July 12, 2015

PANDUAN TUKAR INSTITUSI MEMANDU

Assalamualaikum.

Entry lepas punya lepas janji nak cerita pasal proses perpindahan institut memandu kan. Ni nak cerita la ni.

Mula2, daftar nak ambik lesen kat Mazris UKM. Buat kelas kpp semua tu dengan Pusat Latihan Memandu Cemerlang (PLMC). Disebabkan tak sempat nak habiskan sampai jpj test and aku kena balik pulau untuk intern, so nak tak nak kena pindah la.

Untuk pindah tu, kena isi borang kat Mazris supaya dorang keluarkan surat tukar institut. Bayar RM50.00 bye2 money. Lepas tu aku memang dah tak sempat nak tunggu segala dokumen2 berkaitan sebab dah tiba masa untuk flight. So segalanya akan di pos kan je la.

Disebabkan busy dengan intern, setelah berminggu2 surat tu dah sampai baru aku ke AML, bawa surat tukar institut sekepingggg je. Ye la, 1st time kan kita mana la nak tau dokumen apa yang sepatutnya ada. Semua tu patutnya Mazris yang handle. So aku tak dapat lagi nak daftar kat AML sebab tak lengkap.

Then minta la borang2, dokumen2 yang sepatutnya dari Mazris, minta dorang pos. Alhamdulillah sampai, setelah beberapa minggu. Macam biasa kena tunggu hujung minggu baru dapat ke AML. Dokumen2 dah ada tapi borang rekod pengajaran aku tu pulak dorang isi tak lengkap. Hailaa..memang nak panas je rasa time tu. Rekod untuk kpp3 tak berisi. Kalau tak berisi takde bukti yang aku dah ambik kpp3. Bila takde bukti, i need to start kpp3 all over again. Huishhh..sayang duit. Nak kena bayar RM 550 tu untuk 10jam. So lagi sekali balik dengan hampa. Contact Mazris lagi minta borang yang lengkap berisi.

Beberapa minggu lepas tu baru dapat. And aku pun dah habis intern time tu. Bayangkan lah intern 4 bulan, semua urusan tu pun makan masa 4 bulan jugak ke? Tak patut tak patut. Perlu lebih efisien ni. Then bawa ke AML, baru boleh proceed. So aku pun buat la pembayaran untuk tambah kelas, bayar QTI sekali. Kelas sejam RM 55, aku ambik tambahan 4 jam, QTI RM 150.

So in conclusion, kalau nak tukar institut kena ada dokumen2 ni :

Surat Tukar Institut
Sijil Kehadiran KPP02
Borang SM4 yang merekodkan semua kehadiran.

So, sekian sahaja untuk kali ni.

Xoxo.. :)

41 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum wbt..
saudara, sy menghadapi masalah dalam meneruskan pengambilan lesen juga, mungkin saudara boleh bantu saya, begini, sy telah ambil lesen L drpd pjbt JPJ,alhamdulillah.. Namun, sy ada masalah untuk buat praktikal pemanduan di institusi lain, institusi tersebut meminta sy sediakan surat pelepasan drpd institusi yg before ni, dan minta juga saya sediakan dokumen lain.. Tapi, result ujian komputer dan satu lagi sy rasa sijil JPJL2B yg institusi lama berikan tu sy telah serahkan kepada pjbt jpj smasa pngeluaran lesen L, dan mungkin kesilapan sy, sy tak fotostat sebelum serah pd pjbt jpj. Jadi, macam mana ye sy perlu buat? Yg diserah pd pjbt jpj tu adalah original form..

puteribongsu said...

Wasalam..
Mayb kena minta balik la kot dr jpj tu. Bgtau situasi saudara. Sbb kes saya, saya serahkn smua surat dan dokumen kat institusi memandu, kmudian mereka yg berurusan dgn pihak jpj. Masa sya dpt lesen L tu pihak institusi yg uruskn. Time renew je sya berurusan sndiri dgn pihak jpj, tp xde pulak dorang mnta dokumen2 tu smua..

Unknown said...

Ada number contact Mazris UKM tak ? Reply - puteri.farihah@gmail.com

Unknown said...

salam.. saya mmpunyai mslah mengenai ckgu agent mmndu.. sy dh ade L untk klass 6jam pn sudah habis skrg sy hanya ambil jpj shje.. sy ade mslah dgn ckgu ni sbb sy nk practice untk jpj nt.. bila sy call dia ckp dtg shje dia ade d kelass mmndu bile sy sudah smpai ckgu ckgu y lain mgata kn dia balik dan sy tggu smpai 3jam.. bile sy call mgatakan sy sudh tiba dia sruh sy dtg blik lps asar.. ibarat sy dimmain kn oleh ckgu tu.. jd mcm mne ye.. ape sy nak buat skrg..

Unknown said...

salam.. saya mmpunyai mslah mengenai ckgu agent mmndu.. sy dh ade L untk klass 6jam pn sudah habis skrg sy hanya ambil jpj shje.. sy ade mslah dgn ckgu ni sbb sy nk practice untk jpj nt.. bila sy call dia ckp dtg shje dia ade d kelass mmndu bile sy sudah smpai ckgu ckgu y lain mgata kn dia balik dan sy tggu smpai 3jam.. bile sy call mgatakan sy sudh tiba dia sruh sy dtg blik lps asar.. ibarat sy dimmain kn oleh ckgu tu.. jd mcm mne ye.. ape sy nak buat skrg..

puteribongsu said...

Salam..maaf lambat sis..sis minta tukar cikgu la cmtu..

Anonymous said...

Salam..sis nak tanya,klu kita dh buat bayaran penuh boleh ke tukar sekolah memandu?kena bayar apa2 tak?cikgu sy skg banyak masalah..malas nak ajar..byk alasan..menyesal sy byr penuh hari tu.dr bln 4 sy dpt lesen L until now baru 2 jam ajar sy.

Cik bunga said...

Salam..sis..sye nk tanye..skrg sye ada masalah dgn cikgu yg mengajar sbb nye cikgu tu dia x ajar sgt..lps tu dkt litar dia boleh tido..dia biar je sye buat semua sorang2..sye nk tukar cikgu..tp sye x tau mcmana cara..boleh ke kalo sye hold dlu bljr..sye igt lps 3 bln bru nk sambung blk..dan minta cikgu lain..bkn pe sye pon nk jaga air muka cikgu tu.sye pon x rushing sgt nk kan lesen..psl byran plak cemana ye..burn ke duit yg sye dh byr..sedangkn sye x abis pon lg kpp 3

puteribongsu said...

Wsalam.saya kurang pasti la pulak sis mcm mana kalau tukar cikgu. Better sis terus tanya dgn skolah memandu tu. Sis bg alasan nak ke luar negeri ke..

Unknown said...

Saya pn smaa mcm tu jgk. mcm mne tu ye. Diorang mntk sye ambk surat pelepasan pstu kena bayar Rm50. pastu srh byr plak lagi skali sama mcm harga asal. Peninglh mcm ni. Adoiii

DomAnd Riri said...

salam sis, kalau saya gagal jalan raya then saya nak tukar tempat amek test jalan raya boleh ke tukar tempaat? ke tak boleh?

Almost everything 🌎 said...

Sya nak tukar tempat institut pemandu ke tempat lain boleh tak?

Unknown said...

Sy tukar institut boleh tk

Adillah Yusoff said...

Saya bawa anak utk tukar institut memandu. Dia caj rm100 utk surat pelepasan. Rate baru ke?

Cik myza said...

Assalamualaikum .kalau sya mahu pindah ke institusi lain . Mcm mn sya nak buat surat tukar tu ..

m. azman said...

saya kena rm318 lagi gila.

Unknown said...

Salam blogger saya nak tanya....saya masuk nie dh 3 kli gagal test jpj...yg pertama dua2 litar dan jalanraya kedua litar saya cuma fail kat 3 penjuru jalanraya saya lulus dan bila saya repeat dlm litar blk saya gagal lg....so soalan blh tak saya nak tukar jpj test ??

Unknown said...

Sy pun ujian jpj 2 Kali gagal site parking and jalanraya.rasa nak tukar tempat ujian uto jpj je 😥

mdnajib said...

nk tnya kalau nk test jpj pindah tempat lain kena ada surat keluar jgk ke...

Unknown said...

Sy 3 kali gagal site parking mmg rasa nk tukar tmpt ujian jpj ni tp tak tau cara

Asyraf said...

Min, kalau dokuman tu hilang, dorg bole print kan lagi tak min ? .

Anonymous said...

Saya pula guru memandu main-ii bila saya kerap bertanya nanti naik fadeup pula jadi bila sy tanya dia mcam layan tak layan , saya dh dapat L untuk moto dan kereta , bila tnya mula kelas apa dia kata memandu . saya pun okey jela bila tanya lesen dh siap ? belom lagi katanya., bila dh siap sy nk pegi amik dia kta dia cuti pula . bila dh amik lesen L dia tukar sy pada kpp02 motorsikal . Saya pening dgn cikgu saya ni . adakah sy diperalatkan

Unknown said...

salam, sy nk tanya. dalam surat perkutaran tempat belajar kena sertakan nama tempat baru ke?

Unknown said...

Nak tahu jugak pasal ni.. kena caj spe2 ke ye?? Ujian jpj nak dkt, sblumni belajar dkt sabak Bernam, sekarang dekat petaling jaya.

Unknown said...

Kau maki cikgu kau Tu ..dia Tu pukimak nak makan duit je

Unknown said...

Bayar berapa pulak untuk test jpj?

Unknown said...

Saya sudah daftar tapi belum buat ujian komputer lagi.Saya ingin tukar tempat belajar memandu di negeri lain kerana mahu berpindah.Macam mana caranya.

Anonymous said...

Kena buat surat rasmi tak untuk memohon perpindahan tempat belajar memandu?

Unknown said...

Aku pulak sekarang ni pening dgn staf institut memandu, aku dah hadir kelas teori 6 jam pada 14 januari. Dah lulus komputer 19/1. Then aku hantar result kat institut. Aku tnya bila nak dpt lesen L dia ckp tgu sehingga di kol. 23/1 aku kol bila nak dpt L dia ckp xde dalam sistem dorg suruh tgu. Sekali aku cek dlm sistem jpj dah ada lulus ujian komputer. Sejam kmudian dorg kol ambik. Aku dtg tnya bila kelas mula. 'tgu sehingga Jurulatih kol. Depa habaq dlm 2/3 hari lepas dpt lesen baru dorg kol. Punya la JAHANAM SMPI SEKARANG DORG MAIN2. MENYESAL BERURUSAN INSTITUT BABI MCM NI. BUKA OFIS ADA JURULATIH TP BILA TNYA BILA MULA KATA CUCI KERETA. TAKKAN CUCI KERETA SMPI 3 HARI XABIS2. BODOH BUKA SETIAP HARI TP MALAS NAK AJAR ORANG BAIK KAU TUTUP JA JAHANAM PUNYA KERJA MCMNI. MAKAN DUIT @ SCAM PUNYA INSTITUT

puteribongsu said...

Wsalam. Bukan kita yg buat surat, kita minta sekolah memandu kita yg buat surat.tp dorang akan kenakan cas.

Anonymous said...

Assalam..boleh minta contoh surat permohonan perpindahan tempet belajar memandu.

Belle said...

Hi nak tnya , sy da try tnya institut memandu area kl but then institut tu ckp sy kena start dari bawah klau nak smbung tmpt dorang kononnya dia ckp laluan bukit parking smua tk sma dgn tmpt sy bljar memandu dlu . Pdhal sy ada dokumen lengkap utk pemindahan . Memang mcm tu ke atau pun institut tu saja ckp mcm tu sbb nak makan duit 😮‍💨🥲

Lilith said...

Sama la saya gagal litar dan jalan raya, klau sy nk tukar tempat test jpj boleh ke

Anonymous said...

Salam blogger , kalau mcm sy nk tukar tempat institusi memandu akan tetapi sy dh bayar banyak juga dan adakah di institusi memandu lain sy kena bayar harga asal?

Anonymous said...

kalau sijil kpp02 tertukar dengan nama pelajar lain, masih boleh proceed tukar institut memandukah?🥲 Borang Sm4 ada juga dengan nama saya

Anonymous said...

Walaupun tinggal qti Dan jpj pun nak bayar harga asal ke?

Anonymous said...

Hai sis, sy baru call AML bah,kan pindah tmpt bljr memandu. dsurunya buat surat rasmi.. lpas tu baru hntr arah durg n nti durg bg kan dokumen yg prlu d isi. pindikkn tah crta, buli ku liat surat cth yg sis buat waktu pindah tmpt bljr memandu tu?

Anonymous said...

Assalammualaikum...sya nak tanya.sya sudah hbs buat byran utk ambil lesen kerita #manual dan sya msih memegang lesen L..tapi skrg ni saya ada masalah dgn cikgu yg mengajar saya tu.blh tak sya tukar cikgu yg lain..???sebab cikgu skrg ni kuat2 marah2 tengking2.sehingga sya tak blh fokus utk belajar..

Anonymous said...

Sama la dya mntak bayaran rm400 sedangkan semua surat dh ada..

Anonymous said...

Mana abang dapat semua dokumen tu atau dorang yang sediakan? Sebab saya pun nak tukar tempat

Anonymous said...

Nak tanya,klw nak buat ulangan jpj test kt tempat lain boleh ke? Contoh buat jpj test buat kt negeri A,pstu ulangan nk buat kt negeri B,blh ke?

Post a Comment