January 31, 2016

BANGUNAN ALA CASTLE DI BUKIT TINGGI PAHANG

Bismillah..

#Wishlist2 -latepost-

25 Oktober 2015.

Ni wishlist masa sebelum konvo ya. Sambung entri haritu cerita di Port Dickson. Kami plan buat pre-konvo photoshoot di Bukit Tinggi, Pahang. Kami pegi bertujuh, dengan 2 kereta. Aku naik keta dengan Mr.Z dan junior kami si Fareed. Dorang yang lain 4 orang 1 kereta. Perjalanan dari UKM makan masa kira-kira 1 jam 30 minit. Kami guna Google Maps sepenuhnya. Kami gerak dari UKM lebih kurang pukul 10.30 pagi. Rancangan awal ambik keta sewa jam 9 pagi, tapi biasa la kan janji Melayu..hahaha..aku pun panas sudah menunggu tu 1 jam. Rasa macam mahu marah jak.

Settle semua dapat keta, singgah stesen minyak isi minyak dulu. Dorang keta lagi 1 jalan duluan. Kami asing2. Lepas dari tol Bangi, malang tak berbau sungguh. Mr.Z dengan Fareed kata “nahh..kena snap kita.” Aku time tu nda sedar sebab tengah tengok hp. Melayang la duit saman had laju RM300. Nangis eh, baru mahu bajet2..huhuhu.. Lepas tu sedapkan hati lagi kunun2 bukan kami yang kena snap..haha.. RM300, sorang 100..huarghh..

Jalan dia yang berliku2.

Meneruskan perjalanan sampai ke Pahang. Masuk Bukit Tinggi tu jalan berliku-liku. Tengok maps ada yang bercanggah dengan signboard. Ikut jak la maps. Sebenarnya ikut maps or signboard dua2 pun xda masalah sebab jalanan tu berpusing. Kita akan jumpa 2 pondok masa nak masuk kawasan Bukit Tinggi tu. Pondok pertama boleh masuk terus, nda payah bayar apa2. Pondok kedua baru bayar tiket masuk RM 13 seorang dewasa. Kami sampai dalam pukul 11.04 pagi.


Lepas parking tu, keluar dan wahhhh……cantiknya~~

Bukit Tinggi ni menempatkan resort2 yang bertemakan Perancis. Bangunan2 ala2 istana tu semua adalah resort dan hotel. Kawasan tu dinamakan Colmar Tropicale. Kami duluan sampai. Dorang keta lagi 1 belum sampai. Memang ramai orang tapi nda la sesak sangat. Kami semangat siap bawak jubah konvo lagi..hahaha..Bila semua sudah sampai, baru kami pakai jubah masing2. Kami yang akan konvo ni 4 orang, yang lain peneman. Berjalan dalam tu slumber jak dengan berjubah2 lagi..haha.. Memang menarik perhatian orang betul.

Nda malu sudah siap baling2 topi lagi..haha..

Agak lama la kami dalam tu. Sampai tengah hari. Panas dan lapar baru terasa mahu gerak keluar. Tapi bila keluar tu menyinggah lagi posing2..haha.. Dalam tu ada restoran tapi confirm2 mahal. Aiskrim yang seringgit lebih jak tu dijual RM3. Jadi tahan2 la dulu ya. Makan dulu bekalan roti yang ada. Di Bukit Tinggi ni ada Horse Trails, kandang rusa dan masjid pun ada dalam tu. Jadi jangan risau ok.


Ni ada di bawah dekat area pintu masuk
Pemandangan di dalam
Naik atas menara putih tu boleh nampak bangunan2 dari atas.
Beg jubah konvo.
Pemandangan dari atas menara putih tu.
Ni hotel. Kami parking kat bahagian atas tu.
Bahagian hadapan Colmar Tropicale.
Colmar Tropicale signboard

Masjid

Sampai sini jak cerita ya..see ya!



January 29, 2016

HANDBAG ZARA CINTA SI WEDDING PLANNER

Bismillah..

Sapa follow cerita Cinta Si Wedding Planner? Sekarang dah jadi trending drama2 dari cerita novel ni. Aku pun tidak ketinggalan. Selain kecantikan Zara iaitu Mira Filzah sebagai tarikan drama ni, aku tertarik dengan handbag Zara tu. Haha.. So, aku pun gigih la mencari beg dia tu. 

Aku search2 google kot2 ada orang post pasal handbag dia tu, tapi xda. Then aku follow Insta Mira Filzah, skroll2 xda jugak. So, aku komen la kat IG dia, dann dann dannn dia balas. hahaha.. 



Lepas dah dapat tau itu CarloRino, aku pun ke web CarloRino untuk search jenis dia pulak. And finally aku jumpa. Tapi tengok harga mau menangis..hahaha..






Cantik gilaaa..tunggu ada duit baru beli..hahaha..


PANDUAN REFUND DUIT TIKET FLIGHT AIR ASIA

Bismillah..

Fuh, dah 4 kali taip entri ni asyik hilang je. Macam nak marah pun ada..haihh..

Ok, entri ni nak share cara refund tiket flight yang dicancelkan oleh pihak Air Asia. Sebab dah ada pengalaman, boleh la share kan. 

Haritu masa nak g konvo, 2 weeks before fly, dapat emel dari AA kata my flight have been cancelled. OMG! Sebab masa tu belum ada pengalaman, tak tau apa nak buat. Dalam emel tu dia bagi alternatif. 


2 alternatif yang diberi ialah, 1 kita boleh tukar kepada penerbangan seterusnya dan 2 kita refund balik duit tiket. Untuk refund duit dibolehkan dalam kes ni sebab flight dicancel oleh pihak AA sendiri. Aku pilih pilihan kedua sebab flight seterusnya untuk hari yang sama malam je ada. Dan kebetulan pulak aku cek tiket dari kk harga RM 85++. Haa, better refund kan sebab hari tu aku beli tiket 160++. Kira untung la aku dapat jimat.

Bila dah klik pilihan kedua tu ingatkan dah settle la. Pastu aku cek dalam akaun AA aku status refund tu. Kena masukkan case no. atau booking no. Aku just ada booking no. je time tu, masukkan tapi NO RECORD FOUND.

Tak tau nak buat apa, gigih la cari no.fon AA, tapi tak jumpa jugak. Ada jumpa tapi tak dapat. Macam pelik pulak AA xde contact no. kan. So, cara terakhir guna chat online AA. Masa masuk chat online tu, kena queue lagi, so kena la tunggu a few minutes. Lepas dapat bantuan daripada pihak AA, buat laporan kat e-form dalam web Air Asia ni http://www.airasia.com/jp/en/e-form.page baru dapat case no. Then cek balik dalam akaun AA guna case no. tu, Alhamdulillah status dalam proses.




Disebabkan pihak AA kata proses selesai dalam 1 ke 2 bulan, aku pun x la menunggu sangat duit tu masuk dalam akaun aku. But, dalam 2 minggu lepas tu, dapat 160++ dalam akaun, so curious dari mana datangnya duit tu. Langsung tak ingat pasal refund tiket ni. Beberapa hari lepas duit dah masuk baru dapat emel dari AA gtau pasal duit tu.


Alhamdulillah, selesai proses refund. 


January 6, 2016

WHERE TO GO @ LABUAN?

Bismillah..

Baru berkesempatan update blog. Hari tu, ntah bila, malas mau tengok balik tarikh..ada kawan datang dari tawau. Jadi kami pun bawa la dia jalan2 di labuan ni. 

Apa yang menariknya di labuan? Hmm..aku orang labuan ni pun belum penuh keliling habis even labuan hanyalah sebuah pulau.

Ok, malas mau cakap banyak. 

Kami sempat bawa dia ke Memorial Park Membedai dan Sea Sport jak. Memorial Park menempatkan perkuburan tentera2 orang putih zaman dulu2. Sea Sport pulak adalah kompleks sukan laut labuan. Bangunan bulat tinggi tu adalah restoran manjarasa, makanan steambot. Aku belum penah lagi masuk sana..hahah..