September 6, 2013

..::LOST MY HOLIDAY::..GAIN EXPERIENCE!



Fuh!! Penat. Dah 4 hari jadi perantau tegar. Tidak punya rumah untuk tinggal, hanya tidur di surau. Surau UM. Sekarang pun duk menyelinap masuk duduk di kolej. Gara-gara minggu orientasi student baru, tak boleh stay kolej. Baru aku merasa bagaimana orang yang tidak punya rumah. :(

Nak diceritakan, pada mulanya rancang nak pegi Klang, rumah family. But, before tu pegi UM dulu sebab ada kerja part time. Start hari Isnin-Rabu. Jumaat, habis exam, duduk menumpang bilik one of my bestie kat kolej sampai hari Ahad. Isnin pagi nak gerak dah pegi UM. Naik Rapid, KTM, LRT, Teksi. Naik LRT sampai stesen Universiti then naik teksi. Yang lucunya nak naik teksi kena berbaris, selalunya teksi yang beratur tunggu penumpang. Ok, ni first experience!

Then, sampai la di UM dalam lebih kurang pukul 9pagi. Briefing kerja, change key, kena scan, crop, print and so on untuk proses buat kad matrik student baru. Oh ya, hampir lupa cerita Klang. Sepatutnya kerja part time tu sampai Rabu jak, tapi disebabkan banyak lagi kerja still tak siap, kena extend sampai harini dan esok dan Sabtu (maybe). Mulanya, kami (yang kerja part time) total ada 7 orang. Hari kedua tambah lagi 2 orang and hari ketiga lagi seorang, so cukup 10 orang. But (eh..banyak pulak but..hehe..), masuk Rabu tinggal 9 orang, masuk Khamis, tinggal 4 orang.

Sepanjang waktu tu, aku and kakak just stay overnight kat dewan exam UM tu, tidur kat surau. Sepanjang tu duduk terperap dalam bangunan exam tu tak keluar ambik udara, menghadap pc memanjang. Kami kerja overtime. And disebabkan tu kami tak jadi balik Klang. Sampai la hari ni Khamis 5 Sept 2013, kami still bekerja sampai ke malam. Esok (eh, dah jam 12..hari ni-Jumaat) kena sambung kerja tapi kat ofis di Bangi. So, kami dah tak boleh stay UM, terpaksalah balik UKM. Tak tau nak tinggal mana. Sedih, macam hidup merempat..haha..decide stay bilik bestie aku tadi. 

Terkurung dalam ni selama 3 hari..ahaha..


Ok..hmm..balik UKM tumpang seorang kakak (yang datang bekerja pada hari ketiga tu-Kak Hidayah). Dan kebetulan dia tu adik lecturer eko M aku. Tengok rupa dan gaya, ya ada sedikit persamaan. Aku tau dia adik lecturer pun sebab Encik Azmi ada sebut nama bapak dia..hehe.. Time dah nak balik tadi (malam, 9 lebih kot), kereta dia pulak buat hal, tdak dapat buka pintu. Pegi la panggil Encik Hakim, nasib baik dia belum balik. Buka manual dapat, tak enjin tak nak start. Then, kak Dayah tanya la dia nak buat 'jump start' ke? Aku pun tanya, 'jump start' tu apa? Dia kata tengok sendiri. Secara tidak rasmi, aku jadi tukang suluh dalam van Encik Azmi, dia geledah alatan-alatan and buka something kat bawah tempat duduk pemandu, entah apa nama aku pun tak tau..haha.. Situ jugaklah first time tengok 'jump start' tu. Rupanya bateri 'kong'.

Kemudian, teruskan perjalanan. Dengar cerita Kak Dayah pasal orang KL yang stress tentang 'jammed', then cerita dia yang stress dengan supervisor dia yang 'gila'..haha..asyik nak memaki student dia, bukan nak bagi kata semangat. Paling lucu part supervisor tu memaki sorang budak lelaki yang agak alim, time keluar kata-kata kesat, budak tu cepat-cepat istighfar. Makin panas la supervisor tu..haha..

Esok (hari ni) pagi Encik Hakim akan ambik, sambung kerja kat ofis. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya terisi masa lapang.

............................................................................................................

Hmm..entah kenapa aku buat kerja ni tak tertarik pulak dengan gaji dia. Rasa macam just tolong-tolong cikgu buat kerja kat sekolah atau macam tengah berprogram. Kerja sampai 12 tengah malam, kadang 1 pagi. Rasa kesian nak tinggalkan masa Rabu tu, kerja  banyak lagi tak siap. So, kami decide untuk teruskan untuk tolong Encik Azmi and the team. Aku nak sangat semua ni siap dengan baik, tapi kadang-kadang stress jugak bila dah scan kena scan gambar lagi sekali. Buat orang tension jak.

Biarpun just stay surau, tidur beralaskan lantai, 3 malam sakit pinggang dan belakang, menyedarkan aku untuk bersyukur kerana masih punya tempat berteduh. Makan minum kami masih terjaga sebab ada elaun makan. Terbayang mereka di luar sana yang tak ada tempat tinggal, mereka lebih susah. Bila kita kesusahan, kita tengoklah ke bawah, sebab pasti ada yang lebih susah dari kita.

Alhamdulillah, malam ni dapat merasa tidur atas katil. Belakang and pinggang sangat sakit, rasa macam nak tercabut dah.

I love to finish what I've started.

Thanks to Encik Azmi, Encik Hakim, Encik Shauqi, Encik Izan, and Azmi (budak praktikal)..

Rakan sekerja-my sis, Kak Aida, kak Shima, Kak Dayah, Kak Maya, Kak Ani, Kak Ati, Miji dan Shaheed.

#TintaHambaDariUKM#

:)


0 comments:

Post a Comment