 1 round di kompleks tu baru bagi pna bawa lagi. And belajar belajar belajar. Perlu belajar lagi. 


Petang pulak date dengan kawan2 sekolah untuk buka puasa. Pegi bukit kalam ambik iqha. Keluar simpang kompleks berbukit. Alamak! Im nervous again. Ok line clear keta xda. Terus keluar, selamat. Tapi kat trafic light bukit kalam, one more time. Aku paling depan. Merah hijau dan mati enjin dan banyak keta di belakang. Hahaha.. Monolog - orang belakang jangan marah jangan hon. Hidupkan enjin balik ok jalan. Selamat jumpa rumah iqha. Ambik dar pulak. Mau masuk jalan arsat masuk simpang yang berbukit. Nasib baik berjaya. Masuk simpang kian yapp one more..hahaha..teka apa? Yes mati enjin. Punya banyak keta time tu. Aihh..

And now jalan menuju ke bandar. Pna suh singgah rumahnya so masuk masjid annur untuk pusing. Dia bagi cadangan kami parking di masjid biar dia jalan kaki balik rumah. Ok aku suka cadangan tu. Haha..entah la apa perasaan aku sudah. Takut ada but in the same time aku mau berani. Aku mau "aku boleh bawa". Atau mungkin perasaan bercampur2 ditambah lagi dapat saman, jadi keliru dan celaru.

Menunggu la di parking masjid. Dengan iqha n dar. Bagi suggestion suruh ammar datang masjid bawa pipiy. Bagi pipiy drive ni. Aku nda tau aku masih boleh ka nda ni. Tapi aku tau kalau terpaksa memang aku membolehkan diri. Tapi dorang pun ok and I have option, so bagi pipiy bawa (tapi dia xda lesen.haha..)

Dapat la bertenang sekejap di kerusi penumpang. Sampai uk parking di bawah. Masuk pizza tunggu waktu berbuka. Pipiy sudah order siap2 dari siang. Punya banyak pizza. Pastu kata nda cukup. Ai perut ka jugak. Buka puasa, solat jap then sambung makan. Huha huha..

Keluar dari uk. Still pipiy drive. Aku masih emosi tidak stabil.hahah.. Keluar parking uk yang ada bukit puaka tu, sebab tu la aku takut mau bawa lagi2 keluar dari parking tu, opsss mati enjin! Pipiy? Aku dengan pantas tarik handbrake. Keta ammar di belakang. Nasib ammar yang di belakang, kalau orang lain naya! Pipiy try lagi. He can't! Aik kenapa dia ni nda tarik handbrake. Aku sekali lagi main peranan tarik handbrake laju2. Takut langgar dorang ammar di belakang. Aku sudah ready2 dengan handbrake jak. And said "suruh ammar la kasi naik". Dar dengan iqha di belakang trauma gila2. Putus segala urut usus. Hahah.. Ammar keluar dari keta dia and dia berjaya bawa kami naik terus bertukar driver sampai bank islam. 

Dar kata dia nda pernah lagi pegi Labuan Times Square. Jadi bawa dia ke sana. Sampai sana cerita impian2 kami mau buka cafe sebab di sana sangat banyak lot2 kedai yang kosong. Tapi mahal and kalau tengok suasana sekarang not attractive at all. Open and no aircond. Tapi dar kata itu sekarang, manatau 5 tahun lagi ok. Sambil2 kita kumpul modal. And I said "kira berpotensi la untuk lebih maju tempat ni, begitu?" Dar kata "yes, thats the word." Hahah..


Next pergi airport. Padahal mama call and mesej sudah suruh balik. Ok, normal for me sebab nda pernah jalab malam2 di sini. Pegi airport konon2 p mcD. Sampai sana beli aiskrim jak pun. Pastu duduk2 di kerusi urut. Aku ni dengan risaunya mau balik sebab bila2 jak akan dicall lagi ni. Aku di airport, eh bagus kasi balik terus tu keta sewa. Nanti balik suh ammar hantar jak. Jadi mesej tuan punya keta, ok settle. Mama call, dah cakap dah. Haha.. Alasan aku di airport kasi balik ni kereta. Betul la kan. Bukan sebarang alasan. Lepas jawab call, terus "kawan2 jum balik". Kasi tinggal la keta sewa tu terus di sini, minyak ada lagi 3 bar. Tapi ahh lantak la. Yang penting aku nda mau pikir mau kena hantar keta tu esok sebab nanti kena drive sorang2 lagi.

Settle parking keta, jom balik! 

Ammar pecut 100km/h dan aku tutup mata. Oi lajunya. Mau tunjuk arah jalan rumah gagap2 terus. Aku ckp "lepas bataras tu..lepas..lepas..lepas.." ntah berapa kali lepas..Hahah..ketawa dorang kata aku takut sudah. Scary kot.

Ya Allah. Pengalaman aku pada 7.7.2015 buat aku sampai sekarang jam 12.36am 8.7.2015 nda dapat tidur. 

Sampai rumah, selamat alhamdulillah. Perasaan aku, berat. Dengan saman yang diterima, dengan stress mati enjin, keluar simpang, masuk simpang, lampu merah, hampir masuk longkang, tragedi di bukit parking uk, pecutan 100km/h. 

1001 perasaan yang aku rasa hari tu.
Sedih resah gelisah happy nebes syukur yakin mau nangis. Semua. Macam2.

Alhamdulillah semua selamat even my name dengan lesen dah masuk rekod trafik. Eh lupa mention kena saman RM 100. Melayang~~boleh beli emas.huhu.. Bukan rezeki.

Nda tau lepas ni macam mana bawa manual lagi. Beranikah aku? I know I can bila TERPAKSA and I have no other option. Tapi aku rasa macam trauma!

Sangat panjang entri ni. Will make me smile one day.

Allahurabbi..mata nda mau lelap.