October 24, 2015

TEMPAT MENARIK DI PORT DICKSON

Bismillah..

Wahh..long time no see..macam lama sangat jak nda update blog. Kebusyan melanda. And now I'm here at UKM. Sebelum kita berkonvo, jum jalan puas2. Nanti ntah bila lagi akan sampai ke bumi semenanjung ni.

Sebelum datang sini, memang dah ready wishlist tempat2 yang mau dilawat. Nasib la kan kaki jalan..haha..yang jadi mangsanya sapa? hahaha.. :p

22 Oktober 2015. Wishlist pertama Port Dickson. Perjalanan dari UKM Bangi ke Port Dickson take time around sejam lebih la lebih kurang. Sampai sana around dekat2 jam 11 pagi. Sampai jak terus pegi Pantai Teluk Kemang. Macam xda keja kan pegi pantai tengah2 hari..haha..

Lepas dah makan kat tepi pantai, pengembaraan pun bermula. Pengembaraan la sangat.

Upside Down Art Gallery Port Dickson atau dikenali sebagai Rumah Terbalik Port Dickson. Ini adalah tarikan terbaru di Port Dickson. Setakat ni yang aku tau rumah terbalik di Malaysia ni ada 3 - di Sabah, Melaka dan yang ni di Port Dickson. Apa yang bestnya di Sabah, luar dan dalam terbalik. Dengan rumah2 tu terbalik, bumbung di bawah. Yang best kat PD ni pulak boleh snap gambar sepuas hati. Ngam la jumpa dengan aku yang gila bergambar ni..hahaha..

Rumah terbalik PD ni terletak berdekatan jak dengan Pantai Teluk Kemang. Pegi sana dari Pantai Teluk Kemang refer kat signboard jak. Nda susah la mau cari. And I was so excited bila nampak signboard besar yang menandakan kami telah tiba di destinasi..huahahaha..

Tadaa..ni dia bahagian depan rumah terbalik PD
Sampai sini jak ingat kan macam rumah terbalik sabah yang berbentuk rumah. Tapi nope, ia cuma rumah kedai. Dalamnya jak konsep rumah terbalik.

Harga bayaran tiket masuk for me still affordable. RM 15 for Malaysian adults.

Masuk dalam ni kena buka kasut tau. Disebabkan kami pegi time weekdays, so nda ramai sangat orang. Masa masuk tu ada la dalam 1 family camtu. Mula2 tu kami berdua jak berganti2 snap pic each other. 

This is one of the unique..hmmm..unique what ah? Whatever, i dont know..hahah..


Untuk setiap art tu dorang ada tunjuk macam mana mau digayakan. Dilekat di dinding2. Masuk lagi ke dalam, pekerja dia pun datang. Mereka tunjukkan gaya macam mana yang sesuai untuk setiap art. And the best part is dorang boleh tolong snap gambar kami..hahaha :D

Yang ni dah kenapa ntah..hahaha..

Ok. Lepas dah puas dalam rumah terbalik tu pegi solat then jam 3 gerak ke Alive 3D Art Gallery. Tapi singgah masjid tu boleh pulak aku tertidur. Adalah dalam 15 minit macam tu..hahaha..kesian orang tu call 4 kali. Dah la aku off hp sebab tengah caj.

Kali ni pegi ke 3D Art Gallery ni berpandukan maps. Bayaran tiket masuk masih lagi affordable. RM 20 seorang untuk warganegara dewasa.
Bayaran tiket masuk

Untuk masuk ke dalam ni kena buka kasut jugak. Tapi kena sewa locker RM 2. Terpaksa la. Nasib baik RM 2.

Masuk ke dalam. Wauu, no body home..hahaha..baru la nda malu mau posing macam mana pun. Ni la heavennya pegi time hari bekerja..hahaha..






Ni antara 3D art yang ada. Aku malas dah mau add caption untuk setiap gambar..hahaha..



Di setiap 3D art tu ada panduan jugak how you should post. And this is the guidlines.
Terletak di depan pintu sebelum masuk.

3D Art Gallery ni sangat besar. Ada 2 tingkat. Pintu keluar bersambung terus dengan gift shop macam gambar kat bawah ni.


And lastly snap depan 3D Art Gallery. Muka nda boleh tengok :p

Banyak lagi 3D art kat dalam ni. Tapi gambar2 adalah private. Tidak boleh di post2 ye..hahaha..Untuk tau lebih lagi maybe boleh google image, or better pegi sendiri. Sangat best.

And I was wahhh finally, dah sampai sini. Yeayhh..credit to you love <3 ^_^

Next wishlist : Bukit Tinggi, Laman Seni Shah Alam and Gallery i-City

See u soon..xoxo..










August 22, 2015

TUGAS SEBAGAI PSH PERKERANIAN DAN OPERASI

Bismillah..
Assalamualaikum..

2 entri dalam 1 masa. Hehe.. Entri ni mau cerita sedikit sebanyak kehidupan aku setelah 2 minggu bekerja di Unit Kokum JPWPL. 

Selalu sampai ofis around 7.30 pagi macam tu. Jadi free2 la boleh snap pic kan..hihi.. Aku actually lagi happy kalau sampai2 ofis jak ada memo atas meja apa yang perlu aku buat untuk hari tersebut. Lumrah la sebagai PSH (pekerja sambilan harian). Aku belum ada tugas yang directly from the bos. 

Pejabat SPPK.
Satu hari tu sampai ofis tengok atas meja ada memo dan surat2 dan fail2. Wahh, bahagia hidup, tak jugak aku boring..haha.. Mau cerita rutin harian aku sekaligus memberi gambaran apa tugas yang aku buat. Lebih kurang jugak dengan kerja2 para pembantu tadbir di ofis tu. Perkeranian dan operasi. 

Memo kerja.
Unit Kokum paling banyak handle program. Kalau kamu mau tau, program2 pertandingan di sekolah tu la diuruskan oleh Unit Kokum. Contohnya Choral Speaking, Bulan Bahasa, Bicara Berirama, Forum Remaja dan banyak lagi la. 

Mau cerita flow sikit~

Kalau pertandingan melibatkan peringkat kebangsaan, Jabatan Pendidikan Negeri akan terima surat daripada KPM atau pengelola yang dilantik oleh KPM sebagai pemberitahuan akan berlangsungnya program sekian-sekian. Kemudian JPN akan diminta untuk panjangkan surat ke sekolah2 rendah dan menengah. Surat apa ya? Hmm..surat memohon penyertaan, surat pelantikan hakim, surat jemputan dan banyak lagi la surat2.

Kalau dah buat surat tu, then kena dapatkan tandatangan Ketua Sektor atau Pengarah. Then, faks surat ke sekolah2, copy untuk diperbanyakkan, then masuk pigeon hole setiap sekolah. Kemudian salinan asal akan difailkan.

Kalau surat untuk satu sekolah sahaja, contohnya pelantikan SMK Pantai sebagai tuan rumah bagi program tertentu, proses yang sama akan dibuat. Sudah kena sign, faks ke SMK Pantai, copy untuk fail dan salinan asal masuk pigeon hole SMK Pantai.

Untuk fail pulak, kena catat minit, iaitu bilangan yang ke berapa. Di sini nombor rujukan surat berkait dengan minit fail. Macam mana ya mau cerita..hmm.. Malas la mau cerita..haha.. Catat minit fail tu pulak, untuk surat masuk guna pen merah, surat keluar guna pen hitam. Dulu di TH pun buat macam tu jugak.

Tugasan lain~~ kadang2 kena pegi bahagian kewangan untuk hantar pra-pesanan dan tempahan tiket. Kalau pra-pesanan tu kena catat dalam buku, nama pembekal, keterangan, jumlah dan sebagainya. Tiket just hantar sahaja. Lain lagi, pegi tempat PA Pengarah untuk cek kalau ada surat2 untuk SPPK.
Lain lagi, main cop2 untuk pelanggan2 yang datang minta pengesahan sijil2 akademik.

Lain lagi~~ angkat telefon, makan..haha..

Rutin harian begitu jak. Dorang belum memberi kepercayaan untuk aku buat surat. Aku syukur sangat sebab aku berpengalaman buat surat2 untuk program2 PERMIS di UKM dulu. Selalu jadi setiausaha program. Suasana kerja ni pun lebih kurang masa buat program OPKIM dulu. Buat surat, jemput universiti yang lain, faks segala. 

Gaji sebagai PSH berapa? RM54.00 sehari based on SPM. Biasanya PSH memang hanya akan tengok SPM. Kontrak aku 3 bulan. Syukur la dapat peluang untuk timba pengalaman. Dapat menambah item dalam resume.

Kehidupan sebagai fresh graduate baru bermula..



MACAM MANA BUKA AKAUN KWSP?

Bismillah..

Entri kali ni mau cerita simple2 jak berkenaan cara buka akaun KWSP. Disebabkan aku pun 1st time kena suruh buat akaun KWSP, so aku pun baru tau. Ingat kan lama, rupanya sekejap jak.



Normal la kan kalau kita mau buat sesuatu untuk 1st time akan takut2 sebab tidak tau. Tidak tau prosedur macam mana. Apa-apa pun aku kena buka jugak ni. So gagahkan diri pegi sendiri. 

Dont worry senang jak. Pegi jak KWSP, ambik borang untuk pendaftaran ahli. Rujuk gambar di bawah. Ohya, jangan lupa bawa salinan IC siap2. Then isi la borang tu. Sudah isi, ambik nombor giliran then ke kaunter. 


Sehelai jak yang perlu diisi.

Lepas tu KWSP akan proses dan akan keluar benda ni. Penerimaan Permohonan. Dalam tu dinyatakan sekali nombor KWSP. Nombor tu yang akan diberi kepada majikan.


Dan settle. Sekejap jak kan?

Perenggan ni aku update 18 Jun 2016.
"Sekarang semakin senang, boleh berdaftar di kiosk KWSP. Dan boleh terus daftar online punya iaitu EPF i-Akaun. Dari i-Akaun tu boleh semak penyata. Lebih kurang macam tnet banking. So kalau daftar kwsp guna kiosk, xpayah fotostet ic dengan syarat ic tu ok la,xda masalah cip,means dapat dibaca. Tapi kalau ic anda tak dapat dibaca d kiosk, tapi di kaunter dapat baca, just fotostet ic then daftar di kaunter. Kalau ic yg memang x boleh baca, p bank pun xdapat baca,baru isi borang tu k."