December 28, 2013

STUDY 001 : EKONOMI KEYNESIAN BARU


3 subtopik penting dalam tajuk ini : 
1- Model Upah Kecekapan
2- Model Harga Tegar (Kos Menu)
3- Model Orang Dalam-Orang Luar

Ekonomi Keynesian Baru mempunyai ciri-ciri berikut :
  1. Persaingan tidak sempurna diandaikan untuk pasaran keluaran.
  2. Model Keynes lama mengandaikan ketegaran upah wang, tapi dalam model Keynes baru mengandaikan       harga juga boleh tegar.
  3. Memperkenalkan ketegaran benar iaitu faktor-faktor yang menyebabkan upah benar atau harga relatif firma tegar bila berlaku perubahan permintaan agregat (AD).
MODEL UPAH KECEKAPAN

Mengapa kadar upah benar ditetapkan lebih tinggi daripada upah benar pembersihan pasaran (keseimbangan) ?
  1. Model Mengelak Kerja - pekerja diberi insentif supaya tidak mengabaikan kerja. Jika firma boleh mengawasi pekerja, strategi ini boleh menguntungkan.
  2. Model Pusing Ganti - firma boleh mengurangkan pemberhentian pekerja dan boleh mengurangkan kos pengambilan dan latihan pekerja baru.
  3. Model Pertukaran Hadiah - model ini dapat meningkatkan semangat pekerja. Firma seolah-olah memberi hadiah kepada pekerja dengan harapan pekerja akan bekerja dengan lebih baik
Kesan pelaksanaan model ini kepada gunatenaga dan pengangguran :


  • Keseimbangan dicapai pada titik E apabila SLo bersilang dengan DLo dengan gunatenaga No dan upah benar W/Po.
  • Andaikan upah benar meningkat kepada W/P1. Kenaikan upah ini menyebabkan pekerja bermotivasi untuk bekerja dengan lebih cekap.
  • Bagi firma, kenaikan upah akan menyebabkan kos meningkat. Maka, majikan hanya akan meminta buruh pada NDL sahaja.
  • Bagi pekerja pula, kenaikan upah menarik minat mereka untuk bekerja. Maka, mereka bertindak menawarkan buruh sebanyak NSL. Berlaku lebihan penawaran buruh.
  • Kesannya, gunatenaga berkurang dari No ke NDL. Pengangguran berlaku sebanyak NDLNSL.


MODEL HARGA TEGAR (KOS MENU)

Mengapa walaupun AD jatuh, firma persaingan tidak sempurna tidak menurunkan harga?
  1. Kos Menu - terdapat kos mengubah harga yang mungkin melebihi faedah daripada penurunan harga. Apabila firma mengubah harga, senarai atau pamplet baru perlu dicetak semula dan ini akan memakan kos.
  2. Menjaga hubungan baik dengan pelanggan - Jika AD naik, harga akan naik dan menyebabkan hubungan dengan pelanggan terjejas. Masa kemelesetan, AD jatuh sepatutnya harga pun jatuh tapi firma tidak menurunkan harga kerana apabila ekonomi pulih, ia perlu menaikkan harga semula dan ini akan menyebabkan hubungan dengan pelanggan terjejas. Firma mendapati adalah lebih baik jika harga dinaikkan disebabkan kenaikan kos kerana pelanggan akan lebih memahami sebabnya.
  3. Mengelak perang harga - Penurunan harga oleh firma akan menyebabkan firma lain turut ingin menurunkan harga. Ini akan menyebabkan pusingan persaingan menurunkan harga.
MODEL ORANG DALAM-ORANG LUAR

  1. Terdapat dua pihak dalam model ini iaitu kesatuan sekerja (orang dalam) dan majikan (orang luar-termasuk penganggur).
  2. Orang dalam diandaikan mempunyai kuasa tawar-menawar untuk menuntutkadar upah benar lebih tinggi daripada kadar upah benar pembersihan pasaran untuk mengelakkan berlaku pengangguran dalam kalangan orang dalam. Tetapi dalam masa yang sama akan menyebabkan berlaku pengangguran bagi orang luar.
  3. Andaikan ekonomi meleset, AD jatuh. Majikan terpaksa membuang pekerja yang sebahagiannya merupakan orang dalam.
  4. Pekerja yang diberhentikan akan menjadi orang luar.
  5. Apabila ekonomi pulih, orang dalam yang masih kekal sebagai orang dalam akan menuntut upah yang lebih tinggi lagi daripada sebelumnya. Maka, majikan akan membuang pekerja lagi dan orang dalam yang menjadi orang luar tadi tetap tidak diambil bekerja semula.
  6. Semakin ramai yang dibuang kerja, semakain meningkat pengangguran.
  7. Kadar upah tinggi ini menyebabkan gunatenaga berkurang dan pengangguran meningkat.

Rumusan :
  • Pengangguran lampau mempengaruhi pengangguran semasa dengan menukar orang dalam menjadi orang luar.
  • Dikenali sebagai HISTERESIS  dan akan menyebabkan perangkap pengangguran.
  • Pengangguran kekal tinggi walaupun ekonomi pulih.

-Ini adalah topik bab 6 untuk subjek Makroekonomi II-

Moga ALLAH redha. ^^

December 25, 2013

.::DIY BROOCH::.


Study week? Study? Macam tak study jak..haha..lagi-lagi shopping kat Jalan TAR and jumpa something yang awesome!!

Dan aku memutuskan untuk buat projek ni.. DIY Brooch.. And nak test market..Kalaua da yang berminat nak beli, alhamdulillah..

Just nak share gambar2 ni..


Ni la barang2 cute yang bakal dikerjakan..hee :-)

First yang siap!

Tembak menembak..

Setelah beberapa minit berlalu..

Nice blue ^_^

Colourful flowers..

Pink + blue..Nice.. ^o^

Grey flowers..







Comel kan? Puas hati buat benda ni.. I want to do this again..nak buat lagi banyak2..Comellllll sangat..
Haa...study week? Tak study lagi ni..huhu..

Boleh dapatkan brooch comey2 ni kat Daisy Hijab Shop - Aminah MS

May ALLAH ease and bless everything.. ^_^

October 26, 2013

SYARAHAN UMUM BERKENAAN HUDUD

Semalam, 25 Oktober 2013.


Alhamdulillah, kelas Islamic Banking just from 8 to 9..so, sempat pegi dengar syarahan umum tu. And for the first time dapat masuk Bilik Majlis kat Canselori. First2 masuk tu, memang takut-takut la, tengok keadaan kat dalam dengan orang-orang kat dalam. Aku tanya kat sorang kakak tu, dia kata just duduk kat mana-mana. Aku dengan kawan aku pun ambik tempat.

Macam ni la suasana dalam tu.

And mostly dalam tu pakar undang-undang, yang kami ni memang blur la bila sebut kes-kes mahkamah. Salah satunya kes Che Omar Che Soh. First time dengar dan we were curious. Apa kes dia? I'll find it later..hehe..

Berkenaan tajuk syarahan umum ni, 'Pelaksanaan Hudud dalam Kerangka Undang-Undang di Malaysia'. Baru-baru ni Sultan Brunei mengumumkan bahawa negara Brunei telah melaksanakan hudud dalam negaranya. Apa yang disebut semasa syarahan mengenai Brunei ialah bahawa kerajaan Brunei melaksanakan hudud dan hanya terlaksana kepada orang Islam. Bermaksud, orang bukan Islam adalah terkecuali. Walau bagaimanapun, hal ini dikatakan boleh menjadi fitnah kepada agama kerana berlaku ketidakadilan. 

Penyampai mengatakan bahawa hudud boleh dilaksanakan tetapi bukan di bawah Perkara 3 Perlembagaan. Ia perlu diletakkan di bawah undang-undang jenayah yang khusus.


Dan...apa lagi ya? nanti saya sambung..

September 15, 2013

KECANTIKAN SEORANG WANITA


Cantik itu subjektif. Lain orang lain pandangannya berkenaan 'cantik' itu.



Bangun pagi ini terbaca satu blog yang di'link'kan oleh kakak aku - NASIHAT DAN BIMBINGAN UNTUK PUTERIKU-SYEIKH ALI THANTAWI. Membuatkan aku menulis entri ni.

Aku ada seorang sahabat yang sangat cantik. First time nampak dia (nampak dari jauh), 'cantiknya dia' pertama yang keluar dari mulut aku. Sampai sekarang banyak meluangkan masa dengan dia. Memang cantiknya dia tidak dapat dinafikan lagi. Sehinggakan begitu banyak syabab yang datang mencuba, mungkin tidak secara langsung, tetapi dengan cara yang tidak begitu ketara. Tapi ada jugak yang berani secara langsung.

Alhamdulillah, dia bukan sekadar cantik luaran, tapi jugak cantik dalaman, insya-Allah. Walaupun terdapat kekurangannya yang kadang-kadang aku pun geram, tapi ya la, mana ada orang yang sempurna kan? Even aku sendiri banyak kekurangan. Bersyukur sangat dia bukanlah jenis yang menyalahgunakan kecantikan yang dimiliki. Bersyukur dengan bekalan iman yang ada dalam dirinya.

Ramai sangat orang yang cuba menghampiri dia. Pasti besar sungguh dugaanyang dia alami. Tapi aku kadang-kadang risau jugak kalau-kalau kehadiran pria-pria itu menganggu-gugat hidupnya. Sebab, aku tahu ada yang serius sudah berjumpa dengan kakaknya. Aku harap kalau memang si dia itu terbaik untuk dia, semoga mereka ada jodoh, kekal hingga ke syurga. 

Ok..ini petikan dari blog yang aku baca tadi "wahai puteriku, demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya.. demi Allah, jangan percaya kata2 sebahagian lelaki bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. berbicara sebagai sahabat dan mencintaimu hanya sebagai teman akrab. bohong! demi Allah dia bohong..."

Teringat kembali seorang sahabat cerita, seorang lelaki. Dia kata, "jangan kamu percaya, semua lelaki pembohong. Cuma yang membezakan tu sama ada dorang bohong sikit atau bohong banyak." Bila dengar dia cakap camtu, I was like 'seriusly??' Dia kan seorang lelaki mesti dia tahu macam mana seorang yang bernama lelaki.

Back to kecantikan seorang wanita. Semua wanita itu cantik, cuma yang membezakan cantik sikit dan cantik banyak..hehe..Akan lebih cantik wanita itu kalau dihiasi lagi dengan akhlak yang cantik dan tutur kata yang indah. Semoga wanita cantik diluar sana tidak menyalahgunakan kecantikan yang dimiliki sebab bila-bila masa jak ALLAH boleh tarik nikmat tu. 

Hayati video ni :)




#tintahambadaribumiUKM#

September 6, 2013

..::LOST MY HOLIDAY::..GAIN EXPERIENCE!



Fuh!! Penat. Dah 4 hari jadi perantau tegar. Tidak punya rumah untuk tinggal, hanya tidur di surau. Surau UM. Sekarang pun duk menyelinap masuk duduk di kolej. Gara-gara minggu orientasi student baru, tak boleh stay kolej. Baru aku merasa bagaimana orang yang tidak punya rumah. :(

Nak diceritakan, pada mulanya rancang nak pegi Klang, rumah family. But, before tu pegi UM dulu sebab ada kerja part time. Start hari Isnin-Rabu. Jumaat, habis exam, duduk menumpang bilik one of my bestie kat kolej sampai hari Ahad. Isnin pagi nak gerak dah pegi UM. Naik Rapid, KTM, LRT, Teksi. Naik LRT sampai stesen Universiti then naik teksi. Yang lucunya nak naik teksi kena berbaris, selalunya teksi yang beratur tunggu penumpang. Ok, ni first experience!

Then, sampai la di UM dalam lebih kurang pukul 9pagi. Briefing kerja, change key, kena scan, crop, print and so on untuk proses buat kad matrik student baru. Oh ya, hampir lupa cerita Klang. Sepatutnya kerja part time tu sampai Rabu jak, tapi disebabkan banyak lagi kerja still tak siap, kena extend sampai harini dan esok dan Sabtu (maybe). Mulanya, kami (yang kerja part time) total ada 7 orang. Hari kedua tambah lagi 2 orang and hari ketiga lagi seorang, so cukup 10 orang. But (eh..banyak pulak but..hehe..), masuk Rabu tinggal 9 orang, masuk Khamis, tinggal 4 orang.

Sepanjang waktu tu, aku and kakak just stay overnight kat dewan exam UM tu, tidur kat surau. Sepanjang tu duduk terperap dalam bangunan exam tu tak keluar ambik udara, menghadap pc memanjang. Kami kerja overtime. And disebabkan tu kami tak jadi balik Klang. Sampai la hari ni Khamis 5 Sept 2013, kami still bekerja sampai ke malam. Esok (eh, dah jam 12..hari ni-Jumaat) kena sambung kerja tapi kat ofis di Bangi. So, kami dah tak boleh stay UM, terpaksalah balik UKM. Tak tau nak tinggal mana. Sedih, macam hidup merempat..haha..decide stay bilik bestie aku tadi. 

Terkurung dalam ni selama 3 hari..ahaha..


Ok..hmm..balik UKM tumpang seorang kakak (yang datang bekerja pada hari ketiga tu-Kak Hidayah). Dan kebetulan dia tu adik lecturer eko M aku. Tengok rupa dan gaya, ya ada sedikit persamaan. Aku tau dia adik lecturer pun sebab Encik Azmi ada sebut nama bapak dia..hehe.. Time dah nak balik tadi (malam, 9 lebih kot), kereta dia pulak buat hal, tdak dapat buka pintu. Pegi la panggil Encik Hakim, nasib baik dia belum balik. Buka manual dapat, tak enjin tak nak start. Then, kak Dayah tanya la dia nak buat 'jump start' ke? Aku pun tanya, 'jump start' tu apa? Dia kata tengok sendiri. Secara tidak rasmi, aku jadi tukang suluh dalam van Encik Azmi, dia geledah alatan-alatan and buka something kat bawah tempat duduk pemandu, entah apa nama aku pun tak tau..haha.. Situ jugaklah first time tengok 'jump start' tu. Rupanya bateri 'kong'.

Kemudian, teruskan perjalanan. Dengar cerita Kak Dayah pasal orang KL yang stress tentang 'jammed', then cerita dia yang stress dengan supervisor dia yang 'gila'..haha..asyik nak memaki student dia, bukan nak bagi kata semangat. Paling lucu part supervisor tu memaki sorang budak lelaki yang agak alim, time keluar kata-kata kesat, budak tu cepat-cepat istighfar. Makin panas la supervisor tu..haha..

Esok (hari ni) pagi Encik Hakim akan ambik, sambung kerja kat ofis. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya terisi masa lapang.

............................................................................................................

Hmm..entah kenapa aku buat kerja ni tak tertarik pulak dengan gaji dia. Rasa macam just tolong-tolong cikgu buat kerja kat sekolah atau macam tengah berprogram. Kerja sampai 12 tengah malam, kadang 1 pagi. Rasa kesian nak tinggalkan masa Rabu tu, kerja  banyak lagi tak siap. So, kami decide untuk teruskan untuk tolong Encik Azmi and the team. Aku nak sangat semua ni siap dengan baik, tapi kadang-kadang stress jugak bila dah scan kena scan gambar lagi sekali. Buat orang tension jak.

Biarpun just stay surau, tidur beralaskan lantai, 3 malam sakit pinggang dan belakang, menyedarkan aku untuk bersyukur kerana masih punya tempat berteduh. Makan minum kami masih terjaga sebab ada elaun makan. Terbayang mereka di luar sana yang tak ada tempat tinggal, mereka lebih susah. Bila kita kesusahan, kita tengoklah ke bawah, sebab pasti ada yang lebih susah dari kita.

Alhamdulillah, malam ni dapat merasa tidur atas katil. Belakang and pinggang sangat sakit, rasa macam nak tercabut dah.

I love to finish what I've started.

Thanks to Encik Azmi, Encik Hakim, Encik Shauqi, Encik Izan, and Azmi (budak praktikal)..

Rakan sekerja-my sis, Kak Aida, kak Shima, Kak Dayah, Kak Maya, Kak Ani, Kak Ati, Miji dan Shaheed.

#TintaHambaDariUKM#

:)


August 27, 2013

TRAGEDI...


26 August 2013, something new in my life. First experiece. I dont care if it is something good, but unfortunately it is bad. Very bad. Something that I never expect happen in my life. Ohh..if only I know that you are serious when you told us that, I'll never persuade you to join us. I'll never listen to our friend that told me to persuade you. Never!!!

I was shocked! It make me feel awkward. I dont like that situation. Frankly speaking, you have no right to ask me to do so. Both of you doesnt have a rightful relationship. And we only friend. Not just between us, but 9 of us.

I just speechless. So sad. Why I have to feel sad? I feel like that stranger degrading me. So annoying!!! Never comes into my mind to have feeling towards him. I feel like want to laugh. haha... 

To that stranger, I hope that this wont happen again. Enough I'm the only one that become your victim. I dont know you and I believe that you also dont know me, so no need to say something like you know very well. I am not desperate to stole him from you. Wasting my time. 

Since high school, one of the thing that I dont want to happen, when a friendship broke because of love. I want to avoid that. 

Ok..penat dah cuba nak ber'speaking'..hehe..

Tragedi ni kedua terbesar dalam hidup aku. Rasa cam nak nangis jak bila dituduh camtu..huhu.. Sepatutnya stranger tu meletakkan kepercayaan kepada ***. Ni nak berkawan pun susah. Yang tak salah jadi salah. Hmm..mengganggu fikiran betul. Bukankah lebih baik bertanya dahulu sebelum terus menyerang?  

Memaafkan tu mudah, tapi tidak semudah melupakan.

Tapi, bila aku muhasabah diri balik, ya, maybe ni teguran dari ALLAH untuk aku lebih berpada-pada dalam perhubungan, meski persahabatan sekalipun. Sebab orang nak tafsir, macam-macam yang boleh ditafsirkan. 

Tanpa kita sedari, kita berpotensi membuat orang sakit hati dengan kita. Even orang tu tak pernah wujud dalam hidup kita. Tapi, kita wujud dalam hidup dia secara tidak langsung. Ya ALLAH, ampunkan aku. Aku tidak berniat. Aku akan lebih berhati-hati lepas ni. :(

Semoga yang berlaku menjadi pengajarn padaku. 


#tintahambadaribumiUKM#

August 21, 2013

Kronologi: TIMUR TENGAH BERDARAH!

PALESTINE
Sebab pertumpahan darah: Zionis mengisytiharkan perang terhadap Palestine.
Kesan:
~Majoriti rakyat terkorban.
~Tanah Palestine hanya Gaza.
~Wujud negara haram Israel.

AFGHANISTAN
Sebab pertumpahan darah: AS mengesyaki terdapat pangkalan Al-Qaeda.
Kesan:
~Majoriti rakyat terkorban.
~Pangkalan tersebut tidak wujud.
~Afghanistan dikawal rapi oleh AS.

IRAQ
Sebab pertumpahan darah: Saddam Hussein jadi buruan Israel kerana negara itu berpotensi menyerang.
Kesan:
~Majoriti rakyat terkorban.
~Saddam digantung mati.
~Penghijrahan besar-besaran Yahudi Kurdish ke Iraq.

LUBNAN
Sebab pertumpahan darah: Israel menyerang di sempadan Lubnan.
Kesan:
~Majoriti rakyat terkorban.

SYRIA
Sebab pertumpahan darah: Rejim Bashar Al-Assad membunuh kesemua rakyat Sunni Syria.
Kesan:
~Majoriti rakyat Sunni terkorban.
~Mujahiddin Sunni menyerang balas.

MESIR
Sebab pertumpahan darah: As-Sisi menggulingkan pemerintahan Morsi & pembunuhan tentera terhadap penyokong tegar Morsi.
Kesan:
~Majoriti rakyat terkorban.
~As-Sisi mendapat sokongan.
~Hosni Mubarak dibebaskan.


NEGARA MANA LAGI 'MEREKA' MAHU KORBANKAN RAKYAT??


:: Doakan negara2 Islam supaya kembali ke pemerintahan Islam sebenar~ ::


dicopy dari FB seorg sahabat..

July 31, 2013

TERIMA KASIH SAHABAT!


Alhamdulillah..sekarang berada di rumah di Labuan..

Semalam sampai di Banting dalam jam 6 petang camtu. Lepas dah siap semua urusan, duk kat bilik merenung jam di hp. Tengok tarikh - 30 Julai. 31 Julai result exam sem 2 keluar. Jam 12 malam dah boleh la cek. Tapi disebabkan 1001 rasa berbaur, takut ada, excited ada..hmm..last2 aku tidur awal semalam..jam 9 lebih dah tidur. Tak sanggup dah tunggu detik 12 tengah malam.

Tengah tidur tu, kena gigit nyamuk pulak, then terbangun. Dengar pulak kakak aku bising-bising pasal result dia. Aku buat tak peduli, layan tidur..haha.. Ingatkan time tu dah pukul 4 pagi camtu. Tapi tengok jam baru jam 1 pagi. Tengok hp, ada satu mesej tanya pasal result aku. Time tu la baru aku pun cek result. 

Masa dapat balasan mesej dari 15888 tu aku tak buka lagi, aku g reply mesej orang yang tanya result aku tadi. Bercerita sampai buat dia pening..hehe..sekadar gurauan. Huhu..dub dab dub dab..terkejut tengok result yang aku dapat. Tak pernah expect aku dapat camtu. Apa-apa pun alhamdulillah.

Result tu buat aku takut kalau ramai yang tau. Tak kisah la orang nak kata aku pelik, tapi aku tak berapa nak suka kalau orang tau result aku. Sebab tu aku jarang nak tanya result orang sebab tak nak dorang tanya aku balik. Sekali lagi, 1001 rasa aku rasakan dapat result tu. Happy, takut, risau. Aku takut dengan diri aku yang mungkin tanpa sedar timbul penyakit hati nanti. Nauzubillah..

Apa-apa pun, tanpa doa, restu mak & bapa ku, kawan2, mungkin aku takkan dapat apa yang aku ada sekarang. Ya, kawan2 banyak bantu aku, beri tunjuk ajar. Alhamdulillah, ramai yang ada peningkatan.

Jadi, aku buat entri ni untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan kepada sahabat-sahabat ku yang selalu membantu secara langsung atau tidak langsung. Sahabat-sahabat yang pelbagai ragamnya. Enjoy with them ^_^..

"Sesiapa yang mendoakan sahabatnya, para malaikat akan mendoakannya dengan apa yang didoakan untuk sahabatnya."

Semoga kita semua mendapat kejayaan yang cemerlang..merasai kejayaan tu bersama-sama..

Strive 4 CEMERLANG DUNIA & AKHIRAT!!

#TintaHambaDariBumiUKM#

July 21, 2013

DIA YANG KADANG JAUH KADANG DEKAT..


Hari ni nak cerita pasal dia. Dulu, mula-mula nampak dia, kagum dengan kecantikan yang dia miliki. Kami tidaklah rapat sangat, sekadar kenal tau nama & rupa.

Di sini, aku terkejut jumpa dia. Tak tau pun dia ada kat sini. Masa berlalu & peristiwa juga berlalu seiring berlalunya waktu. Kami semakin rapat. Ya, kami rapat. Aku mula sayangkan dia. Aku kagum dengan setiap kata-katanya, memberi motivasi. Melalui hari-hari ku bersamanya membuat aku dan dia bertambah akrab, terkadang seperti adik-beradik.

Lumrah dalam perhubungan, pasti ada suatu masa di mana kita tidak akan ber'ngam'. Ya, waktu tu ntah kenapa banyak kali aku tidak suka perangai dia, sikap dia yang seolah-olah ingin menang sendiri. Aku ingin bersuara, tapi aku takut, kerana dia yang akan membidas setiap kata-kataku. Semua itu membuatkan aku takut untuk menegurnya. Sebab aku tau akhirnya nanti aku jugak yang akan mengalah tanpa menemui solusi.

Tapi setiap kali hubungan kami berbau hampir-hampir dingin, kami abaikan semua benda yang boleh menghancurkan hubungan yang sedia retak, demi ukhwah kerana DIA. Aku ingin menyanyanginya semata-mata kerana ALLAH. Biarlah setiap keburukannya aku tutup dengan kebaikannya. 

Dan aku harap dia akan lebih menghargai orang-orang di sekelilingnya. Bersabar selagi mampu. Kini, aku tau aku dan dia seolah-olah bermain tarik tali yang membuatkan kami terkadang jauh, terkadang dekat. Aku suka bila bersama dia membuatkan aku tertawa gembira, meski terkadang dia menyakiti hatiku. Aku tidak ingin terus-menerus melayan sakit hati ini, sebab aku tak mau murka ALLAH padanya, sebagaimana aku tidak mau ALLAH murka padaku bila aku menyakiti hati orang lain.

Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyanyangi sahabatnya seperti dia menyanyangi dirinya sendiri. Tidak boleh kita tidak menyapa sahabat kita melebihi 3 hari.

Semoga segala keburukannya tenggelam oleh kebaikannya.

#tintahambadrbumiUKM#



July 16, 2013

HARGA AYAM NAIK


Ada rakyat Labuan kata "harga ayam RM& sekilo di Semenanjung nak naik semua bising dan kementerian ambil tindakan. Tapi di Labuan dah lama harga ayam RM12 sekilo tiada siapa peduli termasuk kementerian KPDNKK. Tahniahlah."



Sekarang kecoh dengan isu kenaikan harga ayam. Lagi-lagi dah nak dekat musim raya. Menteri kata kalau harga ayam naik, jangan makan ayam. So, makan ikan? Tau ka ikan lagi mahal dari ayam.

Seorang sahabat ada post kat fb :

Harga Naik menurut Teori Ekonomi.

Dalam ekonomi, isu harga naik berkait rapat dengan teori 'invisible hand' yang mempengaruhi pemintaan dan penawaran sesuatu barangan. Golongan 'invisible hand' ini (sama ada pemerintah, penjual atau pembeli) adalah golongan yang dapat mengubah tingkat harga barang mengikut kitaran semulajadi teori ini.

Menurut hukumnya, semakin turun tingkat harga, maka semakin banyak jumlah barang yang tersedia diminta, dan sebaliknya semakin naik tingkat harga semakin sedikit jumlah barang yang bersedia diminta.

Dalam Ekonomi Islam

Paling menarik, teori 'invisible hand' yang selalu dikaitkan dengan bapa Ekonomi iaitu Adam Smith ini sebenarnya berasal dari Rasulullah SAW. Kisahnya, harga melambung pada zaman Rasulullah SAW. Orang-orang ketika itu mengadu kepada Rasulullah SAW dengan berkata: “Ya Rasulullah, hendaklah engkau menentukan harga”.

Rasulullah SAW bersabda:

”Sesungguhnya Allah lah yang menentukan harga, yang menahan dan melapangkan dan memberi rezeki. Sangat aku harapkan bahawa kelak aku menemui Allah dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntutku tentang kezaliman dalam darah mahupun harta.”

Pada ketika itu, Rasulullah berkuasa memerintah para penjual untuk mengurangkan harga barangan berkenaan tetapi Rasulullah tidak berbuat demikian. Ini menunjukkan bahawa ketentuan harga itu diserahkan kepada mekanisme pasar secara semulajadinya.
Iaitu, Rasulullah meminta para pembeli untuk mengurangkan pembelian terhadap barangan berkenaan sehinggalah harga barang berkenaan kembali stabil.

Menurut teori ini, pasar akan diatur oleh tangan-tangan tidak kelihatan (invisible hands) atau lebih tetap lagi secara ekonomi Islamnya mengikut sunnatullah atau hukum permintaan dan penawaran.

# Sebarang penambahan amat dialu-alukan 



Ya, EKONOMI ISLAM jugaklah muamalat terbaik di muka bumi ni ^_^

#tintahambadrbumiUKM#

July 15, 2013

TANAH AIRKU

Sapa Kami photo Assalamualaikum.gif


Hari ni kita cerita pasal ekonomi negara. 13 Mei 1969. Sapa tau apa yang berlaku masa tu? Itulah tarikh di mana berlakunya detik peristiwa hitam. Rusuhan kaum. Kenapa tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei tu? Hal ini disebabkan wujud ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum dan antara wilayah.

Kita sedia maklum masa penjajahan British di Tanah Melayu, mereka banyak membawa masuk imigran dari China dan India dan menetapkan tempat-tempat di mana kaum-kaum ini bekerja. Misalnya kaum India banyak terlibat dalam perladangan getah dan kelapa sawit di estet-estet. Kaum Cina pula banyak menetap di bandar dan terlibat dalam perniagaan. Kaum Melayu pula di kawasan luar bandar dan terlibat dalam aktiviti pertanian. Hal ini menyebabkan wujud jurang antara kaum dan menimbulkan perasaan tidak puas hati. Jurang pendapatan antara kaum Cina dengan kaum Melayu dan India sangatlah besar. Begitu juga dengan keadaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar. Maka, kesan daripada ketidakseimbangan ini tercetuslah peristiwa 13 Mei.

Lantaran daripada peristiwa itu, kerajaan mengambil langkah memperkenalkan suatu dasar iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang meliputi jangka masa selama 20 tahun bermula 1971-1990. DEB yang bermatlamatkan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) yang pertama di Malaysia.

Kemiskinan dapat dikurangkan dengan menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik. Antara program-program yang diperkenalkan ialah penanaman padi dua tahun sekali, penanaman di luar musim serta kemudahan pemasaran dan kredit. Pada masa ini tertubuhnya FAMA yang membantu petani memasarkan produk-produk pertanian mereka.

Penyusunan semula masyarakat adalah untuk memperbetulkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum dan wilayah. Ini dapat dicapai melalui pemodenan kehidupan desa dengan meninggikan daya pengeluaran, mempertingkatkan dan mengimbangkan pertumbuhan kegiatan bandar dan embetukan masyarakat perniagaan bumiputera.

DEB yang berakhir pada tahun 1990 walaupun tidak dapat mencapai matlamatnya 100%, terdapat beberapa perubahan yang dapat dikesani.

Sampai situ jak la aku cerita. Boring dah..haha..pasni nak cari tentang dasar-dasar negara semasa. Kena rajinkan diri untuk baca isu ekonomi semasa. Semoga dipermudahkan.

#tintahambadrbumiUKM#

July 14, 2013

CERITA DARI SAHABAT


Mendengar ceritanya pertama kali membuat aku menjadi insan yang lebih bersyukur. Cerita apa? Itu biarlah menjadi rahsia kami dan ALLAH. Sedih, sehingga membuatkan aku turut mengalirkan air mata. Katanya dia sangat sakit hati kalau nampak seorang anak yang..... xtau nak cakap macam mana.

Tidak diminta lahir sebegitu, tapi sudah ALLAH takdirkan cerita hidupnya. Setiap dari kita ada jalan ceritanya sendiri. Hal ini jugaklah yang membuatkannya kurang keyakinan diri dan mengelak daripada rapat dengan seseorang.

Tapi aku berterima kasih sebab dia memilih aku menjadi sahabat yang dipercayai untuk berkongsi kisah itu. Semoga aku bisa menjadi pendengar yang baik meski aku tidak mampu memberi kata nasihat sehebat pakar motivasi. 

Setiap kali dia meluah, terkadang aku tidak tahu nak kata apa, yang ku mampu ungkapkan hanyalah 'bersabar dan jangan pernah berhenti berdoa'. Ya ALLAH, semoga sahabatku itu terus kuat, jika memang sesukar itu ujian yang kau beri untuknya. Makbulkan semua doa yang dia pinta.

Terkadang terlintas di fikiran tentang satu hal. Tapi aku cuba memberitahu diriku bahawa _______ pasti menerima dia. Ya, mungkin agak sukar, tapi pasti ada cerita indah di sebalik semuanya. Rahsia ALLAH siapa yang tahu kan? 

Semua itu membuatkan dia matang. Semoga dia terus kuat melawan masalah yang entah bila penghujungnya. Mohon pembaca sekalian mendoakan semoga dia dapat merasai apa yang dia impikan. Aamiin.. 

..سكرا



#tintahambadrbumiUKM#

July 12, 2013

UPU oh UPU!!!



Kemarin result UPU pengambilan 13/14 dah keluar. Tahniah kepada semua yang mendapat tempat. Kepada yang tak dapat mana2 tu, dont give up, apply jak rayuan tu. Dan kepada yang dapat tapi bukan itu yang kamu nak, bersyukurlah. Ramai lagi di luar sana yang inginkan apa yang kamu ada sekarang.

Kita tidak tahu hikmah di sebalik ini semua. Kita merancang, ALLAH juga merancang. Kita merancang dengan cita-cita, sedang ALLAH merancang dengan cinta-Nya. Apapun yang kamu dapat, itulah yang terbaik untuk kamu.

Sebab ALLAH kan dah kata dalam surah ke-2 ayat 216 :

"Diwajibkan ke atas kamu berperang. Boleh jadi apa yang kamu suka itu adalah tidak baik untukmu, dan boleh jadi apa yang kamu tidak suka adalah baik untukmu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Ayat ni jugaklah yang memotivasikan aku masa aku dapat result UPU dulu. 13 Julai 2012. Keputusan yang aku dapat tu bukan yang aku inginkan. Dapat pilihan ke-4 biarpun result matrik boleh dikatakan gempak (semoga dilindungi dari riak, ALLAH maha mengetahui). Aku saja jak cek result lambat2, sebab takut nak tengok apa yang aku dapat. Dan hampa, aku dapat UKM..sob sob..

TAPIIII......

Bukan UKM yang buat aku tak nak ke sana, I do love n like UKM. Cuma, sebab UKM xda tawarkan course perakaunan untuk student 1st year, tu yang buat aku tak nak UKM. 1st choice aku UPM : Perakaunan. 

Memang dari SMK aku target nak masuk UKM sebab bahasa pengantar guna BM..hehe..tapi bila dah masuk matrik, hadiri sesi taklimat IPTA:UKM, di situ aku dapat tahu xda perakaunan untuk 1st year, dan di situ jugaklah aku ubah keputusan, berpindah ke UPM.

Realiti tidak seindah mimpi..huhu..aku dapat UKM. Masa cek result, my mom ada dengan aku. Memang rasa nak nangis tapi tahan. Mak cakap, "takpa la.ada jugak kakakmu sana." Oh ya, aku dapat course Ekonomi di UKM.

Dipendekkan cerita, masa minggu MMP, ada la budak2 fakulti aku, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) cakap budak ekonomi susah nak tukar ke program akaun. Biasanya sapa yang nak tukar tu ambik course bisnes. Then, di situ macam aku xnak mengharap apa-apa lag. Teruskan dengan ekonomi.

Habis sem 2, kami diminta untuk pilih majoring. Aku dah nekad xnak tukar ke akaun, ntah kenapa, macam dah xda hati..hehe.. Aku pilih majoring 1-Ekonomi Islam, 2-Ekonomi Monetari & Fiskal, 3-Ekonomi Sumber Manusia. Alhamdulillah, aku dapat Ekonomi Islam. Memang dulu pun dah buat keputusan kalau bukan akaun, ekonomi Islam. Rahsia ALLAH yang kita tidak tahu.

Dan aku syukur sangat-sangat sebab dapat masuk UKM. Dapat jumpa dengan kawan-kawan aku dari KML, dapat jumpa kawan baru yang berasal dari Melaka. Plus, I have my sister here..haha..

Hikmah yang ALLAH simpan itu tidak kita nampak dikala kita melayan kesedihan. Percayalah, suatu hari nanti pasti kita mendapatnya tanpa kita sedari.

I love my friends - Tata, Killa, Zira, Ain, Ima, Shiqin, Jen, Juliet, David, Bai, Alex...

#Tinta Hamba dr bumi UKM#

July 9, 2013

FLASHBACK : SEKOLAH RENDAH

Assalamualaikum..

Terimbas memori sekolah rendah. Time aku sekolah rendah xda apa yang best bagi aku. Xda kenangan manis yang boleh buat aku nak selalu ingat masa tu. Yang aku ingat, kawan2 dalam kelas x berapa suka dengan aku, dan aku pun tak berapa suka dengan dorang. Xtau kenapa..erm, time tu budak2 lagi kan..hehe..

Lucu bila ingat balik, masa tu la siap tulis nama orang yang disuka dan dibenci..haha..aku ingat satu nama yang aku benci dulu, tapi tidak lagi sekarang. Empunya nama bermula huruf E, seorang perempuan. Xtau kenapa aku x suka dia. Rasa bodoh pulak x suka orang tanpa sebab. Sekarang muhasabah diri balik, astaghfirullahalazim..

Satu peristiwa masa darjah 6, aku dituduh suka bf kawan baik sendiri. Aku nafikan sehabis-habisnya. Lelaki tu duduk satu kampung dengan aku, kami ke sekolah pun naik kenderaan yang sama. Tapi takkan pasal tu sampai nak tuduh aku suka dia kot? Ingat lagi aku nangis masa kena tuduh tu sebab aku paling tak suka benda2 cinta-cintun ni semua..

Satu hal yang aku suka sahabat baik aku yang lagi sorang sampai ke matrikulasi kami bersama2. Alhamdulillah jodoh kami panjang, tapi sampai setakat matrik jak. Dapat result UPU, di situlah kami berpisah. 

Sekarang, bila tiba2 ada friend request dari kawan sekolah rendah, ntah knapa i have no intention to approve them. Tapi, aku approve jgak la..bila aku tengok friend2 dia, aku jumpa fb kawan2 yg lain, tapi aku xnak add dorang. Maybe aku prefer dorang yang add aku..Kalau tengok list kawan sekolah rendah dalam akaun fb aku boleh kira dengan jari kot.

(Ntah kenapa2 tiba2 rasa nak menulis semula. Malam ni 1st solat terawih untuk Ramadhan 2013)

Wassalam..

# tinta hamba dari bumi UKM #

January 10, 2013

INSTRUMEN KEWANGAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa itu instrument kewangan?

Instrument kewangan ialah obligasi kewangan bagi peminjam dana (pihak yang mengeluarkan instrument) kepada pemilik atau pemegang instrument tersebut.
- Pemilik instrument dan instrument kewangan ---> aset
- Pengeluar ---> obligasi kewangan

Instrument kewangan dikeluarkan oleh unit ekonomi sama ada awam atau swasta. Dikeluarkan dalam bentuk  hutang atau ekuiti.

Jenis-jenis Instrument Kewangan :
1. Instrument Hutang Kerajaan - untuk pembiayaan program/projek. Contohnya bil perbendaharaan, bon dan nota perbendaharaan.

2. Instrument Hutang Swasta - dikeluarkan oleh badan korporat, dalam bentuk jangka panjang atau jangka pendek. Contohya, cagaran, penerimaan bank, kertas perdagangan, sijil deposit. dan bon korporat.

3. Instrument Ekuiti - oleh badan-badan korporat melalui saham-saham syarikat.

Ciri-Ciri Insrument Kewangan Islam ---> tiada riba, gharar dan judi.Jika ada unsur spekulasi, tidak boleh. Mesti berpegang kepada etika Islam dan perundangan.


PENGHARAMAN RIBA

Bismillahirrahmanirrahim..

"ALLAH menghalalkan jual beli & mengharamkan riba." [Al-Baqarah : 275]


 Ciri utama sistem perbankan Islam ialah tiada riba. Riba ialah bertambah, meningkat dan mengembang. Segala pertambahan dan lebihan dalam pertukaran yang tidak disertai pulangan yang setimpal.

Dua jenis riba :
$ Riba al-duyun (pinjaman)
$ Riba al-buyu' (jual beli)

Riba al-duyun :
- Sebarang wang tambahan ke atas pokok pinjaman yang mesti dibayar oleh peminjam kepada pemberi pinjaman sebagai syarat peminjaman atau kerana kelewatan bayar balik.

Dua jenis riba al-duyun :
- Riba al-nasiah ---> jual beli hutang (bayaran lebihan atas kelewatan pembayaran)
- Riba al-qard ---> bayaran lebihan sejak awal pinjaman dibuat

Riba al-buyu' :
- Urusniaga secara tukar barang (sistem bart er) apabila berlaku pertambahan atau perbezaan kuantiti atau perubahan waktu penyerahan dan penerimaan barang yang dipertukarkan.

Dua jenis riba al-buyu' :
- Riba al-fadl ---> penambahan atau perbezaan sukatan dalam pertukaran  barang.
- Riba al-yad ---> penyerahan dan penerimaan tidak serentak.


Cara untuk elak riba al-buyu' ialah dengan menggunakan wang sebagai alat perantaraan.

January 3, 2013

MAKROEKONOMI : Bab 7

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni akan menduduki exam makro..
Semoga dipermudahkan..Rabbi yassir wala tu'assir..

Jom study!! ^_^

Teori permintaan wang Keynes ada 3 iaitu :
1-urusniaga - beli barng & perkhidmatan
2-awasan - kecemasan
3-spekulasi - utk dpt laba drpd pelaburan

Keluk LM ialah suatu keluk yg menunjukkan kombinasi kadar bunga (r) dgn pendapatan (Y) apabila pasaran wang berada dalam keseimbangan. Keluk LM bercerun positif.

Penerbitan Keluk LM

-Keseimbangan asal A : Ms bersilang dengan Md (Yo), dengan r=ro dan M=Mo. Wujud gabungan roYo pada rajah b dan diplotkan dgn sebagai titik A1.
-Andaikan Y naik, Mdt naik, keluk Md beralih ke kanan dari Md (Yo) ke Md (Y1)
-Keseimbangan baru B : Ms bersilang dengan Md (Y1), dengan r=r1 dan M tidak berubah pada Mo. Pada rajah b wujud gabungan r1Y1 dan diplotkan sebagai titik B1.
-A1 dan B1 disambung, maka terbentuklah keluk LM.
-Keluk LM bercerun positif menunjukkan hubungan poditif antara r dan Y.


Titik-titik di Kiri dan Kanan Keluk LM

Kiri : Y < drpd Y keseimbangan, Md jatuh, Ms > Md
Kanan : Y > drpd Y keseimbangan, Md naik, Md > Ms


Kecerunan LM

Nisbah perubahan kadar bunga bagi setiap unit perubahan Y.


Peranjakan Keluk LM

1) Perubahan MS - LM ke kanan

Keseimbangan asal Eo : Md0 bersilang dengan Ms0, pada r=ro, M=Mo.
Ms bertambah, dengan andaian Md tidak berubah, keluk Ms beralih ke kanan dari Ms0 ke Ms1.
r jatuh dari ro ke r1, M bertambah dari M0 ke M1.
Keseimbangan baru E1 : Md0 bersilang Ms1, pada r=r1, M=M1.

Rajah b menunjukkan kesan pertambahan Ms ke atas keluk LM.
Andaian Y tidak berubah iaitu pada Yo, gabungan roYo menghasilkan titik A pada LMo dan r1Yo menghasilkan titik B pada LM1 yg beralih ke kanan akibat penambahan Ms.
Peralihan LM adalah selari.

2) Perubahan Mds - LM ke kiri.
Keseimbangan asal : roMo
Md bertambah, Ms tetap, keluk Md ke kanan.
Pada ro, blaku lebihan Md. Md > Ms, jual bon, P bon jatuh, r naik, I jatuh, Y jatuh.
Keseimbangan baru

Rajah b, keluk LM beralih ke kiri kesan daripada pertambahan Mds, Y jatuh.


Rajah untuk Penerbitan Keluk LM dan Perubahan MS.