Bismillah..
#Wishlist2 -latepost-
25 Oktober 2015.
Ni wishlist masa sebelum konvo ya. Sambung entri haritu
cerita di Port Dickson. Kami plan buat pre-konvo photoshoot di Bukit Tinggi,
Pahang. Kami pegi bertujuh, dengan 2 kereta. Aku naik keta dengan Mr.Z dan
junior kami si Fareed. Dorang yang lain 4 orang 1 kereta. Perjalanan dari UKM
makan masa kira-kira 1 jam 30 minit. Kami guna Google Maps sepenuhnya. Kami
gerak dari UKM lebih kurang pukul 10.30 pagi. Rancangan awal ambik keta sewa
jam 9 pagi, tapi biasa la kan janji Melayu..hahaha..aku pun panas sudah
menunggu tu 1 jam. Rasa macam mahu marah jak.
Settle semua dapat keta, singgah stesen minyak isi minyak
dulu. Dorang keta lagi 1 jalan duluan. Kami asing2. Lepas dari tol Bangi,
malang tak berbau sungguh. Mr.Z dengan Fareed kata “nahh..kena snap kita.” Aku
time tu nda sedar sebab tengah tengok hp. Melayang la duit saman had laju
RM300. Nangis eh, baru mahu bajet2..huhuhu.. Lepas tu sedapkan hati lagi kunun2
bukan kami yang kena snap..haha.. RM300, sorang 100..huarghh..
|
Jalan dia yang berliku2. |
Meneruskan perjalanan sampai ke Pahang. Masuk Bukit Tinggi
tu jalan berliku-liku. Tengok maps ada yang bercanggah dengan signboard. Ikut
jak la maps. Sebenarnya ikut maps or signboard dua2 pun xda masalah sebab
jalanan tu berpusing. Kita akan jumpa 2 pondok masa nak masuk kawasan Bukit Tinggi
tu. Pondok pertama boleh masuk terus, nda payah bayar apa2. Pondok kedua baru
bayar tiket masuk RM 13 seorang dewasa. Kami sampai dalam pukul 11.04 pagi.
Lepas parking tu, keluar dan wahhhh……cantiknya~~
Bukit Tinggi ni menempatkan resort2 yang bertemakan
Perancis. Bangunan2 ala2 istana tu semua adalah resort dan hotel. Kawasan tu
dinamakan Colmar Tropicale. Kami duluan sampai. Dorang keta lagi 1 belum
sampai. Memang ramai orang tapi nda la sesak sangat. Kami semangat siap bawak
jubah konvo lagi..hahaha..Bila semua sudah sampai, baru kami pakai jubah masing2. Kami
yang akan konvo ni 4 orang, yang lain peneman. Berjalan dalam tu slumber jak
dengan berjubah2 lagi..haha.. Memang menarik perhatian orang betul.
|
Nda malu sudah siap baling2 topi lagi..haha.. |
Agak lama la kami dalam tu. Sampai tengah hari. Panas dan
lapar baru terasa mahu gerak keluar. Tapi bila keluar tu menyinggah lagi
posing2..haha.. Dalam tu ada restoran tapi confirm2 mahal. Aiskrim yang
seringgit lebih jak tu dijual RM3. Jadi tahan2 la dulu ya. Makan dulu bekalan
roti yang ada. Di Bukit Tinggi ni ada Horse Trails, kandang rusa dan masjid pun
ada dalam tu. Jadi jangan risau ok.
|
Ni ada di bawah dekat area pintu masuk |
|
Pemandangan di dalam |
|
Naik atas menara putih tu boleh nampak bangunan2 dari atas. |
|
Beg jubah konvo. |
|
Pemandangan dari atas menara putih tu. |
|
Ni hotel. Kami parking kat bahagian atas tu. |
|
Bahagian hadapan Colmar Tropicale. |
|
Colmar Tropicale signboard |
|
Masjid |
Sampai sini jak cerita ya..see ya!
0 comments:
Post a Comment