August 21, 2014

SPAGHETTI BOLOGNESE

Assalamuaikum.

Sekarang kita nak share resepi SPAGHETTI BOLOGNESE.

Before tinggalkan UKM, my fren belanja Pizza Hut utk buka puasa..time sakit2 pulak, kurang sihat. Tapi selera makan bukan main..

Balik rumah teringat kat spaghetti tu, rasa nak cuba masak..kita google2 and here is the recipe..

SPAGHETTI BOLOGNESE

1) Pasta spaghetti
2) Air secukupnya
3) 1 sd besar garam
4) 1 sd besar minyak masak/minyak zaitun

Masak bahan2 di atas.

Untuk buat sos :
1) 1 labu bawang besar*
2) 3 ulas bawang putih*
3) 2 biji cili padi*
4) 2 sd besar cili boh

* kisar
Tumis bahan2 1-4 guna minyak dan mentega 1 sd besar.

5) Masukkan isi ayam (potong dadu), sosej, daging kisar/cincang.
6) Masukkan lobak merah (potong dadu). Kacau.
7) Masukkan susu segar 100ml. Kacau lagi.
8) Masukkan setengah cawan air.
9) Dah masak, masukkan sos spaghetti bolognese mushroom kimball/prego ½ botol. Tengok kepekatan..kalau nak cair lagi tambah air.

Ok done.

Dah masak sos, boleh la letak dalam pinggan..boleh letak topping cheese..

Taraa..nyummy..

KEK COKLAT MOIST

Assalamualaikum..

Puh..puh..dah berhabuk..ok kali ni nak masukkan semua resepi yang dah dicuba..baru terpikir simpan kat sini untuk kegunaan masa depan..mana tau nanti nak cuba lagi..hikhik..

CHOCLATE MOIST CAKE

BAHAN A :
1) 1 cawan serbuk koko
2) 1 cawan gula perang / gula castor
3) 1 cawan susu segar dutch lady
4) 1 cawan susu pekat manis
5) 1 cawan minyak masak

Masukkan semua bahan A ke dalam kuali. Kacau rata. Rasa dah bercampur semua bahan2 tu bolehlah hidupkan api. Tak payah masak lama sangat, cukup sekadar sampai bahan2 sebati. Dah, matikan api. Biarkan sejuk. Kena betul2 sejuk ok.. ^_^

BAHAN B :
1) 3 biji telur
2) 1 penutup esen vanila

Gaul bahan B. Pukul sampai kembang.

BAHAN C :
1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 sd teh soda bikarbonat
3) 1 sd teh baking powder

Gaul bahan2 C sampai sebati. Sebelum tu jangan lupa ayak. Tak nak ayak pun boleh, tapi better ayak la..hihi..

OK..bila dah sedia semua ketiga2 yg di atas tu, dan bahan A dah sejuk, kacau lagi bahan A tu. Then masukkan adunan bahan B. Gaul sebati. Gaul je sekali dalam kuali tu, tapi takyah hidupkan api ok. Pastu masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Kacau lagi sampai sebati. Sedia loyang, sapu mentega sikit supaya nanti senang nak keluarkan. Dah sudah, masukkan adunan ke dalam loyang. Kukus 45minit hingga 1jam.. Pandai2 la, kukus sampai masak. Orang kata nak bakar pun boleh, tapi tak pernah try lagi..




Ok..untuk topping coklat..
1) 1 bar coklat masakan
2) 1 sd butter
3) 1/2 cawan susu pekat manis
-susu full cream (optional)

Masak bahan2 tu guna kaedah double boiler. Macam gambar kat bawah. Takyah lama2, agak2 je..



Ok. bila kek dah masak, dan topping pun dah, keluarkan kek dari periuk kukus. Jangan keluarkan dr loyang dulu. Siram topping atas kek yang masih berada dalam loyang. Pastu boleh la tabur choc rice atau colourful beads. Sejukkan, dah sejuk bolehlah potong.
Then ngapp!!





Selamat mencuba!

February 15, 2014

HARAPAN?


Ok..musim cuti dah habis..rasa malas masih ada, tapi perjuangan harus diteruskan..

14 Feb..tarikh result sem 1 tahun 2 keluar, dan flight balik ke UKM..

Entri kali ni nak cerita pasal apa? Harapan? Harapan apa? Sebagai seorang student, kita mesti ada harapan. Tidak kisah la harapan apa sekalipun. Ada yang berharap untuk mendapat Dean List (DL) dan banyak lagi la.

14 Feb..result keluar jam 00:00..tapi aku layan tidur. Kalau sem-sem lepas aku akan cepat cek my result, but not this time..haha..entah, ada feeling nak cek lambat2..

And as expected..zaman kedekanan ku telah berakhir..haha..gred pertama yang disapa oleh mataku C+..
What?! C+?! Subjek apa tu? As expected again..Kalkulus..

Kalkulus..kalkulus tidak susah sebenarnya, tapi mungkin silap itu ada pada diri aku sendiri. Bayangkan, kuiz open book dalam kelas pun tak boleh jawab. Apa tidaknya, jumpa kalkulus seminggu sekali jak, bukan ada inisiatif nak study sendiri. Kam..kam..so..suitable ur face..hahaha..



DL..DL..ya, aku dah merasakan DL tu..For me, that is my present for my parents. Setiap kali majlis DL, aku tetap rasa sedih sebab orang lain semua parents dorang ada dalam majlis tu, but not mine. I want make them proud. Tapi its ok la, my parents lain dari yang lain. Hanya kami yang tahu..hehe..

Kali ni tak dapat DL, xpa..DL selalu pun susah jugak, nanti expectation orang kat kita semakin tinggi dan kadang2 ia akan menjadi beban kepada diri kita.

Tapi, ketahuilah ujian kesenangan itu lebih mencabar berbanding ujian kesusahan. Kenapa? Sebab selalunya yang senang itu tidak terlihat oleh kita. Kita asyik dengan kesenangan itu tanpa menyedari ia merupakan ujian kepada kita. Masa pertama kali dapat DL, perkara yang paling aku takut ialah riak. Kadang2 ia boleh muncul tanpa kita sedari. Sebab tu aku tak suka gtau orang bila orang tanya, untuk mengelakkan itu semua. Aku tidak suka orang tanya, sebab tu aku pun jarang tanya orang. Tapi kali ni sebab aku dah out from DL, so aku pun berani tanya orang..hehe..

Ok..DL tak DL, apa yang kita dapat itu insya-Allah yang terbaik untuk kita. Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita minta. Kerana tidak semua yang kita minta itu kita perlukan. Faham? ^^
Insya-Allah, mungkin yang sedikit itu lebih berkat.

And I remembered, I didn't hope to get DL for the 1st time, its just maybe my 'rezeki'.. Ada yang Allah nak tunjuk.

"Semua yag terjadi ada hikmahnya."

See u soon..

#tintahambadaribumiukm